Ads Top

Hari - hari Terakhir Kami di PLKN (PART 8) ~ Ofis baru


Sebagai menepati janji sepertimana yang aku katakan di dalam post sebelum ni, now aku nak release rupa 'pejabat baru kami' setelah pejabat lama kami telah 'tiada' lagi susulan penamatan kontrak sewaan prasarana kem yang berakhir pada 03 Oktober 2018...


Sebuah majlis ringkas, penuh bermakna dan bersejarah buat kami telah berlangsung dalam suasana hening.... rasa pilu di mana seisi warga Kem PLKN Damai Park Resort terpaksa menyerahkan kembali bangunan kepada Pengusaha Kem... a new chapter has begun.. 


Jom tengok ofis baru kami 🙄😪


Selfie di depan ofis baru 😋


Rasmi ofis baru ni pada hari yang sama majlis serahan bangunan diadakan.. petangnya.. pakat2 amik kerusi sendiri la buka pejabat kat luar ni sobsobss... ni lah tempat kami 'layout durian' semasa kenduri makan 'pulut durian' di kem.. ada aku story kat dalam post ni.. tak sangka aku ruang ni akan jadi pejabat kami selepas PLKN rasmi dibubarkan 😅 Macam-macam yang kami rasa.. ye lah.. elok2 duduk dalam ofis ada kipas, ada ekon, ada toilet.. tetiba kena duduk kat luar tu... takde kipas, ekon lagilah takde.. toilet pon jauh.. kami gunakan toilet belakang Pejabat Logistik.. seram jugak takut ada cik 'u..r' huhu


Ofis baru ni terletak bersebelahan aje dengan Ofis lama huhuhu.. apakan daya ofis lama tu hanya mampu tengok jelah! Now kami beramai-ramai berkumpul kat luar pulak.. selalunya kalo bawak apa2 makanan, boleh lah makan dalam ofis selesa sikit.. sejukkk... tapi kat luar ni panas jugak la.. dah la tu, cepat pulak rasa haus adehhh!!! Tumbler air jenama Tupperware isipadu 1 liter isi penuh-penuh kat rumah, bila sampai ofis terbuka camni cepat je habis air minuman kami tu huhu.. 


Bila masuk je pukul 12, dah mula rasa panasss... 
Bahang atap zink sobsobsss 😂😂 seksaaa woii!!


Yang tak bestnye, rasa mengantuk cepat sampai sebab takde buat apa2.. sakit kapla ku dibuatnya! Cis betoi... nak tido2 letak kepala kat meja tu rasa segan lak.. kat sini kami duduk ramai-ramai, bersembang sampai lebam lah jawabnya huhu! Rumous mengenai hala tuju kami off course dah bertebaran dah masa ni!.. rumours2 ni pulak dapat dari TKP lah selalunya... Komandan takkan bagitahu apa2 sebab peratus orang nak percaya tu akan lebih tinggi dari apa yang TKP bagitahu.. takut ada yang berharap.. tapi selalunya apa yang TKP bagitahu tu memang betul2 jadi la... cuma romours tu takde orang nak sahkan aje.. semua menanti je pengumuman dari Komandan.. humm...
Tapi bagi aku, apa yang TKP bagitau tu selalunya aku anggap sahih la.. percaya terus huhu.. apa2 pun, tunggu komandan umum is better la.. tapi biasa lah kan, masing2 tak sabar nak tahu apa nak jadi masa depan ni huhu..


Korridor Bilik Penginapan TKP/TKL merangkap ofis baru kami.


