Ads Top

Cuti Sekolah extra.. extra.. extra... lalala...



Semuanya disebabkan adik aku sibuk tanya dengan beliau hantar wasap tanya bila aku nak berangkat pulang ke rumah lepas selesai beraya di kedua2 belah family... giliran umah mak aku jatuh turn kedua. Tahun ni raya jatuh hari Rabu.. So ingatkan raya keempat kami dah kena pulang ke rumah... sebab aku ingat hari Ahad dah start sekolah huhu..


Bila timbul isu Ahad sekolah ke tak ni, sedangkan adik aku bagitau yang mak aku cakap kat dia yang Isnin baru start sekolah (abang sulung aku cikgu kat Kedah mungkin mak aku dapat tahu dari dia rasanya) so aku wasaplah bertanyakan hal tu dalam group sekolah anak aku dan group ex sekolah rendah aku dulu sebab ramai kawan-kawan sekelas aku dulu yang jadi cikgu 😊... kat pengasuh anak aku pun aku roger tanya jugak kuikui


Tak lama lepas tu berdesup masuk wasap feedback aku dapat dari dorang hihi terima kasih....





Ni aku dapat dari Cikgu Mas.. cikgu prasekolah Mek ci'ah hehe




Gembira siottt!! 
Ahad cutiiii..... Alhamdulillah 😁😁


Tengkiu cikgu Mas for the info. 
Bolehle berangkat balik rumah Ahad petang hihi.
4 hari 3 malam la aku beraya kat rumah mak tahun ni syukur2..




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.