Ads Top

Berakhirnya Sebuah Teka-Teki...


Gambar-gambar yang aku nak up dalam belog kali ni sebenarnya dah lama dalam henfon aku.. hujung bulan 12 tahun lepas atau awal bulan 1 haitu henfon aku rosak masuk air sebab anakku rendam.. bila beli henfon baru (secondhand je mampoo) tengok-tengok gambar tak semua dia backup.. padahal seingat aku dah set google drive dah secara auto kat semua file2 aku.. ermmm.. ada sesetengah gambar ada dan ada yang takda... tak paham aku.. 


So haini nak up gambar masa aku kat KBS Anak Bukit.


Sebenarnya aku pun tak ingat makan2 ni untuk raikan apa.. mungkin saja2 kot buat hehe..


Sebelum memory aku lost, baik aku up siap2 nama En Hazane, EO KBS Anak Bukit. Yang pakai baju biru+hijau pakai spek tu.. kat tepi tu ofc dia la.. kat belakang dinding kuning ni pulak Admin duduk (ptpo & kew).. ofc aku kat belakang dinding kuning ni la 🤩


Menu meriah dan sedap belaka..
Paling best sebab ada rendang ayam CC Ina buat..
Sampai haini terkenang2... sedap uolss 😋😋
Nasi impit, set nasi lemak pun ada.. 


Kek batik,kek coklat dan tembikai manis..


Sosej Gulung Cheese... pon sedap.. 
Makan camni memang puas sebab sosej tu dia tak belah 2 ke 3 ke 4 ke... 


Rupa sebenar kek coklat.. 
nampak macam tak seberapa tapi memang sedap... 
Yang ni PA bos yang buatkan...


Rendang ayam.... 😋😋😋


Kek Gula Hangus... sedappp jugak..


Mi goreng pon ada. Sedap jugak mi goreng ni. Sebab tu kena post jugak dalam entri ni hehe 😅


Buat aku laapaq betoi la tengok gambar ni..



Yang angkat tangan ni Faizal. Driver. Jumpa lagi sekali tengah tahun lepas masa aku join Unit Aset buat semakan aset/stok kt AG Kedah, time balik tu terjumpa dengan PA bos dan Faizal ni.. nampak berisi sikit.. rupanya wife tengah pregnant.. alhamdulillah... Dulu kami bertiga naik tren sama2 la balik dari Anak Bukit.. aku turun Gurun. Faizal turun SP.. PA bos pulak turun kat BM.. 


 Aku dengan PA Bos... 
Dah lupa la nama dia.. search dlm fon pun tak jumpa..
Search PA bos keluar nama Lin 😅 Lin ni PA bos kat ofc sini adehhh... aku rasa nama dia Ana kot... mcm betui ja kohkohhh.. 


Ana ni kira macam bff aku jugak la masa kat sana.. tapi bff start lepas semua CC yang kena dok Anak Bukit sekali dengan aku dulu tu dah dapat posting ke penempatan baru lah.. so start 1 Dis 2018 lah aku start baik dengan Ana... gi bekfes sama2.. balik keja pon sama2.. selalu jugaklah aku lepak kat ofc Ana ni bila bos takda hahaha.. 


Ni meja aku...
Sebelah aku Murni... depan Murni tu Wan (laki2)...
Dua2 tu W (Kewangan) kat Anak Bukit... 
Wan dulu pernah keja kat Komtar jugak.. tak silap aku Jabatan Perangkaan.. dia baru je posting Anak Bukit baru setahun or tak sampai setahun lagi camtu la masa tu...


Ni gambar masa aku last day naik tren kat KBS Anak 
Bukit dulu.. 


Galas bagpack h5ari2.. 
tapi haritu beg aku lebih berat dari biasa...



Happy sangat2 nak tinggalkan Anak Bukit pada 31 Dis 2018 (Isnin) dulu.. sebab petang dalam pukul 3 lebih camtu aku dapat wasap dari Atie member aku yang duduk kat Langkawi tu maklumkan penempatan dia, aku dan jugak Razak.. seronoklah sebab akhirnya teka-teki penempatan kami terjawab sudah...


 Lama gila tunggu result penempatan dari AG.. 
geng W19, W22, W22 KUP dan N19, N22, N22 KUP yang lantikan JPA semua dah selamat lapor diri dah kat penempatan baru dorang start 1 Dis... tiap hari aku call AG Putrajaya.. jawapan dorang tak meeting lagi.. Semua PTJ kat Kedah ni aku call jugak tanya kot2 ada kosong.. boleh aku submit nama terus kat AG Putrajaya.. yang bos aku kat KBS sini pulak tiap hari mai ofc aku kat Admin tu sembang tanya pasal penempatan aku.. terutama bila dekat2 nak habis minggu last 2018 tu haha.. semua simpati kat aku agaknyalah... 


Last ticket...


Anak Bukit - Gurun .... Last tren...


Sedih jugak sebab tiap hari routine aku hantar anak kat Pengasuh dulu dalam kul7.15 pagi camtu..  lepas tu pergi KTM Gurun lalu ikut hiway Modenas lebih cepat dan tak jem dan boleh drive laju2 hehe.. kalau ikut jalan lama Gurun memang stress hari2 laa... lepas tu naik tren pukul 8 lebih.. Lepas ni aku kutip pengalaman baru pulak.. teka-teki masih belum berakhir lagi bagi diri aku.. Razak dan Atie selamat dah.. sebab masing2 dapat Kedah dan Perlis.  
Atie kat Kolej Komuniti Langkawi dan Razak kat AG Perlis.







Aku ni ada ke patut kena hantar P.U.T.R.A.J.A.Y.A..?? 







Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.