Tuesday, 12 June 2018

Topup Gas Aircond Sungai Petani


Jumaat lepas balik berbuka puasa di kampung halaman husben. Hari Sabtu dah balik SP. Sebelum balik rumah sewa, kami pergi tengok2 keadaan rumah yang aku beli tu dulu sementara masih cerah. Sejak bulan puasa ni langsung tak jenguk rumah aku tu 😣 


Plan asal kami lepas tengok rumah, kami nak ke Mydin untuk window shopping sementara waktu berbuka. Anak-anak dah request nak makan dekat KFC Bandar Puteri sejak kami tiba di Tol Hutan Kampung lagi. Mydin tu dekat je dengan KFC Bandar Puteri tu je sebab tu nak pergi Mydin tu..


Topup Gas Aircond Sungai Petani


Tapi terpaksa tukar plan pulak last minit..


Sebenarnya dalam perjalanan mendekati Tol SP Utara lagi aircond kereta dah tunjuk tanda-tanda kena topup gas. Tetiba wap @ asap keluar dari tempat sepatutnya aircond keluar tu.. udara dalam kereta pun dah tak sejuk.. terus tutup aircond dan buka tingkap. Lepas tu test lagi sekali buka aircond.. sekali lagi wap keluar.. terus tutup.. Sah kena topup aircond!


Tapi disebabkan hari masih cerah dan memikirkan dah lama tak jenguk rumah, so kami plan pergi jenguk rumah dulu lah.. tahan panas kejap huhuhu.. Lepas tengok rumah, ingat nak servis aircond kereta berdekatan area rumah sahaja. 


Topup Gas Aircond Sungai Petani


Tapi takda lak kedai servis aircond dekat area rumah aku ni.. Kedai servis kereta ada lah.. so lepas google husben bagitau untuk pergi ke kedai servis aircond  di Taman Tunku Haminah.  Bersebelahan kedai barang elektrik & elektronik Panasonic.. sederet dengan Maybank Taman Tunku Haminah.. Bila sampai masa tu jam baru pukul 5.45 petang. Ada sebijik kereta tengah servis aircond. Kereta kami siap pukul 6.15 petang. Alhamdulillah tak banyak pun kena bayar. Syukur.


Kami terpaksa cancell plan untuk ke Mydin sebab sudah hampir waktu berbuka. Paham2 jelah berbuka di KFC.. orang mesti ramai.. so lepas dah settle kereta ni terus kami pergi KFC Bandar Puteri.


Kos Topup Gas Aircond 
RM70


Tuesday, 5 June 2018

Menu Berbuka Random ~


Sepanjang bulan puasa ni, seingat aku baru dua hari jer kami beli lauk dari bazar Ramadhan di rumah kami itupun sebab Ikram teringin ayam percik. Balik kampung minggu lepas sekali je membeli di bazar. Ni bab lauk la kalau kuih tu boleh kata seminggu 2 ke 3 kali membeli air soya dan murtabak kadang-kadang lepat pisang dan tahun ni anak2 suka sangat apam coklat hehe..


Ada sekali abah dia pulak teringin nak makan gulai kambing mamak di kedai depan rumah kami yang baru dibuka tak sampai sebulan pun. Ini bukan kedai mamak macam kat bandar yang selalu masuk paper tu ok tapi lebih kepada kedai makan tepi jalan cumanya bukan jual nasi campur. Sedap juga patutlah ramai juga yang singgah membeli.


Hari ni aku just nk update menu berbuka sepanjang minggu lepas dan awal minggu ni. setakat ni belum ada menu2 bombastik macam ayam kenny rogers ke atau nasi mandy ke haha.. selalu blurrr je nak masak apa.


Mi @ Mee Sanggul
masak waktu petang sebelum berbuka tapi dimakan waktu Sahur. ok jugak sahur mee..


Ayam Goreng ala Mamak
sorry gambar gelap.. next time nak goreng ayam yang dah perap je takmo salut tepung pulak..


Cucur Udang @  Taugeh hehehe..
sengaja nak gunakan kuah kacang yang masih ada. 
Dalam freeze pun masih ada lagi kuah kacang ni πŸ˜…


Kubis Goreng Telur 
ni angah yang nak.


