Sambut Besday Anak ~ makan KFC lagi!
Baru habis menonton film KABALI..
menitik jugaklah airmata aku ni bila part pertemuan dua hati tu.. huhu.. filem Tamil lakonan hero filem Tamil iaitu Rajnikanth.. disebabkan si hitam manis ni yang berlakon, aku luangkan masa lah menonton.. hehe.. bukan apa, suka tengok gaya berlagak dia haha😁 lagi satu.. sebab filem ni banyak dorang berlakon kat Malaysia..
Jarang boleh tengok filem dia kat tv sekarang ni sebab aku dah jarang sangat-sangat menonton tv... ni pun boleh tengok sebab kebetulan je.. eh, balik kampung umah mak pun aku tak tengok tv jugak.. banyak bersembang kat dapur je dengan mak n adik beradik..
Angah (berdiri di belakang abang baju belang biru tu) tahun lepas. Main futsal mewakili Pra-Sekolah SK Merbok Pusat tahun 2016..
Jumaat 29 dis semalam adalah besday Angah aka Ikram. Kami satu family sambut besday Angah di KFC Jam Besar semalam kira-kira jam 6 petang... Cadang asalnya nak pergi KFC hari ni (hari Sabtu) sebelah petang untuk sambut besday Angah sebab hajat nak cari baju T Pra-sekolah lagi sehelai dekat Syairah.. tetiba dalam pukul 330 pm camtu terbaca kat FB ada orang post yang dia baru je pergi beli baju pra kat Osman Store, SP...
Kami ingat hari Jumaat kedai tutup!
so bagitau kat husben dan kami terus pergi lepas tu.. dalam pukul 5pm sampai Osman Store kat belakang Stesen Teksi SP tu. Hanya husben dengan Syairah je yang turun cari baju. Yang lain-lain tunggu dalam kereta 😊 Selesai kat sini, kami terus gerak ke KFC Jam Besar.
Sebenarnya Angah yang request nak makan kat KFC Jam Besar ni. Sebelum ni dia dah banyak kali ajak nak makan KFC kat kedai yang 2 tingkat tu.. Tapi disebabkan bukan besday boy, so kami tak ke sini la.. besday boy/besday girl time tu ajak pergi tempat lain hehe.. Selalu kami pergi makan dekat KFC Bandar Puteri Jaya tu je sebab ada playground. Kali ni keinginan Angah tercapai sebab dah jadi besday boy!😊
Sementara husben memesan makanan, kami anak beranak pilih tempat duduk di tingkat atas. Angah yang pilih tempat duduk di sini. Tapi ada 4 kerusi je.. bila abah dorang naik, dia ajak tukar tempat duduk ke kerusi sebelah belakang Eshan tu.. mujurlah Angah setuju.. baru lah tak sempit sangat nak makan-makan hehe..
Angah bagitau aku dulu, masa tu dia masih di bangku prasekolah lagi., sebaik sekolah dia menang main futsal tu, cikgu bawak dorang semua player-player ke KFC 2 tingkat ni untuk celebrate. Sebab tu lah dia nak makan dekat KFC Jam Besar ni agaknya..
Kali ni husben amik bucket pulak.
Ada 9 ketul ayam. Hari ni Syairah dalam sejarah pergi KFC tapi tak makan KFC. Dia makan kentang putar je hehe.. so ada balance lagi seketul kat dia kami bawak balik.
Ok. tu je nak update.. aku harap semua anak-anak kami berjaya di dunia dan di akhirat serta menjadi manusia berjasa kepada nusa,agama dan negara hendaknya... Amin yra..
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.