Sunday, 1 July 2018

Ucapan Selamat Hari Raya 2018 dan Sinopsis Raya




Alhamdulillah... 
sudah 17 hari kita sambut Syawal sehingga hari ni. Ramai jugak yang dah pun memenuhi undangan rumah terbuka kan? aku sendiri pulak dah pergi 2 undangan rumah terbuka setakat hari ni. Syukur rezeki hehe😁 harapnya moga2 takdelah yang terkena cirit birit, demam dan sebagainya.. iya lah... makanan manis, berminyak, berempah, cili2 dan daging2 tu sebenarnya tak elok makan banyak tetiba.. mana tak terkejut perut tu, sebulan berpuasa makan siang hari tetiba perut disumbat macam2 di hari raya huhu..


Walaupun begitu tak kurang jugak yang berusaha untuk melengkapkan puasa sunat 6 hari secepat yang boleh. Sementara diberikan kesihatan dan kemampuan, amat rugi jika kita tak pulun kutip pahala yang Allah dah taburkan di bulan Syawal ni kan? 😊 Masih ada masa lagi untuk kita berpuasa 6 kerana masih ada baki tak lebih dari 2 minggu lagi untuk kita rebut pahala yang diibaratkan seperti setahun berpuasa tu. Bolehlah topup kelemahan puasa Ramadhan yang lalu in shaa Allah..


Raya tahun ni giliran di kampung halamanku.
Sebenarnya raya tahun ni dua2 belah pihak ada kenduri. Sebelah suami kenduri kahwin sepupu, sebelah aku pulak kenduri aqiqah anak sulung adik. So raya tahun ni aku tak berjalan ziarah raya lagi ke rumah adik beradik mak dan tokwan (lelaki) macam tahun lepas.. raya ke 6 hari Rabu dah naik keja dah huhu..


kenduri kahwin sepupu husben. Anak Makcik Ri.. 


Kenduri Aqiqah anak adik Aida..


Tapi keinginan nak keluar menziarah tu ada..
cuma takboleh nak pergi la sebab mak mengasuh adik aku yang baru bersalin anak sulung. Ada jugak aku plan nak pergi ziarah makcik2 mengasuh anak semasa kami duduk di Penang 6 tahun lepas.. tapi buat masa ni keadaan masih belum mengizinkan. In shaa Allah, tak raya pun kami boleh sampai.. sebenarnya sejak 2 minggu menjelang bulan Ramadhan lagi aku dah terasa seperti nak jenjalan ke Balik Pulau tapi masih tak kesampaian sampailah sekarang 😣




Ok tu jelah nak update.
In shaa Allah kita bertemu lagi di lain post hehe. Di kesempatan ni, izinkan lah saya menyusun sepuluh jari dan merendahkan diri memohon kemaafan jika ada yang terguris perasaan membaca post2 dari saya dan begitu jugak dengan komen-komen. Tak ada niat untuk menjadikan apa2 post menjadi suatu isu besar atau kecik selain cuma ingin berkongsi kisah2 kehidupan bersama anda semua. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi bertandang ke belog ni dan mencatitkan komen serta menjadi follower 😘


Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal faiziin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...