Hasil perbincangan antara Komandan, TKP dengan Pengusaha Kem selepas Majlis Serahan Bangunan semalam (Rabu) berhasil jugak merayu dekat Pengusaha Kem memberikan kami penginapan... Tapi kami diminta oleh TKP untuk guna 1 dorm sahaja bagi langkah penjimatan... dah menumpang nama pon.. bermanfaat untuk staf yang duduk jauh la.. pada aku better minta ofis drpd bilik penginapan.. selepas diberitahu oleh Kapt Faizol bahawa bilik penginapan asal kami last boleh guna hari Khamis dan mesti diserah pada hari Khamis minggu tu jugak, maka kami kemaskan bilik penginapan kami pada tengahari hari Khamis tu selepas solat zohor dan angkut semua belongings untuk berpindah ke dorm pula.. tapi barang tak ada banyak pun sebenarnya... mmm.. sedih sangat2 nak tinggalkan bilik penginapan aku tu.. best bilik ever!


Minggu depan officially kami guna dorm baru la..
Tapi kami especially 'The Ladies' tak pergi pon rehat/lunch/tido kat dorm baru tu. Sebab segan. Solat je tp tak duduk lama la kat dorm.. setengah jam je pastu pergi ofis balik.. Bukan macam dulu lagi.. dulu government bayar, sekarang ni hanya ihsan dari Pengusaha Kem.. ada kem di mana Pengusaha Kem dia langsung tak bagi staf dan jurulatih masuk dah.. siap mangga besar-besar lagi sobsobs.. terpaksalah JL dan staf dorang pergi duduk di mana-mana.. sampai hampir-hampir kena halau pun ada.. hina betul.. huhhh!




Ada kem yang Komandan dia bagi cuti terusss.. senang cerita.. serba-salah Komandan semuanya... dilema2.. humm... Cepatlah KBS panggil kami lapor diri.. seganlah nak terima ihsan Pengusaha Kem lama-lama... amin yra... 


Komandan aku ada meeting dengan Pengarah Negeri pada hari Jumaat esoknya.. minggu tu jugak.. minggu kem tutup tu.. mesyuarat untuk membincangkan hala-tuju staf dan jurulatih PLKN setelah semuanya menjadi 'tak ketahuan hala' grrrr... Kementerian Belia dan Sukan (KBS) katanya tak mahu ambil staf JLKN sebab terlalu ramai katanya.. patutlah tak panggil-panggil... 😣😣


Kami tertunggu-tunggu jugak lah surat dari KBS sehinggalah hari serahan bangunan.. tapi negatif.. kosong.. yilekk!! apa daa... kemain nak serap JLKN dalam KBS selepas PLKN dimansuh, tapi ni kem dah tutup pun masih tak panggil-panggil kami lapor diri.. tup2 dengar cerita KBS tak mahu kami pulak! Kami pon tak hingin masuk KBS la.. uihhss geram aku..  seingat aku, sebelum kem tutup, kami pernah diminta oleh Mindef untuk membuat pilihan sama ada kami ingin masuk Mindef atau kekal di KBS.. sekarang officially KBS adalah kementerian baru aku bukan lagi Mindef sebab menteri (Syed Saddiq) umum JLKN diserap ke KBS.. secara automatik kami tetiba je terkeluar dari MINDEF..


 Tapi dalam pilihan yang diberi tu, aku pilih kekal dengan KBS sebab ingin merasa bekerja dengan kementerian lain pula.. lebih sepuluh tahun aku berada dalam Mindef.. lagi pon dengar cerita Unit2/ Kem Tentera kat SP semuanya dah penuh.. kalau minta Mindef lagi kemungkinan besar kena duduk Mindef HQ dekat KL sana.. oh no!.. oleh disebabkan tu, semua Ladies memilih KBS termasuk P/O kami Haniff.. cuma sorg P/O memilih Mindef.. rasa sedih sangat terpaksa tinggalkan Mindef... dalam undian tu dengar cerita lebih 90% warga PLKN memilih KBS.. woww!!


Apa intipati mesyuarat Komandan bersama Pengarah Negeri tu? nanti aku story dalam next entri okay.. in shaa Allah panjang umur kita berjumpa lagi. Aku belanja gambar-gambar kat bawah ni sebagai penutup entri hari ni. Semoga bertemu lagi. Bye2 🖐🖐


Ustazah ada gambar kat sini. Aku sendiri punya terlupa lak..


Gambar masa sebelum pelupusan haitu







Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.