Ads Top


Hari ni aku nak update story dalam label 'Paluan Berundur...' Kalau ada yang belum tahu label tu aku cerita tentang apa, bolehlah klik link kat sidebar sebelah k! ..malas nak cerita balik sebab korang boleh find out je dari situ huhuk..


Seingat aku, tak sampai lebih 3 hari pun kami bertapak kat 'ofis baru' kami seperti yang aku ceritakan dalam entri ni, sebab lepastu kami diarahkan untuk melapor diri di Kem 513 AW di Sungai Petani. Inilah sebenarnya intipati mesyuarat Komandan Kem bersama Pengarah Negeri yang aku janji nak ceritakan dalam entri tadi tu..


Pejabat baru kami


Gambar kat atas ni adalah bahagian depan pejabat Pegawai Pemerintah kalau tak silap aku.. tak ingat lak apa nama sebenar jawatan tu Pegawai Pemerintah ke apa ke tapi 'Pegawai Pemerintah' tu hanya ke sini time program training rekrut Askar Wataniah berlangsung je.. kalau takde training maka dia pon takdelah.. wallahualam. So bilik ni diberikan oleh Komandan Kem 513 kepada kami untuk dijadikan pejabat tumpangan sementara kami... 


Ya Allah... 
..awat macam dugong terdampar ni?
Ni pejabat yang kami dapat tu..


Gambar ni aku selfie pada hari 1st kami 'punch kad' di sini. Sebenarnya takda pun mesin punch kad fizikal di kem ni. Tu hanyalah istilah je aku guna.. kalo faham bagus hehe.. Kami tulis kedatangan kami semua pada Buku Pelawat je kat depan gate MP (Military Police) sinunn.. jadi memang tiap2 harilah kami kena tinggalkan IC kat dorang huhu..


Pejabat baru kami pon togel je.. saiz sederhana jerr kira muatlah nak letak Staf Pengurusan PLKN Damai Park kat dalam tu.. tapi bukan semua la.. Jurulatih pulak konfirm takleh muat dah laaa.. lain apa pun takde.. kipas pon takleh on... aircond lak tak kuat... seingat aku yang ada hanyalah peti besi yang berat dia nauzubillah mengucap nak angkat dia tu ada lah dalam pejabat ni 😆


Nampak tak perbezaan?
Spot the difference?
Alhamdulillah... Pejabat dah rupa Pejabat dah 😁


Dengan effort tahap dewa punya kami cuba isi dan penuhkan 'Pejabat Togel' kami dengan 'Perabot2' 🤣 dalam masa sehari je.. Well perabot ni bukan main amik je kat bilik sebelah dia atau bilik sebelah bilik sebelah tu atau bilik atas ke belakang ke depan ke.. tapi kami minta kerjasama ex Pengusaha Kem kami di Merbok sana untuk datangkan kerusi meja ni kat sini huhuhu... tetiba dapat kerusi import kahkah! Btw, alhandulillah sangat sebab Pengusaha Kem baik hati nak bantu kami... kalo tak alamatnya marilah kita  bersila beramai2 sambil minum kopi gulung rokok daun duduk sampai kebas semut2 kaki la jawapnyee ahahaha..


Hari kedua kami cuba adjustkan aircond tapi tak berhasil maka redho jelah takde aircond kuat.. Aircond kat area Komandan je ada. Udah le satu je.. Jadi kami try pulak lah adjust kipas siling.. masalah dia bila on tak function.. Terus terputus bekalan elektrik dalam kem. Siap kami kena warning takut ikan dalam aquarium mati adehhh! Tapi ni kira okay lah.. yang aku tak tahan tu elok pegang je kipas tu terus hancusss.. orang Kedah kata 'ghelai'.. sabaqjalahh! Beli barulah jawabnya.. pada aihh! 😂




Tak lama lepas tu, makin banyak lak 'aset' dalam Pejabat kami ni huhu.. bukan meja kerusi je tapi siap bantal pun ada kahkah


Kem 513 AW Sungai Petani bumbung biru tu lah MP bertugas jaga gate hari2...




