Ads Top

Cukur Kepala


Cerita dah masuk sebulan setengah, hari ni baru nak update dalam belog... bukan sebab malas tapi sebab nak bagi laluan untuk entri raya huhu.. sampai hampir nak terlupa dah nak up cerita ni 😁


Rambut asal dalam perut erm..ermm..


Cukur kepala si Eshan ni masa hari last kami cuti raya kat kampung aku. Raya Ahad 25 Jun, dalam minggu tu jugak kami cukur rambut dia pada Khamis 29 Jun pagi pukul 930 camtu..


Eshan je yang cukur rambut selepas dah habis aku pantang bersalin. Abang and kakak dia semua cukur rambut dalam tempoh ibu dia masih dalam pantang.. semua gara-gara aku bersalin Caesarean sebab darah tinggi semasa mengandung hari tu..




Duduk diam je Eshan ni..
budak dah cerdik, takmo kena bedung bila cukur kepala hehe..


Sebabnya, aku berpantang sendiri kat rumah. 
Dalam 3 minggu pertama husben amik cuti termasuk cuti isteri bersalin yang dapat 7 hari tu.. lepas tu, aku tawakkal berpantang sendiri kat rumah berdua dengan baby.. yang best time ni, husben masak siap-siap dan tinggal nasi dan lauk kat aku di dapur hehe.. tunggu makan je 😊😊😊


Masa zaman kakak and abang dia dulu, aku bersalin normal. Lepas bersalin aku berpantang kat hometown aku la.. so, senang la nak panggil bidan sebab mak aku dah tau... kampung dia kan.. kat SP ni, mana lah kami nak cari bidan.. 


Lagipun, lepas dah habis pantang, kami banyak pergi appointment kat hospital.. maklumlah anak premature.. lagipun anak aku lahir berat 1.65kg je.. belum masuk baby kena admit NICU dan jugak Wad Melur 2 sampai berat dia naik 1.8kg.. Sebab tu tunggu dia besar sikit baru kami ingat nak cukur kepala dia huhu..


Kepala dah dogoii separuh.. hihi


Last sekali, kami decide cukur kepala Eshan ni masa balik cuti raya nanti je lah kat kampung aku.. cukur kepala dengan bidan yang sama dengan kakak dia mek Che Ah tu.. 


Eshan di atas riba Kak Chah.
Raya haji nanti ingat nak balik mengurut lah dengan Kak Chah ni.. 😊


Sebelum cukur tu, bidan tu ada cakap, susah nak cukur kepala kalau budak dah besar.. so, bidan tu pun bedung si Eshan tu dengan kain batik aku. Budak dah cerdik, mana mau kena bedung hehe.. bila dah buka bedung tu, behave je anak aku.. 


Lepas dah cukur rambut dah separuh kepala, anak aku dah start meragam. Dah pukul 10! Masa tidur dia la tu.. disebabkan kepala dah dogoi separuh, kena sambung bagi habis keja jugak la kan. So, aku bancuh susu sebotol kat Eshan.. 



Dah mengantuk sangat dah... hehe


Sambung cukur kepala Eshan sambil dia menyusu tu. Mujurlah dia tak mengamuk.. boleh lah siap keja mencukur rambut lepas tu.. alhamdulillah..


Kepala dah dogoi hehe..


Lega lepas dah settle cukur rambut ni sebab aku geram tengok kelemumur kat ubun-ubun dia tu.. Anak aku pun nampak comel je dengan 'stail rambut baru' dia hehe.. 


Ok. Tu je nak update. 
Bye 😘😘😘


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.