Ads Top


Tayar kereta dah botak. Dah seminggu perasan tapi memandangkan nak tunggu gaji baru nak buat, so tawakkal je bawak kereta tayar botak selama seminggu.. 


Mula-mula aku dengan husben pergi kedai tayar dekat dengan rumah. Husben cuti sebab baru balik dari outstation kat Melaka hari Rabu semalam. Kebetulan kena pergi hospital Khamis pagi untuk ambil darah. So, cuti terus senang tak kalut.. di kedai tayar, dorang bagitau tayar murah dah habis. Yang tinggal tayar jenama Hankook untuk rim 17'. Sebiji RM250. Lepas trade in dengan tayar sedia ada, dapatlah RM920 untuk 4biji tayar baru.


Uishhh... so husben terpikir untuk suruh dorang kira tayar baru untuk rim 16'. Kiranya nak trade in rim 17' tu lah. Sekali dia kira total dalam RM1300++. So tak jadi dengan idea rim 16'. Tak sanggup bayar banyak untuk rim 16' huhu..


Kemudian, pekerja kedai tu bagitau, kalau waja standard rim 15'. Maknanya 15' ok dah sebenarnya. Husben pun bagitau kereta yang dorang servis tadi tu rim 15' jugak. So budak kedai tunjuk rim 15' sekali tayar siap pasang yang dorang dah display kat luar kedai. Yang tu kena topup bayar lagi RM450 lepas trade in tayar dengan rim 17' kami. Nampak tayar tu masih baru. Rim pun nampak cantik jugak. So, kami pun tukarlah amik rim15' ni huhu.. siap buat alignment lepas tu aku terus balik opis koi145..


Sejak 2 hari lepas teringat dekat rumah kami beli tu.
So dah plan hari ni lepas waktu pejabat pukul3.30 pm, nak keluar on time dan pergi tengok rumah. Call husben ajak sekali. Bila bawak kereta dekat 20km dah, masih belum rasa sedap bawak... tayar rasa macam tak rapat dengan jalan.. macam melayang melantun-lantun.. so kami decide tak payah pergi tengok rumah lagi. Kami terus pergi kedai tayar kat SP.. Dekat tepi corner lot berdekatan kedai repair kereta Bolomous. 


Lepas kira, trade in rim 15' yang kami guna tak sampai 3jam tu, dapatlah rim 17' dengan tayar baru jenama Falken. Jumlah kena bayar RM1020. Disebabkan tak over bajet, so kami setuju.. dia tolak tayar dan rim 15' tadi dengan harga RM500.




Suka tengok sport rim dalam kedai ni.
Boleh tahan jugaklah modal dorang keluarkan untuk kedai besar macam ni. Puas hati.. dekat luar kedai penuh dengan sport rim! Meninjau2 jugaklah sementara dorang berbincang dengan husben huhu.. teringin tapi tak mampooo.. 


Kedai ni pun selesa tempat menunggu dia. Nak duduk di luar boleh, dalam pun boleh. Dekat dalam ada aircond, sofa baru dengan tv lagi. Toilet pun bersih.. dekat tempat menunggu di dalam ni pun masih dikelilingi dengan Sport rim!




Sekali-sekala aku keluar nak tengok apa yang dah siap. 




Nampak dorang baru nak pasang tayar dekat kereta. Aku tunggu kat luar ni sampai dorang nak buat alignment kt tayar.


tukar tayar kereta dah botak
Alignment tayar.


Tetiba sampai progress nak buat alignment ni, budak kedai tadi datang minta maaf dekat kami. Katanya tayar Falken 17' ni dah ada orang booking. So dia suggest guna tayar jenis Forceum dari Indonesia. Harga sama. Tayar baru juga. Ermm... betulke.. dah ada orang booked? Ahaha...


Lepas tu dorang buka balik alignment ni, buang balik tayar Falken dari rim dan pasang tayar Forceum kat rim. Rasanya macam kami tak pernah pakai lagi tayar jenama Forceum ni. In shaa Allah.. ok kot... 








Lepas dah selesai, kami pun balik. Dekat pukul 730pm jugaklah sampai rumah lepas amik anak sekali dekat sekolah dengan rumah pengasuh. Minggu depan nak pergi kursus dekat APBM Batu Gajah, Perak sedap sikitlah nak memandu guna tayar dengan rim baru 😁


Ok. Tu je nak update. 
Tengkiu reading! 



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.