Waktu ni di sini pihak JLKN dah start minta kami majukan salinan sijil-sijil yang dimiliki oleh para Jurulatih kami. Saringan! Saringan! Saringan! Masa di dalam kem kami di Merbok bulan lepas ramai yang dah dapat Surat Penghargaan atas khidmat bakti sepanjang berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN. Kali ni dorang minta sijil mungkin untuk offer sambung kontrak yang kami tak tahu jadi atau tak... Cepat atau lambat... bergantung pada rezeki.. 


Komandan dan juga TKP banyak menitipkan pesanan pada para jurulatih setiap kali Komandan balik dari meeting bersama Pengarah Zon diadakan agar tidak terlalu berharap untuk mendapat sambungan 'kontrak baru' tahun depan/ 01 Jan 2019. Paling sedih apabila TKP terpaksa cakap agar JL start cari kerja lain dah 😐  


Staf Pengurusan macam aku dan The Ladies jugak tak terkecuali dapat arahan daripada JPA. Bukan dorang suruh cari kerja lain. Tapi untuk memilih kementerian yang kami prefer nak masuk.. Feninnn... susahhhh nak pilih! Masa di kem merbok bulan lepas haitu Mindef tanya nak ikut kekal dalan Mindef or masuk KBS.. kali ni JPA lak suruh kami pilih kementerian mana kami nak... kalau haitu dah pilih Mindef pendek cerita la.. ni kami semua pilih nak keluar dari Mindef huhu.. 


Kat sini kami tiap2 hari bawak potluck..
Sama jugak masa di kem dulu. Tiap2 hari kami buat potluck. Tak larat nak kuar cari lunch sebab jauh nak keluar kem. Kat sini pulak sebab rasa leceh nak amik IC kat gate depan tu huhu




Yus, Shuhada, En.Zaidi


Aku bwk Gulai Ikan dalam bekas hijau tu 


Telur Dadar


Aku bawak ayam goreng dengan ikan bilis goreng yang bekas ada partition tu.. hehe... 


Ada jugak gambar aku haha.. 


Aktiviti makan2 ni sebenarnya tiap hari. Tiap2 hari ada potluck.. Sama jugak masa di kem dulu. Tiap2 hari ada potluck. Tak larat nak kuar cari lunch sebab jauh nak keluar kem. Kat sini pulak sebab rasa leceh nak amik IC kat gate depan tu huhu



Makan kat bawah atas 'poncho'.. tikar takdak..
Jadilah poncho ni buat tikar hihi..


Poncho ni ada jugak aku guna habuan nak tido tengah hari masa memula masuk kem ni dulu. Segan nak tido surau masa tu. So aku pakai poncho pastu tido belakang meja Komandan kadang aku tido kat tengah pejabat macam tempat dorang makan ni... Hehe.. member aku tido kat kerusi je... aku buat camtu kalo hari Jumaat la.. kunci pintu.. hari kerja kat Kedah kem tentera ikut WP/KL.. tapi tak lama lepas tu, kami dah tak berapa segan dah nak guna surau kem. So port tido tengah hari dah bertukar la.. lagi selesa sebab kipas laju kehkehkeh 🤣

.
.
.
.
@TamanJubli



Hanif, Staf Naim kayakmate, Staf Faizal dan Ustaz Aiman.. hihi tulis kat sini takut lama2 nanti lupa lak sapelah dorang ni kan 😅


Tiap hari kami tertunggu2 kalau ada emel dari jabatan berkaitan penempatan baru kami. Tiap hari isu tu jadi topik perbualan utama. Seboleh2nya kami hendak cepat2 dapat penempatan sebab rasa segan duduk lama2 di kem tumpangan.. 



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.