Ads Top

Selamat Panjang Umur Mak...


Tak pernah sambut besday mak di luar sebelum ni melainkan mak potong kek besday kt umah jer..


Besday mak tersayang 29 Oktober setiap tahun.
Semoga mak sihat senantiasa amin yra..


Alhamdulillah tahun ni ada kelainan sikiiitt dari tahun sebelum ni 😊 Bermula hari Khamis malam, family kecik aku, adikku Eyda dan Feezah makan-makan kat Restoran LABO-LABO Steambot & Grill Kulim. Family aku makan Steambot tapi adikku yang 2 orang tu makan Shellout. 




Lepas siap makan, Eyda balik rumah dia manakala aku pulak tido kat rumah Feezah. Esok paginya aku terpaksa hantar husben ke ofis dia dulu. Balik rumah terus suruh anak-anak semua bersiap termasuk sepupu dorang sekali. Sorang je pun. Hariz anak abanglong ku.. aku 'checkout' dari rumah Feezah dan 'checkin' rumah Eyda pulak sebab esok Feezah kena 'oncall'. Kat rumah Eyda, kami tak masuk sembang2 ke minum dulu ke sebab dah lewat nak gerak ke Penang. Kami bergerak ke Penang dalam pukul 10 pagi.


Memandangkan hari Jumaat, so geng perempuan lepak-lepak dan lunch kat Tesco Tanjung Pinang dulu sementara adik iparku berdua pergi solat Jumaat. Lama jugak kami kat Tesco. Around pukul 5 camtu baru kami bergerak keluar ke Batu Feringgi.. 





Kami sampai kat pantai Batu Feringghi lebih kurang pukul 6 petang. Alhamdulillah mudah dapat petak parking walaupun dari jauh nampak macam penuh.. 


Sampai je terus bentang tikar. 
Mak pon terus je potong kek. Budak-budak pulak dah tak sabar nak mandi kat pantai... mujurlah aku memang dah bawak baju salin untuk dorang dengan aku sekali hehe.. Memang selalu aku bawak sorang sehelai baju salin kalau keluar pergi mana-mana 😊






Kami bergerak balik pukul 7 petang tu.
Balik ikut jambatan pulak. Lepas pickup husbenku dekat ofc kami terus ke rumah Eyda. Pukul 9.30 camtu kami sampai. Agak cepat jugaklah sebenarnya... sebab takut jugak kalau 'jam' sebab hari Jumaat kan.. Alhamdulillah kami sampai dengan awal dan selamat... Esoknya lepas makan tengah hari kat rumah Eyda, kami bergerak balik ke SP pukul 3.30 petang. 


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.