Ads Top

Hari - hari Terakhir Kami di PLKN (PART 7)


Kena teruskan jugak menulis posting berkenaan pejabat lama aku. Sekadar kenangan. Hanya sekadar aku ingin mengingati tarikh-tarikh bersejarah dan penting dalam perjalanan karier aku.. supaya tidak lupa.. walaupun takda kepentingan pon sebenarnya, tak da huntung orang cakap.. tapi inilah kenangan buat aku.. biarkan mereka nak mengata.. namun aku pasti, tak kurang ramai yang ternanti-nantikan posting berlabel #paluanberundur... ni. In shaa Allah


MAJLIS SERAHAN BANGUNAN
03 OKTOBER 2018



Semasa mengemaskan pejabat seperti yang aku dah post dalam entri ni, kami dimaklumkan oleh Timbalan Komandan Pengurusan (TKP) iaitu Kapt Faizol bahawa Majlis Serahan Bangunan akan dilakukan pada 3 Oktober 2018 jam 11 pagi. Kami diarahkan mengosongkan dan membersihkan pejabat kami untuk proses serahan kunci.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh 
Sjn (Ustaz) Aiman


Ucapan oleh Tuan Komandan


Aku jadi fotographer time ni. Guna henfon je haha.. Ada sorang lagi yang amik gambar jugak.. disebabkan aku yang ambik gambar, jadi sedih tu macam ala-ala jadi dengan tak jadi la prfffttt...


Ucapan oleh Pengusaha Kem


Majlis yang ringkas sahaja. 
Semua staf tentera, staf awam serta para jurulatih berkumpul di sini. Majlis diadakan di Dewan Makan Damai Park Resort. Sangat dekat dengan lokasi pejabat kami iaitu Kem PLKN Damai Park Resort... huhu.. nama pun hampir sama namun pejabatnya lain. 


Ada upacara potong kek jugak...
Kek perpisahan 😑

Mej Che Kamarulnizam dan Tuan Haji Abu Yaziz
Komandan dan Pengusaha Kem


Kek sponsor daripada pihak Pengusaha Kem.
Kek ni ceria dekorasinya tetapi kata-kata yang tertulis di atasnya sangat meruntun jiwa... PLKN dah bubar awak...


Buat sekali dengan acara Pemakaian Pangkat kepada PW11 Fitri... congratulations Encik Fitri


Jom layan gambar dulu ~

Pengerusi Majlis ~ Cg.Aini... as always.. 😊





Pengerusi Majlis dan Pembaca  Doa
Cg.Aini dan Ust Aiman


TKP yang selalu berusaha menjayakan sesuatu majlis.
Adhoc tak Adhoc pun, semua menjadi. Brilliant!  Untunglah kami dapat TKP macam ni. Rajin buat kerja tak lepaskan semua kat staf semata-mata. Staf tentera yang lain pon rajin-rajin. Sangat membantu. Bersatu padu hehehe..


Selepas potong kek, sessi bergambar beramai-ramai bersama pihak Pengusaha Kem. Mula-mula semua staf Tentera dahulu bergambar bersama-sama Komandan dan Pengusaha Kem.


Barisan Tentera yang sporting. Sempoi. Rajin.


Kemudian baru semua masuk. Aku pun ada sekali dalam gambar tu. Gambar tu Kak Rina dari pihak Pengusaha Kem tolong snapkan. Tapi tak ingat pulak nak minta kat dia gambar ramai-ramai tu.. so, aku letak gambar Tentera dulu la.. nanti kalau dah dapat, aku update kat sini. In shaa Allah.


Selepas acara bergambar, kami pun terus makan tengah hari. Hidangan terakhir disediakan untuk kami oleh pihak Pengusaha Kem. Terima Kasih.


Hidangan hari tu..
Sambal udang, gulai kari ayam, daging masak hitam dan sayur sawi. Sedapni Chef Ezani masak. 👍👍


Selepas makan, pihak kami memberikan cenderahati PLKN kepada pihak Pengusaha Kem sebagai tanda kenangan.

Acara ni sebenarnya nak buat bagi surprise sebab tu bagi cenderahati kat Pengusaha Kem lepas acara makan.. tak buat awal-awal...


Tanda kenangan daripada Pengusaha Kem.
Sekali pihak Pengusaha Kem pon ada hadiah jugak nak bagi 👍👍







Selesai sahaja acara, kami berbahagi-bahagi kek perpisahan ni. Kan aku dah kata tadi, dorang/tentera ni memang rajin. Tengok tu.. siap tolong potong untuk kami tapaukan bawak pergi pejabat kami lagi.. dapatlah jugak merasa kek ni sorang sikit..
Eh, tapi kan pejabat kami dah takde kan? Nanti aku update gambar pejabat baru kami tu..


Staf Naim paling excited potong kek kuikui..
Excited potong kek ni takpa.. kek besday ke.. jangan kek lain udah ler haha.. in shaa Allah, beliau setia pada yang satu. ✌✌✌



Staf Pengurusan Awam
Kem PLKN Damai Park Resort, Merbok, Kedah
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
3 orang tak ada dalam gambar ni iaitu Kak mah, Shahril dan Rafizan.


Acara berakhir jam 1230 tengah hari.
Sebenarnya, sehingga ke tarikh terakhir penutupan Kem PLKN iaitu pada hari Majlis Serahan Bangunan ni dibuat, kami masih belum mendapat apa-apa info atau apa-apa arahan daripada pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mengenai penempatan baru kami..


Malah staf tentera juga sama.
Tiada khabar penempatan baru dari Mindef.


Kem dah ditutup, di mana kami hendak berkerja?


Cuma.... terdengar desas-desus..
Kontrak bagi Staf Awam dan Jurulatih tidak akan disambung. Benarkah?


Khabar angin juga menyatakan bahawa Surat Penghargaan kepada Staf dan Jurulatih kontrak sudah mula ditaip di HQ...






*kelu 😯



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.