Saturday, 28 April 2018

XPDC Kayak Baling 2017


EKSPEDISI KAYAK BALING
Selasa 12.12.2017



Laluan : 
Kg. Banggol Deram - Kg.Tok Weng
Jarak : 10 km ++







Aktiviti berkayak adalah aktiviti sukan air yang sangat aku tunggu-tunggu. Ikut tarikh asal event berkayak ni adalah pada 11dis.. tapi time tu aku ada appoinment dekat Hospital Sultan Abdul Halim.. Nasib baiklah orang cakap nak jadi rezeki.., event tu ditunda sehari selepasnya iaiu 12dis. So, melompat bintang lerr sebab dapat jugak pergi hihihi.




Pagi tu geng perempuan yang terdiri daripada aku, kak umi, Ida dan Syiha berkumpul di kem terlebih dahulu. Kami bergerak ke Baling jam 7.30 pagi berempat sahaja dengan menaiki Perodua Alza Putih yang dipandu oleh aku. Ni 1st time aku bawak Alza hehe... sarapan kuih je dalam kereta sebab menurut Kapt Faizol breakfast is provided.. alhamdulillah.. rezeki...


Kami sampai di Stor Kayak di Simpang Teluk Teduri jam hampir pukul 9 pagi. Pekena nasi lemak sebungkus ke dua bungkus aku dah lupa. Maybe 2 kot.. acah-acah nak tarik energy kononnya 😆😆 So, dah setel makan, basuh tangan, minum teh semua so team kami pun bergeraklah ke lokasi kayak dengan menaiki Toyota Hilux...


Kayak Baling 12 Dis 2017. Semua naik Hilux.
1 trip je angkut 10 orang. Kelass haha...


Apabila dah sampai di lokasi bermula, kami diberikan 'safety jacket' untuk dipakai. Selepas semua peserta kayak sudah selesa dengan 'safety jacket' masing-masing, kami diberi taklimat pula oleh saudara Jack hampir 15-20 minit mengenai teknik kayak dan taklimat keselamatan sebelum memulakan aktiviti.  Sebelum aktiviti bermula, kami membuat senaman regangan bersama-sama supaya otot tak 'cramp'..











Selepas membuat regangan dan setelah memilih kayak yang sesuai, kami menyerahkan barangan peribadi seperti henfon dan beg sandang kepada saudara Jack dan kakitangannya yang digelar 'river guide' untuk disimpan. Air kotak, sebotol mineral, 2 bungkus roti gardenia inti coklat dan nasi lemak juga dibekalkan untuk dimakan sepanjang 'perjalanan' nanti. Bungkus  air dan roti elok-elok dalam beg plastik dan ikat atas perahu kayak. Nasi lemak je 'river guide' pegangkan untuk kami.. Nak makan nanti ambil je kat dorang bila stop nanti 👍


Bergambar dulu reramai sebelum start...





Lebih kurang jam 11 pagi, kayak pertama akhirnya meredah arus sungai di mana airnya mengalir agak laju. Air sungai yang mengalir mengenai batu-batu kecil dan berlaga-laga sesama sendiri menghasilkan suatu irama yang menenangkan.  Irama hutan yang sangat-sangat dirindui.. bau sungai.. bau hutan.. semuanya tenang dan mendamaikan. Pastinya dirindui para Pencinta Alam 😊 termasuklah aku hihi..


errr... layan gambar aku berkayak dulu ok...


masih dalam hutan

sungai sudah memasuki pekan Baling

gunung Baling... ohsem view kat sini..


Pergghhh!!! Kagum ahh dengan diri sendiri.. haha..
#poyojerrkan


Banyak kali juga team kami stop-stop sepanjang berkayak ni. Kadang tunggu team member yang lain sampai, kadang-kadang dorang tunggu kami sampai.. yelah, kes kayak terbaliklah ni hehe.. kejap kami berhenti makan, kejap berhenti rehat... ngeee.. but, no rush! All we need is to take our time and just enjoy kayak hehe....






Nampak tak kayak berdiri tu?
Tu proses membuang air sungai yang masuk ke dalam kayak selepas kayak terbalik.






Berkayak di sepanjang Sungai Ketil ni, paling seronok bila melalui kawasan rumah orang kampung. Nampak budak-budak sekolah rendah rasanya main terjun tiruk dari atas dahan pokok yang rendah.. syokkk je tengok dorang main sungai.. kadang-kadang jumpa jugaklah sorang dua budak-budak yang bertenggek di atas dahan pokok di tepi tebing sungai yang ternampak kami berkayak awal-awal lagi dah tunggu kami sampai..


budak-budak tu bertanya sama ada kami tengah bertanding atau saja-saja main kayak hehe.. ada yang cakap nak ikut sama berkayak.. ada yang bertanya best tak kayak.. ada yang anggap kami ni dah terror pun ada hihi.. padahal dalam hati aku ni berdoa kuat-kuat janganlah kayak aku terbalik depan budak2 ni yang tengah kekaguman tengok aku kayak haha... kalau terbalik juga, aku lebih rela berpura-pura dihanyutkan air sungai hahaha. Kalau jumpa budak-budak ni yang selalu melayan dorang adalah kayakmate aku lahh haa... aku lak menyampuk jugaklah sikit-sikit kuikui...


My Kayakmate.. SSjn Naim.


Kalau berkayak di Baling ni, view paling ohsem aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri adalah apabila kawasan sebelum jambatan Pekan Baling - Bongor. Maksudnya dekat kawasan belakang Pekan Lama. Banyak kedai cina dan bekas Panggung Wayang di situ.. view kat sini memang cantik dan nak berkayak pun rasa tenang jer... dekat sini boleh nampak puncak gunung Baling. Sungai pulak lebih lebar dari sebelumnya. Ohsem gila. Well.. i tell you, kalau hari-hari kayak kat sini pon takda masalah..  terbaikkk!










Kami menyambung lagi berkayak sehingga sampai ke lokasi penamat. Again. Perjalanan kami dengan view yang lebih ohsem!! Kami berkayak melalui kaki Gunung Baling!...


kat sini River Guide minta kami berhenti sebab nak snap picture team kayak dengan Gunung Baling. Layan..






Kami teruskan kembali berkayak sehingga ke lokasi penamat.  Alhamdulillah... semuanya selamat sampai dan telah berjaya menamatkan cabaran berkayak sepanjang 10km.  Cabar diri. Cungkil potensi diri. Syukur Allah.. everything went well.. #blessed


Sebelum naik ke daratan dan menyerahkan life jacket, perahu kayak dan mengambil semula our belongings henfon bagai tu, macam biasa pakat2 selfie reramai sekali lagi sebelum balik hewheww..



Great things to remember guyss!!! ❤❤❤


Di sini, Hilux tadi dah menunggu. Tak jauh dah dari Stor Kayak di simpang Teluk Teduri tempat kami breakfast pagi tadi. Selepas menyerahkan 'safety jacket', kami mengambil kembali beg serta barangan peribadi yang diserahkan tadi. Kemudian, kami pun bergerak menuju ke Stor Kayak. Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja dari sini.


Setelah sampai di Stor Kayak, kami dihidangkan makan tengah hari ala bufet oleh pihak Kayak Baling. Terbaiklah!!!.






Selepas itu kami membersihkan diri, mandi tukar baju dan bersedia untuk balik.


Salam Kayak dari aku.
Tengkiu reading! ❤


tengok video XPDC Kayak Baling 2017


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...