Ads Top

 
Pokok kari yang aku beli melalui Shopee tu dah sampai tengahari 14 Ogos hari tu. Kecewa jugak masa memula tengok saiz pokok kari tu, langsung tak sama macam dalam gambar. Pokok tu aku letak dalam bilik air dulu, malam nanti baru aku tanam. 

 

 

anak pokok kari Shopee RM10 belum termasuk pos. 

Lepas tu teringat pokok Lemon Kuning yang aku beli tahun lepas dekat Shopee. Saiz agak tinggi jugak melebihi paras lutut orang dewasa dan berharga hampir RM20 (harga pokok sahaja). So aku positif balik la..  Pokok kari yang aku beli tu harganya RM10, jadi sesuailah seller bagi aku anak pokok je... 


Apa yang membuatkan aku kena redha lagi adalah apabila daun kari tu mempunyai bau yang sangat kuat walaupun daunnya kecik-kecik lagi. Alhamdulillah tercapai hajat nak cium pokok kari sendiri. hehe.. Lagi satu, walau pun pokoknya kecik lagi, tapi daunnya  meriah jugak. Ini adalah pokok kari yang pertama aku beli. Aku harap pokok ni hidup dan berjasa kepada kami sekeluarga nanti. Kalau pokok ni membesar nanti, bolehlah aku buat gulai kari letak daun kari pokok sendiri. Sebelum ni, kalau daun kari takda, aku buat jugaklah kari tanpa daun kari.


Aku memang suka pokok yang daunnya ada bau dan aku ada tanam pokok Lemon Kuning dan Kunyit dekat laman. Pokok kari ni akan jadi pokok ketiga aku tanam yang mempunyai daun yang berbau wangi. 


dah tanam dalam pasu. 





 Asalnya aku plan nak terus tanam dekat laman depan. Tapi lepas dah dapat pokok saiz kecik macam tu, terpaksa tukar plan. Tanam dalam pasu dulu. Mujur aku ada 2 biji pasu macam kat atas ni yang belum ada pokok. Sebab ada tanah merah dalam tu yang menyebabkan aku segan/malas nak guna tu huhu.. mugkin ini hikmahnya kot.. kalau tak, membazir pasu pulak kan. Inshaa Allah nanti apabila pokok kari ni capai paras lutut atau nampak sihat sikit aku tanamlah dekat laman.


Moga pokok kari ni dapat hidup dan membesar dengan baik. Amin. 

 

2 ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.