Resepi Sambal Hati Ayam Goreng Kering
Hari ni kita nak bersiaran dari dapur pulak..
Haa... nak share resepi dekat belog kesayangan huhu..
Resepi ni antara favourite aku kalau buat masak hati ayam dan jugak pedal ayam.
Sambal Hati Ayam Goreng Kering
Kalau ada hati ayam atau pedal ayam tu, memang selalunya aku akan buat masak sambal hati ayam goreng kering macam resepi ni.. tak pun, buat masak sayur goreng kacang buncis... potong nipis2 pedal ayam tu best je rasa hehe.. dua tu je idea yang ada macam mana nak kerjakan hati ayam dan pedal ayam ni. Tapi dalam resepi ni, hati ayam dan pedal ayam aku tak potong nipis la.. karang jadi bubur lak haha..
Jom tengok resepi!
Sambal Hati Ayam Goreng Kering
Bahan-bahan
- hati dan pedal ayam
- bawang merah 1 biji *
- bawang putih 2 ulas *
- halia *
- cili kisar 4 sudu makan
- bawang besar 1/4 biji dihiris
- gula 1 sudu teh
- air 1/2 cawan
- garam secukup rasa
Cara-cara Memasak
- hati dan pedal ayam digoreng dan ketepikan.
- bahan bertanda * ditumbuk bersama dan ditumis sampai berbau wangi.
- masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak atas api perlahan.
- masukkan bawang besar dan sedikit gula dan kacau sedikit dan biarkan sampai bawang lembut/layu.
- masukkan hati ayam dan pedal ayam tadi bersama sedikit air untuk sebatikan kuah dengan hati ayam.
- bila kuah sudah pekat, masukkan garam secukup rasa. Kemudian bolehlah tutup api. Siap!
Resepi sambal hati ayam goreng kering ni sebenarnya aku mula suka makan sejak aku mula2 bekerja dulu. Masa tu kerja kilang dekat Sg.Way. Kilang Minolta. Lepas tu jadi Konica Minolta pulak. Ni kilang paling lama aku bekerja tak silap aku 10 bulan kot haha..
Masa tu muda lagi. Baru 21 tahun.
Ni menu breakfast aku. Tiap hari mesti ambil menu ni. Kalau tak ambil, jadi macam menyesal sebab teringat2 kesedapan sambal dia. Oh ya, kedai tu dalam kilang aku kerja tu lah.. Tapi tuan kedai buat kuah sambal dia banyak.. tak kedekut cili macam aku ni 😆
So, lepas dah berhenti kerja kat sana, aku tercari2 resepi ni. Tapi zaman tu mana ada internet mudah-mudah boleh dapat kat henpon je macam zaman sekarang ni kan. So kalau jumpa je menu ni kt kedai mana2 mesti aku ambil. Tapi sampai sekarang lah aku memang pujilah sambal hati ayam goreng kedai mkcik tu huhu.. kira macam legend jugak lah resepi ni kat aku huhu..
Ok tu je nak update. Tengkiu reading!!! 😆😆
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*
BalasPadamSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*