Ads Top

 

Hari tu selepas aku beli pasu 10 biji, aku pindahkan pokok-pokok cabai merah ke sana. 

Medium tanah merah dan pasir sungai
yang ni aku guna tanah hitam beli dekat seller dari Jitra dalam Shopee.


Mula-mula tu aku ingat bolehlah pindahkan 10 pokok sekaligus... habiskan 10 pasu yang beli hari tu. Tapi tanah pula tak cukuppp... alahaiii... dah beli tanah, pasu tak cukup.. dah beli pasu, tanah pulak tak cukup.. lakhaulawalaa.. geleng kepala otai-otai pertanian dengar kisah aku ni.


Nak dijadikan cerita, hanya lima pokok  cabai merah sahaja aku berjaya pindahkan. Itupun masih ada satu pasu terpaksa tampung 2 pokok cabai sebab tak cukup tanah. Maksudnya hanya 4 biji pasu sahaja aku gunakan. Lagi 6 pasu aku simpan dulu dalam rumah. Lepas tu fikir-fikir balik, okay jugaklah buat masa ni aku guna 4 pasu dahulu. Manalah tahu kalau-kalau mati pulak pokok-pokok baru pindah tu kan.. nangis woo... so, aku anggap macam 'trial' dulu lah.. 'trial & error' orang kata..


habis dah tanah semaian aku ni. Bagus tanah ni. 
Beli dekat seller di Jitra dalam Shopee. Aku beli kalau ada sale sahaja, kalau takda sale, mahu sekilo tanah cecah RM5!.. memang tak beli la... 



Kena repeat beli lagi tanah kat atas ni, memang bagus sangat-sangat-sangat.. recommend sangat. Jadi disebabkan harga dia mahal, aku decide untuk pasu selepas ni aku nak campurkan tanah ni sedikit sahaja. Selebihnya aku nak lebihkan tanah merah dan pasir sungai. Apa-apa pun, aku trial dulu. Harap panjang umur la pokok aku.


Tanah merah

Medium tanah merah dan pasir sungai




Pasir sungai


Medium tanah merah dan pasir sungai



post gambar pasir dengan tanah merah dulu la.. nanti up banyak-banyak dalam satu entri takut lepas ni takda modal pulak nak cerita apa ngeee... 


4 ulasan:

  1. Mudah2an subur dan menjadi tanamannya

    BalasPadam
  2. Waa beli kat Shopee aje kan. Sama macam mana juga la

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya start pandai Shopee ni sebab PKP la hihi.. sebelum ni xsuka beli online

      Padam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.