Ads Top


Teringat iklan mengenai sorang perempuan yang terpaksa tukar dari elok-elok dia pakai baju raya ke baju tshirt saja di hari raya pertama. Pada hari raya pertama haritu, aku pon lebih kurang senasib dengan perempuan tu jugaklah..tapi yang tak bestnya dia ok cikitlah dari aku huhuhu..kes aku,  aku siap buat keja dulu kat dapur lepas tu barulah tukar pakai baju raya lepas dah tukar baton dengan adik bongsu aku hehe..




Pakat ramai-ramai wefie kt dalam rumah dulu..
Mek che Ah dengan maksu dia (adik bongsu aku) dengan abang-abang sepupu di pagi raya.


Lepas dah wefie kat sini agaknyalah dorang pergi berwefie kat luar rumah pulak kot.. Aku memang konfirm tak join la sebab baju raya tak pakai lagi 😂
lagipun agak bizi sebab malam tadi apa pun tak buat sebab aku kurang sihat sikit.. flat dan ingat nak rehatkan badan je.. harapkan mee jawa tu jelah yang aku buat semalam.


Ingat ada lagi pagi ni. Sekali bila aku bangun pagi ni tengok kuah dia dah tinggal sebekas kecik tapawe aiskrim je ko! Terkejut nau bila mak aku bagitau kuah mee jawa tinggal banyak tu ja tu pun lepas dia dah perhangat... Semalam sebelum aku masuk tido ada seperiuk lagi. Ingat boleh releks sikit lah pagi ni just potong-potong ketupat dan masak air je huhu.. kelam kabut lah aku buat kuah mee jawa balik.. phewww!!!


Angah dah tukar baju t sebab termuntah lepas balik solat raya. Yang penting dia ok je lepas tu.. takde demam ke cirit-birit ke..



Bestnye tengok dorang berselfie kat luar umah ni kan Eda? 


Tahun ni abang aku beraya tanpa isteri di sisi.
Wife dia balik Sabah 😆 wife dia balik tengok ayah dia dah uzur sangat dah.. lagipon sekian lama berkahwin anak sulung pon dah umur 19, baru tahun ni kakak ipar balik beraya di Sabah. Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya beraya di Semenanjung jak...


Selalu jugak kalau malam raya aku dengar Kakak ipar aku engaged kat fon sambil soksek-soksek 😦 Selalu kalau aku dengar, aku buat bizi je takut nanti kakak ipar aku segan lak nak nangis kat fon.. dia kalau fon family mesti terbuka je takde sorok-sorok.. tak lari masuk bilik ke, keluar rumah ke, lari pergi beranda ke, duduk bawah pokok ke, tak pun masuk dalam keta nak cover nangis kan... Lepas habis cakap kat fon, terus buat releks je sembang balik dengan kami cam biasa sambil hidung merah-merah.. aku lak rasa cam sedih huhu..


abang aku dengan family dia.


Kak Sumanti, ayah dia, Amni (baju hijau) dan sepupu-sepupu sebelah Sabah.


di hadapan rumah ayah bonda Kak Sumanti.
Kak Sumanti dah berdiet sejak puasa tahun lepas.
Now dah kurus, sikit lagi nak macam zaman bujang dulu dah huhu..




happy Amni beraya di Sabah.
enjoy je tengok kehidupan kanak-kanak ni kan?
kejap mandi laut, esok mancing ikan..


Lebih kurang pukul 1130 pagi camtu aku tukar baton pulak dengan adik Fizah. Tapi lepas tak sampai 2 jam aku tukar balik uniform baju t dengan kain batik sobsss.. banyak keja sebab nak bersiang bawang prepare untuk kenduri Aqiqah anak adik Aida esoknya.. apa boleh buat, baju raya cuma beli sepasang aje, tu pun tak sempat nak pakai 😅


adik pompuan dua orang ni je..
Eda tengah dalam pantang lagi ni.
Esok kenduri Aqiqah anak sulung dia.


My little family.
sorang lagi anak aku takde dalam ni.. Along.


anak bongsu ku Eshan. dah usia 1 tahun 5 bulan dah. 
Boleh berjalan, baru belajar melompat, gigi ada 7.


Petang tu pukul 3.30 mak keluar beraya ke rumah adik beradik dan sepupu mak tapi dekat-dekat je.. area kampung kami je.. Mek Che Ah ikut pergi beraya jugak. Yang tinggal kami dengan Eda dan abang aku. Sebelah petang tu sempat lagi aku cuci kereta kejap haha.. baru berkilat sport rim aku nak balik beraya di kampung halaman husben lepas kenduri esok haha boleh camtu 😅


Malam nya, kami berbual di anjung rumah sambil teman suami dengan adik ipar bersiang ikan talang masin ni. Bawang-bawang semua kami dah siap prepare dah. Awal tadi jiran sebelah yang menyewa rumah mak aku ada datang menolong. Malam tu cuaca sejuk tapi tak hujan. Biasalah tu sebenarnya kalau di kampung aku ni. Tapi disebabkan faktor umur kot, boleh demam aku rasa dengan suhu sejuk begitu huhu. Kena pakai sweater ooo...


 


Ok setakat ni, up yang ni dulu. Kejadian hari raya pertama. Esok nanti bila-bila aku up lagi story. in shaa Allah.


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.