Ads Top

Aktiviti Di Monkey Beach Terbantut dek kerana...


Masa tengah trekking, member aku Yus bagitau dia dah lapar.. dah tak sabar nak sampai Monkey Beach sebab nak lunch.. aku pulak cakap nak mandi dan berendam dulu kat pantai lepas tu baru makan sebab takut kalau makan dulu nanti muntah balik sebab berendam lepas makan...


Tapi ...


Lepas dah sampai Monkey Beach, aku plan dengan member aku, Ida nak berendam kaki je lah kat gigi pantai. Semuanya sebab hujan yang melanda tengahari tu. Terus tak berani nak berendam dalam laut huhu... 


Yang pompuan tu le Ida.


Ada le 4-5 orang lelaki grup kami yang turun ke laut.. 
Ramai jugak yang lepak je kat khemah sambil bersembang santai. Aku, Ida dengan Kak Umi dah siap pasang angan-angan dah nak main kat gigi pantai jap lagi... tunggu hujan reda sikit je..


Lepak kat khemah sambil borak2 kudap2... 


Tetiba, nampak grup lelaki yang mandi tadi naik ke pantai sambil mengangkat sorang staf lelaki. Rupanya staf tu terkena sengat ikan.. terus bawak pergi ke khemah untuk bersiap-siap nak bawak ke hospital. Suasana agak kalut, tapi aku sempat jugak snap gambar staf tu masa dorang tengah cool down kan dia.. tapi terdelete pulak.. hurmmm... sayang..


Keadaan agak terkawal walaupun masih hujan lebat..
Bila bot sampai je, terus staf tu dibawa pergi untuk dapatkan rawatan. Kami yang berada kat situ terus cancell plan nak main kat pantai... tak berani... humm..


Disebabkan kami dah tak jadi nak berendam dalam laut, so masa untuk makan dan habiskan bekalan yang dibawa je lah... aku beli sambal ikan bilis dengan nasi, yus bawak gulai ayam dengan ayam goreng kunyit, ida pulak bawak udang goreng kunyit dengan ketupat.. kak umi pulak bermalam sejak semalam so makan je bekalan yang kami bawak.. 😊


Bila hujan agak reda sikit, bot pun sampai. 
Kami terus balik je tanpa buat apa-apa aktiviti. Ye lah kan, takkan kawan dah jadi macam tu kami gamak lagi nak bersuka ria kat situ.. malam tadi aku dah google dalam internet tengok apa yang ada kat Monkey Beach... ada litar ATV, Jet Ski, Kuda.. so aku gigih cucuk duit lebih sikit kat Petronas pagi tadi lepas hantar anak sebab nak main Jet Ski.. sekali... huhu...


Ni gambar aku dapat dari grup office. Ni gambar sehari sebelum aku pergi. Tak hujan siang tu. Tapi malam hujan... kelakar dengar cerita dorang terpaksa tido dalam hujan  😁




Camping Monkey Beach, Penang




Bila bot dah sampai, kami terus balik naik bot.
Gerimis sikit-sikit...


Camping Monkey Beach, Penang




Camping Monkey Beach, Penang




Selfie wefie tetap!!! 😊


Nampak budak-budak sekolah rendah main kat gigi pantai... aduuuuuhaiiiii... jeles lak aku tengok huhu..






Camping Monkey Beach, Penang


Naik bot dan bergerak jam 1.25pm.. 
Plan asal gerak balik naik bot pukul 3petang.. 


Jam 1.35pm barang dah siap naik atas darat dah...
Naik bot pun sekejap sangat... 10 minit je.. huhuhu..


Camping Monkey Beach, Penang




Aku tak snap gambar keliling kawasan ni. 
Ingat nak share dengan korang dan sesiapa jugak yang nak datang Monkey Beach ni sebagai rujukan.. tapi banyak jugak barang/beg nak kena pakat-pakat bawak, so aku tengok jelah... aku pun tak sempat masuk ke kedai-kedai kat situ sebab bas dah tunggu.. kami akan berhenti kat mana-mana maybe masjid untuk mandi dan bertukar pakaian dan solat...


Pn.Yati. 
Duduk homestay tepi umah aku hehe..


Ex-TKL dan Jurulatih 


Camping Monkey Beach, Penang
Wajib selfie dalam bas... 
ada yang kata muka aku bulat.. ye ke..

Aku ni macam sesumpah, kadang nampak bulat.. kadang nampak tirusss... kejap nampak kurus kejap nampak gemuk...  adoiii! 


Camping Monkey Beach, Penang
Wefie pulak sebelum bas jalan hehe..
Ada yang naik kereta (tumpang staf lelaki) semalam balik hari ni naik bas... 😊


Will be here again... inshaa Allah... 
Kerachut? Hehe..


Ok tu je nak update hari ni. 
Tengkiu reading... 




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.