Ads Top

Lirik Lagu Kembali ~ Intan Sarafina



Ok guys harini aku nak update lagu ballad ni yang pada aku sedaaaap sangat lirik dia... 👍👍👍

Btw, sejak dua menjak ni lagu ni tetiba menjadi siulan aku hari-hari... melodi dia pun boleh buat hati jadi lara gitu ahahah...


Apa yang aku faham dengan lagu ni adalah bila mana cinta antara dua insan pada satu ketika dulu terpaksa dipendamkan dan mungkin dilupakan kerana masing-masing terlalu sering diuji dalam mengejar impian dan mempertahankan cinta mereka...

...entah macam mana rasa rindu yang menebal dek kerana kenangan-kenangan manis sewaktu bersama dulu telah menyebabkan rasa cinta tu kembali mengusik hati si perempuan ni...

...tapi dia memilih untuk membiarkan sahaja cinta tu terkubur di dalam hati kerana tak mahu pisang berbuah dua kali walaupun dia sayang sangat-sangat dan kalau boleh taknak berpisah dengan bekas kekasih dia tu...


Best kan lirik dia?

Aku jadikan lirik dia yang penuh dramatis ni sebagai peringatan buat diri sendiri... sejak makin bertambah umo ni aku layan lagu yang ada makna jer.. makna mendalam gitu.. next time aku nak share lagi lirik-lirik lagu yang best yang aku suka dengan korang kat belog ni k!


KEMBALI 
singer : Intan Sarafina



Ku singkap tirai kenangan
Dalam jiwa kepasrahan
Senandung rindu
Seolah berlagu
Kembali mengusik hati nan lara...


Cinta yang makin terpendam
Dalam meniti usia
Kini kembali berputik 
Di hati kita
Yang telah ditinggalkan jauh
Oleh masa

Mungkinkah terulang???





Korus:

Dalam kesamaran
Kita pernah mencari sebuah erti
Pengorbanan suci
Dan sering itulah
Kita.... terpedaya...


Kerna
Jalanan hidup kita berbeza...
Penuh Onak ranjau 
Yang sering menduga...
Bagaikan mimpi-mimpi
Di kesiangan hari
Terlantar jauh di persada cinta
Cuba bersama
Terpaksa jua berpisah...


Kuingin engkau Kembali
Namun masih ku tak pasti...
Masa nan lalu
Mendewasakan diri 
Dari mengulangi kesilapan semalam

Biarkan berlalu...






Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.