Sambal Buah Macang
ofismate bawak buah macang beberapa biji. aku amik sebiji ja untuk buat sambal. 1 biji cukuple untuk stok 3 hari hehe


Sup Ayam 
all time favourite anak-anak.


Tomyam Ayam
Seingat aku semenjak dulu lagi aku tak pernah masak tomyam. Sebab tomyam bukan favourite aku dan sekarang my husben. Bulan puasa ni masak jugaklah resepi ni sebab tak pernah cuba pon memasak tomyam. 


Petang ni korang dah plan ke nak masak apa? 😊petang ni aku rasa macam nak buat lagi tomyam ayam tu sebab cepat dan nak buat sambal ayam Angah minta semalam. Lepastu telur dadar atau telur mata. Jadilah.. kalau sempat, nak buat ketayap sebab inti dah ada. in shaa Allah.


Harini aku terpaksa cuti sebab Eshan demam dan terkena ulser di mulut dan lidah. Pagi tadi aku dah pergi amik ubat kt klinik kesihatan sekali dengan checkup bulanan. Mujur habis awal kat situ dalam pukul 10. Hopefully esok Eshan recover lah. Amin.





Saturday, 2 June 2018

Resepi Gulai Kari Telur


Gulai Kari Telur Rebus

Menu berbuka Ramadhan ke-16 Jumaat 😊


Harini sebenarnya aku nak buat kurma telur.
Yakin masih ada serbuk kurma dalam kabinet dapur. Tetiba lepas dah hiris bawang halia tomato cili semua baru cari rempah dalam bekas rupa-rupanya bukan serbuk kurma tetapi serbuk sup dan tomyam. Alamak... terpaksalah buat juga gulai kari telur rebus sebab telur tengah direbus tuu.. mujurlah rempah kari memang standby sokmo dalam rumah ni..


Berbaloi buat gulai kari telur rebus ni sebab anak aku Angah dengan Che Ah yang berdua tu suka makan sampai lepas dah basuh tangan pun minta aku tapaukan telur dengan kuah gulai untuk dimakan depan tv.. alhamdulillah 😊 disebabkan anak aku kata sedap (ehehe) jadi aku nak share lah resepi ni. Aku buat untuk portion keluarga kecil ja ok. guna 4 biji telur ja. Ok, Jom tengok resepi!


Resepi Gulai Kari Telur Rebus



Bahan A (rempah 3 sekawan)
Kulit Kayu Manis 1/2 batang
Bunga Lawang 1 kuntum
Bunga Cengkih 2 kuntum

Bahan B (bebawang)
Bawang Merah 2 biji ~ dihiris
Bawang Putih 2 ulas ~ dihiris
Halia 2 inci ~ dihiris
Daun kari 10 helai

Bahan C (bancuhan kari)
2 sudu makan rempah kari daging
Air sedikit ~ utk dibancuh dengan rempah kari

Bahan Lain
Telur 4 biji
Bawang besar 1/2 biji diblend dgn 1 1/2 cawan air
Air untuk kuah
Kerisik 1/2 sudu makan
Susu Sejat 1 cawan
Garam secukup rasa



Cara Memasak

1. Rebus telur dahulu. Kemudian terus panaskan minyak dan bolehlah menumis rempah 3 sekawan iaitu Bahan A sehingga terbit bau wangi.


2. Masukkan Bahan B (bebawang) dan tumis sehingga wangi. Jangan sampai hangit. 


3. Masukkan bahan C iaitu bancuhan kari daging dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bawang besar yang telah diblend. Masak sehingga hampir kering dan pecah minyak lagi sekali.


4. Masukkan air secukupnya sebagai kuah, kemudian kerisik dan kacau sebati. Masak sehingga menggelegak dan masukkan susu sejat dan perlahankan api.


5. Masukkan telur rebus yang telah dikupas dan dibasuh. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan bolehlah perasakan masakan  gulai kari telur rebus ini dengan garam secukup rasa. Siap. Selamat memasak! 


#silakan_share_dan_like_resepi_ni
#pahala_ilmu_yang _bermanfaat
#sharing_is_caring
#terima_kasih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...