Ads Top

Hari - hari Terakhir Kami di PLKN (PART 5) - Aset PLKN ke DSP


Jom sambung lagi cerita hari-hari terakhir kami di PLKN. Sebab banyak jugak ni gambar ada dalam fon. Kena update jugak story buat kenang-kenangan...


Selepas semua dokumen dan fail-fail yang dibuat pelupusan menggunakan kaedah 'bakar' dilakukan, bermakna, kerja di Bahagian Pentadbiran sudah 90% selesai.. cuma tinggal beberapa perkara kecil sahaja perlu dilakukan seperti menanggalkan frame-frame gambar, mengosongkan meja dan rak-rak fail serta lain-lain lagi.. 


01/10/2018 Stor Logistik Dikosongkan



Disebabkan tanggungjawab utama kami (Pejabat Pentadbiran) iaitu membuat Pelupusan Dokumen telah selesai dilakukan, kami bersedia membanting tulang membantu pula Unit Logistik mengemaskan stor mereka. Sempat jugaklah kami tarik nafas kejap lepas keja kami membuat pelupusan fail tu settle... Kat Logistik, masih banyak lagi baju-baju kelas, seluar kelas, baju loreng dan seluar loreng, spike boot, alat tulis yang belum masuk kotak, seal dan labelkan.. Banyak juga komputer, laptop, printer serta meja dan kerusi yang belum diwrap.. banyaknye keja.. semua guna tenaga banyak tu.. 😣😣 semua peralatan ini yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat kepada kami/Logistik kena dipulangkan ke HQ.


Pening jugak tengok Stor Logistik yang penuh dengan barang-barang ni. Lagi pening orang Logistik nak handle. Sebab semuanya berlaku dengan tiba-tiba.. dan masa suntuuukkkkk sangat dah!! jenuhlah nak wrap semua barang-barang tu.. kotak yang dijanjikan oleh HQ untuk dibekalkan ke kem pun lewat sampai. Esok nak naik lori, harini baru kotak sampai.. memang kalut dibuatnya. Haishhh!! Manpower dari segenap sudut diperlukan... staf Unit Logistik tak menang tangan tak cukup kaki buat kerja.., maka staf dan para jurulatih dari Unit Pentadbiran dan Latihan juga ditugaskan untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab besar tu...


The Ladies banyak membantu packing pakaian di dalam stor. Stor kami pulak bukanlah ada aircond, memang berpeluh dan berpanas kami kat dalam tu. The Ladies mandi sauna la haritu huhu 😅 sayangnya takda gambar pulak masa ramai-ramai pakat buat kerja di Logistik tu.. melawak.. mengusik.. happy je walaupun tengah kepanasan.. terlupa kejap bab sedih.. Tapi disebabkan buat kerja beramai-ramai, maka kurang sikitlah rasa rimas tu kan hehe.. tambah lagi bila ada orang belanja air minuman kesukaan kami. Teh ais.. nescafe ais.. Hehe.. tengkiu my kayakmate Staf Naim tolong belikan air untuk kami semua 😀


Sebenarnya semua aset alih kerajaan dan aset ICT ni kena dihantar ke DSP Sungai Buloh. DSP atau nama penuhnya Depoh Simpanan Pertahanan.


Fail Unit Pentadbiran bermula dari tahun 2014 hingga 2018 yang telah ditutup, tidak dilupuskan kerana HQ JLKN meminta fail-fail tersebut dihantar ke DSP Sg.Buloh. Seingat aku, ada 10 kotak kesemuanya..


Perkakasan ICT di'wrap'kan supaya tidak rosak.
Dlm gambar tu En.Zaidi (KuLog), Shahril dan Cg.Razak (Arba)


Meja komputer siap di wrap


Stor dah lapang... kosong... betapa banyaknya kotak..
 Kotak-kotak dikumpulkan dan diletakkan di hadapan Stor Logistik (gambar atas) dan hadapan Bilik Penginapan TKP/TKL (gambar bawah).


Hampir pukul 2 petang kerja-kerja mengangkat kotak-kotak ini dari Bilik Stor pun selesai.


Selepas diangkat keluar dari stor, maka kotak-kotak ni pun hendak dilabelkan. Semasa kotak diangkat keluar tadi, kami sudah pun mengira jumlah kotak-kotak tersebut. Sekarang, tibalah masanya untuk Kak Mah dan Shahril melabel kotak dengan nombor. 273 buah kotak pelbagai saiz kesemuanya.


Lori pun dah hampir sampai. Kejap lagi semuanya bakal diangkut pergi ke DSP.


Jadi, sementara menunggu tu, kami selfielah sekejap dengan kotak-kotak ni semua buat hilangkan lelah...

Aku...


Shahril dan Kak Mah


Boss pun nak menyelit jugak hihi 😁
Hasil zoom dari handfon cikai aku maka muka bos tetiba jadi macam orang lain huhuhu..


TKP kami


Hampir pukul 4 petang lori pun sampai. 
Kotak-kotak yang berat ni diangkut masuk ke dalam lori.


Acara dirasmikan oleh Tuan Komandan.


Kotak-kotak mula dimasukkan ke dalam lori.






Lori sudah hampir penuh...


Lori pun dah penuh...


Rehat kejap sementara Staf Unit Logistik prepare nak check dan buat apa-apa yang patut untuk ditandatangani oleh pihak penerima dan kem.







Dah kosong....
Sebenarnya 2 kali lori ni datang ambil barang di kem. Hari pertama kami masukkan barang tu sampai penuh lori tapi masih ada banyak lagi yang tak lepas masuk... so, esoknya lori datang lagi untuk ambil barang kami termasuk kem-kem lain yang sama kes macam kami.




Okay... lori nak gerak dahhh...
Semua sudah dibawa pergi..


Tinggal lagi 2 hari kami akan berada di kem ni.
Selepas itu, kami sudah tidak boleh masuk lagi ke kem ini lagi kerana sewaan prasarana bakal berakhir. Kami juga masih belum mendapat apa-apa info atau makluman mengenai penempatan kami selepas 3haribulan... Kami menghitung hari dengan penuh tanda-tanya dan teka-teki ke manakah arah akan kami tuju selepas ini.




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.