Ads Top

FIFA WORLD CUP Malam Penutup PLKN K1S15/2018


Malam Penutup
PLKN Kumpulan 1 Siri 15 Tahun 2018
Tema : FIFA 'WORLD CUP'
3.3.2018 Sabtu 9mlm


Diam tak diam, sudah hampir 2 minggu PLKN Kumpulan 1 bagi tahun ni berakhir dan pelatih telah pun keluar dari kem dan meninggalkan kami dengan seribu kenangan manis.


Pelatih yang telah berjaya melalui tempoh 2 bulan di kem ini dengan menjalani program PLKN di sini akan dirai pada Malam Penutup PLKN.




Pelatih yang sedang menunggu acara dimulakan di Dewan Syarahan dikejutkan dengan penampilan ala 'WORLD CUP' oleh para Jurulatih dan team Pengurusan pada malam tersebut. Terdengar sorakan gembira dan terkejut para pelatih apabila kami beramai-ramai memasuki dewan dan menaiki pentas. Manakan tidak, selama menjalani program, pelatih melihat kami agak skema dan garang sedikit tetapi pada malam penutup tersebut, kami lebih sporting dan funky hihi..


Kami bergambar beramai-ramai terlebih dahulu sebelum memulakan acara sebaik menaiki pentas. Selepas itu, nyanyian lagu Negaraku dan Khidmat Negara dinyanyikan oleh para pelatih dengan suara yang sangat bertenaga dan kuat serta kedengaran penuh bersemangat buat kali terakhir bagi PLKN Kumpulan 1 Siri 15 Tahun 2018. Bergegar dewan dibuatnya hehe..






Sebelum acara lebih santai dimulakan, tuan Komandan memberikan ucapan tahniah serta sepatah dua nasihat kepada para pelatih yang telah berjaya mengharungi program. Selepas itu, acara penyampaian hadiah kepada Kompeni, Pelatih dan Jurulatih yang berjaya memenangi setiap pertandingan sepanjang program berlangsung.








Selepas itu, pelatih dibenarkan mengambil juadah yang disediakan di khemah yang disediakan di luar. Sementara itu, pelatih yang berminat untuk menyumbangkan suara dengan lagu kegemaran bolehlah berkaraoke di atas pentas tadi hehe.. 


Selalunya, pada malam ini akan diadakan persembahan daripada pelatih mengikut kompeni masing-masing seperti tarian kebangsaan, lakonan dan pelbagai lagi bentuk hiburan yang sesuai dengan umur mereka. Tapi kali ni tiada persembahan seperti itu memandangkan kesuntukan masa untuk berlatih ekoran daripada Majlis Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Kem PLKN Dusun Minda, Kuala Nerang pada sebelah pagi tadi. Banyak practise kawad sebab Timbalan Menhan hadir di sana.




Juadah istimewa yang disediakan pada malam tersebut. Ada ice-cream, ais cendol, ais kacang, teh tarik dan milo ais. Penulis hanya mengambil milo ais serta nasi dan satey dan ais krim coklat. Juadah istimewa sudah tentunya satay dan ais krim. Alhamdulillah... sedap dan tidak mengecewakan. 






















Acara lebih 'free & easy' kali ni...
Esok adalah hari pergerakan balik pelatih (passing out). Ada yang balik sendiri dengan menaiki bas yang disediakan oleh kem dan hampir 200 orang pelatih yang balik dengan waris mengambil di kem.


So, tunggu next intake pulak 😀
Tengkiu reading! 




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.