Ads Top


Aku rasa aku macam semua orang yang bila PKP mula belajar berkebun dan menanam pokok sama ada pokok bunga atau sayur.  


#Perintah Kawalan Pergerakan kerana Pandemik CoVid-19

tanah 10 kilo aku beli baru-baru ni untuk penuhi kepuasan berkebun. 
beli di Shopee, 11 Ogos sampai.


Tahun lepas, aku start semai pokok cabai merah. Kat Utara cili kami panggil cabai.  Banyak pokok cabai merah (cili besar) bercambah dari biji cabai tu je. Masa mula-mula naik tunas-tunas daun tu memang aku happy gila.. Nampak anak tunas pokok berwarna putih keluar dari tanah tu memang seronok sangat.. Ada lah dalam 30 anak pokok tapi pokok tu tak lama lepas tu tumbang dan mati. Baru naik dalam 3-5cm camtu la.. Kecewa dan sedih sangat sebab aku memang teringin sangat nak ada pokok cabai sendiri...
 

Sebab aku memang nak sangat ada pokok cabai sendiri.  Kalau boleh nak ada pokok cabai merah, cabai burung (cili api) dengan cabai melaka (cili siam) jugak. Jadi aku tekad untuk semai lagi sekali. Tak boleh tidur memikirkan tanaman pokok cabai pertama aku tu gagal. Serius!


 So, aku beli tanah jenis lain pulak selepas tu. Aku start beli 6kilo tanah dulu dengan sorang seller dari Jitra Kedah. Alhamdulillah semaian aku kali ni berjaya dengan izinNya. Berbekalkan ilmu yang tak seberapa dan aku dapat hasil dari carian enjin google, semaian cabai merah aku semakin sihat, tinggi dan mempunyai daun yang hijau dan lebar... alhamdulillah..  senyum lebar dah.. tiap-tiap hari aku jenguk pokok aku ni.. Tapi pokok tu pun masih kategori pokok yang belum matang sebab masih  belum capai 15cm tinggi sekarang ni..


Sejak pokok cabai aku semakin membesar dan mengeluarkan daun yang cantik menghijau, aku cuba-cuba pulak semai rambutan dan cempedak.. tu sebab tanah 6 kilo tu habis.. tapi pokoknya tak banyak pun.. masih belum tahu lagi semaian tu menjadi ke tidak.. 



beli lagi 10 kilo baru-baru ni


Tanah 10 kilo ni sampai 11 Ogos baru-baru ni.  Baru guna sedikit untuk semai biji rambutan. 


Moga tanaman kali ni membuahkan hasil. Amiiiin. Inshaa Allah nanti aku update gambar terkini anak pokok cabai merah aku tu nohh!  

 

2 ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.