Tutorial : Apa nak buat lepas dah beli tiket flight online?
Terfikir nak buat entri ni sebagai rujukan kat diri sendiri. Maklumlah jarang-jarang fly kan... 🙈
banyak entri kat internet tentang cara book tiket flight.. apa nak buat selepas tu jarang pulak diceritakan. So, sebab tu aku terasa seperti nak up entri tentang apa nak buat lepas kita dah beli tiket flight.. moga-moga perkongsian ilmu ni bermanfaat. In shaa Allah. Aamiin.
1) Cari tiket flight
Nak cerita jugak part nie hehe...
Kita boleh beli tiket flight dengan cara masuk ke website syarikat penerbangan dan search tiket flight yang kita nak beli untuk sekian tarikh.
Tapi kelemahannya, kita tak sure adakah tiket yang kita dapat tu dengan sekian harga yang ditawarkan tu adalah yang termurah jika dibandingkan dengan offer dari syarikat lain...
Dipendekkan cerita, kalau nak compare harga tiket dengan lebih cepat dan mudah, boleh tengok kat airpaz.
Kita boleh beli tiket flight dengan cara masuk ke website syarikat penerbangan dan search tiket flight yang kita nak beli untuk sekian tarikh.
Tapi kelemahannya, kita tak sure adakah tiket yang kita dapat tu dengan sekian harga yang ditawarkan tu adalah yang termurah jika dibandingkan dengan offer dari syarikat lain...
Dipendekkan cerita, kalau nak compare harga tiket dengan lebih cepat dan mudah, boleh tengok kat airpaz.
Interface website airpaz.
#Boleh klik gambar ni untuk ke website airpaz.
Aku beli tiket flight sehari sebelum fly.
Ni adalah first time aku beli tiket kat airpaz. Airpaz ni function dia lebih kurang macam trivago jugak lah.. bezanya trivago compare harga bilik hotel tapi airpaz ni compare harga tiket flight...
Tips :
setiap kali selepas keluar website airpaz/air asia/ mas etc, make sure kita clearkan cache dengan cara pergi ke website history dalam fon kita supaya apabila kita masuk ke website tersebut untuk cari flight tiket lagi, harga dia tak jadi semakin mahal.
Tips :
setiap kali selepas keluar website airpaz/air asia/ mas etc, make sure kita clearkan cache dengan cara pergi ke website history dalam fon kita supaya apabila kita masuk ke website tersebut untuk cari flight tiket lagi, harga dia tak jadi semakin mahal.
2) Beli tiket flight
Lepas dah pilih penerbangan mana yang kita nak, website airpaz akan minta kita buat bayaran. Macam aku, aku pilih 'online banking' sebagai 'payment method'. Aku pilih cimbclicks.com.my.
Nasihat aku, kalau beli tiket flight, belilah sekali dengan luggage... 15kg pun dah ok kalau setakat nak gi kursus 3 hari 2 malam jer hehe...
Ok, lepas buat bayaran, website airpaz akan tunjuk macam ni...
Tengok kat payment history tulis 'done'. Jom kita check transaction record (rekod urusniaga) dalam cimbclicks kita pulak... ada tulis apa-apa tak..?
Lets check it out!
Website cimbclicks.
Ini bermakna urusniaga success...
duit tiket dah bayar! 😃😃😃
Bagusnya guna airpaz ni sebab kita boleh cari tiket termurah dan boleh terus beli on the spot!!!
Lepas tu bolehlah semak emel kita...
Make sure emel kita tu betul alamatnya dan password dia kita ingat.
Ok, jom semak!
Kat henfon aku, dia kuar macam ni...
Tak nampak full. Kalau nak baca habis kena lah gerak jari atas screen henfon ke kiri ke kanan. Leceh betoi.. Mungkin sebab setting dorang kot..
Tapi jangan risau, kita boleh dapatkan details pembelian kita dengan cara download pdf file kat sini...
Kena Scroll ke bawah emel tadi baru jumpa lah... 😉
Dah download,
paparan pdf file macam ni yang kita dapat...
Lebih mudah dibaca kan? So, kenalah download.
Bila dah dapat paparan ni, simpan. Kita nak guna airlines tiket number yang aku tanda hijau tu untuk check-in nanti. Aku beli tiket MAS sebab tak penah lagi naik MAS.
3. Kiosk Check - in
Aku tak buat mobile check-in masa flight pergi.
Tapi masa flight balik, ya. Sebab takut tak sempat. Nanti aku buat tutorial pasal nie. In shaa Allah.
Masa pergi, aku just check-in kat kiosk MAS sebab flight aku MAS kan.. 😉 .
