Ads Top


Selamat Hari Raya hangpa! 😘


Tahun ni raya pertama kena turn sebelah husben.. Sebenarnya kalo beraya turn sebelah husben pada hari raya pertama ni seronok jugak.. sejak setahun dua ni lah yerr.... tapi nak ceritalah dulu-dulu memang tak berapa seronok kalau turn raya pertama sebelah husben sebab tak berapa meriah sangat... 


Adik beradik husben ada 2 orang. Termasuk dia jadilah 3 orang. Husben anak sulong. Selalu aku balik kampung husben turn dia raya pertama tu kalau malam raya tu siap boleh layan tv tengok orang takbir raya.. PM nak berucap pon aku boleh releks2 spent time dengaq haha..  sampailah tahun 2019 ni tetap sama yerr 😥 nak masuk tido sebelum pukul 12 malam pon okay je...


Rumah mak aku kena serbu dengan anak2 Makcik aku @ sepupu aku di pagi raya pertama


Sebab makmentua aku ni tak gaduh nak buat laksa ke.. bihun sup ke.. mee kari ke.. untuk jamuan/juadah raya kat tetamu... pagi raya kami makan ketupat yang dia dah siap buat 1@2 hari sebelum raya.. rendang pon dia tak buat. Saban tahun makan ketupat dengan kari ayam/daging... aku pon hairan kenapa tak pernah nak buat rendang.. dalam pukul 10 camtu lepas husben dengan pakmentua selesai sembahyang sunat Aidilfitri kami bergerak pergi beraya kat rumah maklang husben pekena bihun sup (tiap2 tahun bihun sup).. pastu gerak ke rumah makcik husben (makan laksa~ wajib laksa tiap2 tahun) and then last sekali rumah tok husben.. jumpa la nasik tomato... 




Beraya di kampung husben


Tahun ni pon masih sama.. meriah gitu2 je lah dengan anak-anak aku bersalaman 😅 Nasib baik dapat adik ipaq jenis rempang cikit so takdalah skema sangat suasana dalam rumah mentua aku tu huhuhu.


So.. apa sebenarnya yang buat aku seronok kalau raya pertama turn rumah husben ni?? Sebabnya adalah... bila turn beraya rumah mak akulah haha! Ciss3x cake betoi kan? 😆😆😆 Haha Bila dah sampai kat kampung tu, kami siap2 planning untuk Open House.. menu dah bincang masa sebelum raya haritu dalam bulan ramadhan.. masa pon banyak nak fikir, tak kalut... membeli bahan mentah di market pon tak susah time ni.. ada masa nak pergi beraya lagi... tu yang best tu.. tak kalut fikir nak balik raya rumah mentua dah.. cuti habiskan di kampung je.. alhamdulillah...


Rumah mak aku kena serbu dengan anak2 MakNgah aku @ sepupu aku di pagi raya pertama.


Tapi kenangan paling best bagi diri aku setakat ni adalah masa zaman bujang dululahhh.. zaman kanak2 tak payah cakap lah masa tok & tokwan aku masih hidup tu kan..ni zaman bila aku dah dewasa dah ni huhu.. Malam raya seronok boleh tolong mak buat rendang... prepare kuah bihun sup atau laksa... bubuh kuih raya dalam bekas kuih raya, cari pinggan gelas lap2.. memang sibuk gila kat dapoq tu. Jadi bila masa memula kahwin tu turn beraya kat rumah husben, teringatlah kat mak aku.. mesti bizi sorang2 dia kat dapoq tu.. walaupon aku bukanlah kategori rajin tolong mak aku sampai pukui 5 pagi pon tapi ada jugaklah rasa macam sia2 je beraya di kampung husben sebab takda apa nak dibuat... malam raya rileks namatikk 😣😣😣


Rumah mak aku kena serbu dengan anak2 MakLong aku @ sepupu aku di pagi raya pertama.


Selalu pukui 2 aku dah tertido dah.. sesekali terjaga nampak mak masih di dapoq lagi.. Mujurlah abang aku nombor 4 tu suka deko ruang tamu kami. Sesekali keluar jengok apa dah jadi kat depan/ruang tamu sejak berjam2 duduk di dapoq terkejut tengok dekorasi dah berubah ceria hikhik 😆 jangan sangka tangan yang memetik gitar tak pandai hiasan dalaman okay kikiki... Malam raya mesti laman rumah kami dah cerah berwarna warni dengan bunga api. Bukan budak2 main tapi abang2 aku yang main. Sampai berasap dalam rumah hehe... dorang main bunga api dan mercun tahap boleh "meremang bulu roma jiran" hehehe . Siap call mak aku bagitau suruh main bunga api jangan halakan ke rumah dorang lagi... adududuii



Beraya kat kampung husben... pencinta kucing memasing... huhu


Tahun ni mak aku tak berapa sihat.. kaki tak berapa kuat dah.. dah guna tongkat ketiak tu apa orang panggil?  Topang? Ha benda tu la.. jadi mak aku suruh semua anak menantu dia beraya rumah dia turn ke dua je.. sebab dia nak semua ahli keluarga boleh berkumpul sama2 dan senang nak masak2 open house yg kami nak buat... open house buat raya ke 3 kecil2an je 😁😁


So sedikit intro untuk entri raya bagi tahun ni.
Tengkiu reading! 😘😘




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.