Wednesday, 31 May 2017

Belacan oh belacan


Belacan dah habis kat umah sejak minggu lepas lagi. Last guna belacan 'terakhir' kat umah masa buat sambal air asam yang aku dah story dalam entri NI.



Belacan besar yang cantik warnanya..


Maknanya dah 2 minggu tak makan air asam atau sambal belacan 😅 . Buka puasa boleh pulak tahan nafsu tak makan air asam hehe.. tapi kan, kalau ada air asam memang boleh bertambah-tambah makan nasi. Sangat bahaya untuk diet. Tambah pulak buat air asam tu waktu berbuka.. 


Tapi walaupun takda air asam/sambal belacan, nak makan dengan nasi punya pasal, buat jugak la sambal cili padi kicap tu.. orang melayu memang sinonim dengan masakan pedas hihi



Belacan wangi


Ni bukan belacan yang aku beli. 
Sebab dah beli semalam jenis bulat tu. Yang ni member aku yang order kat member satu ofis ni jugak. Mak dia memang buat dan jual belacan. Asam jawa pun jual jugak. Aku asalnya nak beli dengan dia, tapi manjang terlupa jer nak bawak.. so last sekali beli dengan orang lain la.. hehe takde rezeki la tu.. 


Tapi disebabkan bau belacan ni wangi, terus order seketoi jugak! Padahal belacan yang beli semalam pun belum buat apa-apa lagi sebab cili merah dah habis hehe.. beli belacan tak rugi, sebab memang cepat je habis kat umah ni.. 😊 mana tak, buat sambal tumis ikan pun aku taruk belacan. Baru best nak makan!


Korang suka belacan tak? 😅