Kiosk MAS kat Penang Airport.
Jangan confius dengan perkataan 'kiosk' vs 'kaunter'.
Kiosk ni takde staff MAS. Kita yang kendali mesin tu. Tapi kadang-kadang ada jugak staff MAS kat situ yang akan membantu jika perlu sahaja. Kalau Kaunter pula, ada pekerja yang duduk di kaunter yang dikhaskan dekat situ.
Semua mesin 'check-in kiosk' tak kira MAS atau Air Asia etc adalah jenis 'touch screen'. Pergi ke screen dan isilah maklumat seperti diminta. Jangan panik dan cool je ok!! Hehe.. Kat sini dia akan minta airlines tiket number macam yang aku dah mention kat atas tadi.
Lepas je selesai check-in, automatik mesin kiosk ni akan print out/ keluarkan boarding pass kita 😀
Alhamdulillah....
Nampak tak dia tulis "kiosk boarding pass" kat atas header tu?
4. Luggage
Buat masa ni 'hand carry' yang dibenarkan adalah sehingga 7kg sahaja. Hand carry ni adalah istilah kepada apa-apa sahaja yang dibawa masuk ke dalam cabin flight seperti beg galas belakang, handbeg, troli beg etc...
Cabin pulak adalah merujuk kepada ruang tempat duduk penumpang di dalam flight.
Lepas dah selamat check-in (kiosk or mobile), kalau luggage kita beratnya di bawah 7kg, tak perlu dah check in luggage kat kaunter. Tapi kalau berat luggage kita lebih 7kg, means tak sesuai nak hand carry masuk dalam cabin, so kenalah check-in luggage kat kaunter MAS... sama jugak kalau kita tak tahu nak agak berapa berat luggage kita.. kena pergi timbang berat luggage tu kat kaunter dan check in terus (luggage masuk dalam perut kapal hehe)
Kat hujung sana tu kaunter MAS, AIR ASIA etc...
5. Pemeriksaan Kastam
Gate biasanya dibuka 1 jam sebelum flight berlepas/departure. Ada 2 kali pemeriksaan kastam di airport. Polis kastam ni berbaju biru tua.
Kali Pertama adalah semasa di pintu masuk hadapan. Yang ni kita boleh nampak. Adik-beradik kita yang hantar pun boleh nampak polis kastam kat depan ni. Make sure bawak Mykad ori dengan Boarding Pass kita dan tunjukkan kat dorang untuk diperiksa. Dorang akan periksa nama di atas Mykad dengan Boarding Pass. Jangan silap ejaan. Masa book tiket kena berhati-hati.
Aku penah tau. Kastam tu cakap nama salah.
Mujur aku tak panik. Sebab aku dah check banyak kali dah semasa beli tiket tu. Aku just yakin dan tengok balik pass aku tu dan tunjukkan dekat dia yang nama aku eja betul. Rupanya kastam tu dah mamai. Aku faham. dia dah mengantuk, keja berdiri pulak tu. Tentu dah letih...
Kali Kedua pulak selepas kita dah lepas kastam di luar tadi. Yang ni kita je nampak. Kat sini ada foyer untuk kita letakkan all of our belongings macam handbeg, jam etc ke dalam dulang plastik yang disediakan di atas foyer tadi. Aku penah kena buka kasut masa nak pergi ke Sabah haitu.
6. Balai Perlepasan
Ada lagi ruang menunggu di dalam selepas 2 pemeriksaan kastam tadi. Kat sini masih ada kedai macam starbucks, convenience store, kraftangan, coklate dan lain-lain. Better beli kat luar balai sebab sini mahal. Dalam flight lagiii mahal.
Tunggu kat gate yang telah ditetapkan di dalam boarding pass kita. So, tengok balik boarding pass kita. Ada tulis gate berapa. Boarding pass di atas gate nye B3. So tunggu lah kat Gate B3 sehingga pengumuman flight kita dibuat. Sekali lagi tunjukkan boarding pass dan Mykad kita dekat staf yang bertugas di situ semasa beratur memasuki cabin flight.
Enjoy your flight!!!
Assalamualaikum sis, sy ad beli ticket flight airpaz tapi nak checkin online tak boleh, mmg kena checkin kat kios je ke kak. Boleh bantu sy tak?
BalasPadamWslm. S
PadamSeingat saya, tiket yang saya beli dari Airpaz saya checkin flight di Kiosk yang disediakan di Airport. Saya tak pasti sama ada tiket beli dari Airpaz hanya boleh checkin di kiosk sahaja atau boleh juga dibuat secara online.
Jovann
BalasPadamJovann
BalasPadam