Tuesday, 17 October 2017

Panas enjin dulu...


Majlis Perasmian
PLKN Kumpulan 3 Siri 14 Tahun 2017
17 Oktober 2017









Majlis hari ni bermula jam 9.15 minit pagi.
Semua staf dan jurulatih kecuali tentera pakai baju Korporat. Tentera pakai loreng.




Menu kami nasi lemak dengan ayam goreng berempah. Walaupun simple, yang penting kuah sambal tu sedap!!! 😁


Ok. Tu je nak update. Tq reading sahabat...


Tuesday, 19 September 2017

Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


Pejabat TNB Sungai Petani


Hari ni aku nak share pengalaman mohon bekalan elektrik dalam rumah yang baru dibeli daripada pemaju perumahan 😊


Semasa proses serahan kunci rumah daripada Pemaju kepada Owner/aku dalam bulan Mac hari tu, Miss Lim daripada pihak pemaju telah memberikan aku kad bisnes kontraktor elektrik yang berdaftar untuk dihubungi jika aku hendak masuk elektrik dalam rumah baruku..




Pada mulanya aku ingat nak uruskan sendiri je proses masuk elektrik ni. Hari Isnin 11 Sept lepas aku pergi pejabat TNB untuk mohon bekalan. Tapi malangnya, aku dimaklumkan oleh staf TNB supaya menghubungi kontraktor yang berdaftar seperti yang diberikan oleh pemaju dahulu.. oic... kena deal dengan dorang jugak rupanya...


Aku pun call office CK Chuah Elektrical. Staf di sana meminta maklumat seperti nombor plot rumah serta nama taman. Selepas aku memberikan maklumat seperti yang diminta, staf di sana akan memeriksa dokumen aku di sana terlebih dahulu dan akan menghubungi aku kemudian.




Tak lama lepas tu, aku dapat sms ni. 
Untuk nama dan nombor telefon saksi, aku pakai nama husben. 


Semalam 18 Sept kebetulan aku cuti sebab nak bawa budak Eshan check-up kat Klinik Paediatrik di Hospital Sultan Abdul Halim. Selepas dah selesai berjumpa doktor, sebelum start kereta sempat aku mesej/sms Siti; staf CK Chuah untuk bertanya berkenaan dokumen untuk mohon bekalan elektrik minggu lepas sama ada sudah ready atau belum. Kalau dah ready, bolehlah aku pergi ambil dan bayar terus kat TNB sebab dah kebetulan hari ni aku cuti dan dah ada dekat luar.. nak jimat minyak oiii 😂




SMS masuk semasa aku tengah drive nak balik. 
Sanggup aku berhenti kereta kat tepi jalan dulu nak tengok siapa yang hantar.. Alhamdulillah... it is Siti. Terus aku call tanya kat mana pejabat CK Chuah ni. Apa landmark kat situ.. oic.. pejabat CK Chuah ni dekat atas Bank RHB Pekan Baru sahaja. Dekat dengan stesen bas dan teksi Sungai Petani. Terus excited pulas stereng pergi sana.. 😁






Di hadapan pejabat CK Chuah. 
Hari ni Eshan mengikut ibu pergi pekan. Hehe..
Seronok jugak usung budak ni. Tak banyak meragam. Mungkin sebab tak panas... mendung je.. tapi harap2 tak hujan la.. tak ambil dokumen terus sebab office CK Chuah rehat kejap. Pukul 1.30 baru buka balik. Sempat le aku cucuk duit dulu kat RHB dan beli air kat 7E sambil melayan budak Eshan tu.. 


Pukul 1.30 tengah hari office buka balik. 
Dapat dokumen macam ni. Terus pergi TNB buat bayaran. TNB pun dekat je dengan pejabat CK Chuah ni... alhamdulillah... 😊




Sampai pejabat TNB tak ramai orang. 
Parking pun mudah dapat betul-betul depan pejabat TNB. Masa ni hujan tapi tak lebat.. 




In shaa Allah...
Elektrik akan dibekalkan ke rumah dalam tempoh 3 hari bekerja. Make sure pagar rumah tidak dikunci supaya senang pekerja TNB nak pasang meter elektrik kat rumah 😊 



KOS PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

Jenis Rumah : Teres 1 tingkat
Kos Mohon Bekalan : RM 260
Tempoh : 3 hari bekerja




Monday, 11 September 2017

Almarhum Sultan Abdul Halim Mangkat Hari Ini


11 September 2017 







Innalillahi wa inna ilayhi raji'un...



Sembah Takziah

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

28 Nov 1927 - 11 Sept 2017


Ya Allah... 
Rahmatilah roh Al-marhum baginda Sultan Kedah. Ampunkanlah dosanya dan lapangkan kuburnya. Masukkan baginda di kalangan hambaMu yang beriman. 

Al-fatihah. 



Kedah berkabung.