Kos Repair Pintu Kereta | Tombol pintu rosak
Sejak 5 hari lepas kereta kesayanganku 'demam' huhuhu... kali ni 'tombol pintu' ke hape aku nak panggil aku pon tak sure hehe 😅 tapi mendalah tu dah rosak.. adehhh!
Tahap awal rosak tu memula menyebabkan aku tak boleh nak tutup pintu kereta. Besi yang berbentuk macam ala-ala 'hook' yang nak lekat antara pintu kereta dengan badan kereta macam 'loose'.. terpaksa aku godek-godek walaupun tak reti pon sebab nak bagi pintu senang tutup.. kalo tak ketung-ketang bunyinya naik takuuuttt aku dibuatnya huhu... tapi aku tak sure lak kot-kot ni antara simptom kerosakan tombol pintu kereta aku tu hewhew...
Kemudian lepas pintu dah boleh ditutup dengan mudahnya, tetiba pintu kereta lak takleh dibuka dari dalam. Pintu kat tempat duduk pemandu pulak tu alahaiii... sabar jelah! Memula aku main tolak-tolak jelah button lock tu supaya pintu tu terbuka.. btw ia berhasil. Tapi aku yakin sikit hari lagi confirm rosak terus pintu tu huhu..
And finally, pintu terus tak boleh dibuka dari dalam sejak petang Jumaat lepas.. btw boleh buka pintu dari luar. Means tiap kali nak turun kereta, aku kena turunkan cermin hahaha 😂😂😂 memalukan betoi 🤓
So hari ni baru sempat nak repair kerosakan tu. Kerja di tempat baru ni walaupun dalam Kedah, tapi hari bekerja ikut macam KL k!.. so bolehlah keluar cari kedai repair kereta ni haini (Si kecik Eshan tu aku tinggal dengan abah dia.. Che Ah je aku bawak tu pun sebab dia nak ikut huhu...) Alhamdulillah boleh terus buat.. 45minit dah siap tu pon sebab dorang pergi keluar jap amik part dekat kedai lain..
Ermmm bab tombol pintu rosak ni bukan baru kali ni jadi, dah banyak kali dah.. tapi bukan di tempat driver.. tapi tempat co-pilot, penumpang di belakang sebelah kiri dan kanan jugak.. seingat aku belum pernah jadi lagi kat pintu driver ermm.. tapi power window keraplahhh huhu..
Disebabkan kedua-dua pintu yang sebelum ni dorang letak warna hitam sebab warna grey macam warna asal tombol tu takda, so kali ni aku minta dorang letak warna hitam jugaklah sebab nak bagi sama.. tapi pintu co-pilot aje masih warna grey sebab dulu aku tukar dekat kedai yang besar dan maju sikit.. kedai di mana aku buat tinted dengan tukar seat cover kereta dulu tu.. pasal tinted ada aku story kat entri ni.. disebabkan kedai tu besar, so macam-macam warnalah dorang ada...
Ok. Tu je nak update. So meh nak share,
KOS REPAIR ~
TOMBOL PINTU KERETA WAJA
RM 85
Ok. Bye!
di mana kedai repair pintu....boleh bagi alamat or contact no. tk
BalasPadamKedai ni dekat Pekan Bujang,, dekat-dekat dengan kedai runcit Seri Baling tu.. kedai repair ni dekat tengah deret bangunan tu yang ada jalan/lorong tu..
BalasPadam