Ads Top

Saguhati dari Kesatria, MINDEF


Kisah ni berlaku kira-kira 2 bulan lepas.. 


Sampul Pink..


Kejadian di minggu pertama Raya Aidilfitri.. 
member ex-mindef aku, Yus wasap hari ke-3 raya puasa haitu.. terkejut ahh maunye tak... member gitau duit saguhati berhenti Kesatria haitu dah dapat! yezzaa❤❤❤


Yus gitau yang dia dah collect kat member dia yang keja kat HQ Mindef selepas raya.. ikutkan sebelum raya lagi member dia suruh gi amik duit tu tapi disebabkan member aku tu bizi so lepas raya la dia amik.. bab ni kami main wakil2 je..  masa dia wasap kat aku suruh amik duit tu masa tu aku masih bercuti kat kampung.. turn aku raya kedua tahun ni.. rasa macam tak sabaq lakk nak balik SP amik duit Kesatria tu 😁😁 huhuhu




Bila aku dah balik SP, kami ada roger2.. si Yus ni nak servis keta dia kat area umah aku tu so dia bawak duitt tu siap2 masa dia pergi kedai Asyraff tengah hari tu... dia suruh aku gi amik kat kedai tu la.. tapi aku lak hantar anak pergi sekolah dulu barulah lepastu nak singgah kedai tayar tu untuk amik duit. Tup2 member aku dah siap awal lagi dan nak balik rumah dah.. aku pun tunggu lah dia kat pertengahan jalan ondeway balik umah dia tu.. rumah dia dengan sekolah anak aku satu jalan je..


Takut ada aral di lain masa, so aku amik jugaklah duit tu tengah hari tu.. So lepas amik duit tu, aku balik rumah dulu. Tapi aku plan nak jugak pergi beraya kat rumah Yus tu dengan member kami Shuhada tapi petang sikittt la... amboii takkan la gamak amik duit saje kan?


Tepi jalan panas terik pon dan lagiii aku selfie...
Member si Yus tu pesan suruh snap gambar kami dah terima duit tu adehh..




Alhamdulillah... selesai satu bab lagiii 😚


Sejak2 kem kami ditutup ni, satu persatu perkara atau hal-hal kebajikan kami, kami kena settlekan sendiri tanpa khidmat cc kem... yelahh cc kem kami pon dah ada haluan sendiri dah.. dah dapat anak buah baru dah di tempat baru... manalah sempat nak tengok kami pulak kan..


Semua staf2 setiap kem lain termasuklah kami kena 'deal' sendiri dengan admin baru kami di kementerian baru kami... untuk settlekan bab Hrmis kami yang dah tak boleh login sejak 28 November 2018 tahun lalu akibat Putus Sandang tahun lepas sebab dah tukar kementerian...


Hrmis tak boleh login... dah putus sandang

Boleh login balik pun dalam bulan 4 haitu kot...

*update 15/8/19 petang ~ HRMIS boleh login pada 23/1/19 bukan bulan 4.


Semuanya kami emel sendiri apa saja keperluan yang HQ kami mintak.. macam aku, Yus, Kak Mah takpelah sebab kami dah biasa dengan kerja-kerja kerani ni.. tapi yang Pembantu Operasi (P/O)... gred bawah2 yang tak reti nak guna emel, phone call bagai tu camne kan....


That's why kami close gila dalam group wasap...


Asalnya group tu dibuat oleh EO KBS Anak Bukit untuk dia sampaikan info2 kat kami semua.. bila kami semua dah dapat penempatan masing-masing sebelum tamat tahun 2018,, selepas kami menumpang sementara di KBS Anak Bukit dan PBSD Kedah, En Hazane EO tu left group tu.. so kami tukar nama group tu kepada group ex-PLKN... kat situ kami sentiasa update perkembangan perkhidmatan masing2 takut ada yang tercicir perkara penting... geng CC awal2 lagi dah left group... hmphhh


Bab KGT pun satu hal...



KGT 2019 ni ada kaitan dengan LNPT 2018..
KBS takmo buat LNPT kami sebab katanya sekejap sangat kami bersama dorang.. so patah balik kepada MINDEF untuk uruskan LNPT kami.. tak siap LNPT tu maknanya takdapat increement oiii! Alhamdulillah KGT aku settle dah... surat kelulusan pergerakan gaji dapat seminggu sebelum gaji bulan 6 melalui emel je.. so aku forward lak kepada admin ofis aku untuk dorang proses.. so aku dah dapat dah pun increement gaji masa payment gaji bulan 7 haitu lepas bersusah-payah emel MINDEF dan sabar menanti feedback 😚


Buku Perkhidmatan atau Buku Hijau pon sama..
Admin pejabat dok tanya2 aku bila dorang boleh dapat buku hijau tu.. Buku Hijau kami sebelum JLKN Hq kami tutup tu sempatlah pegawai kami En.Ady ni Akauntan tolong amik dan simpankan. Bila semua dah dapat penempatan barulah dia hantar kat kementerian kami. Syukur sangatlah ada En.Adi ni.. dia pulak kebetulan dapat penempatan kat Putrajaya.. sebab tu dia tolong uruskan buku hijau kami semua...
Mau hilang buku hijau tu? Nauzubillah... Buku hijau ni sampai kat ofis aku dalam bulan 5 rasanya...


Ok tu je nak update...
tengkiu sudi baca sampai habis 😘


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.