Ads Top

Panggilan dari KBS



Hampir sebulan lebih-kurang kami berada di kem tumpangan iaitu Kem 513 AW di Sungai Petani, akhirnya kami mendapat surat daripada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Negeri Kedah untuk lapor diri di Pejabat KBS Anak Bukit...


Dapat makluman pada 6 November 2018 kira-kira jam 11 pagi camtu melalui wasap daripada HQ JLKN suruh pergi lapor esoknya iaitu 7 November. Yang bestnye 6 November tu cuti Deepavali.. aku lak time tu tengah seronok bercuti kat Penang dengan family sempena sambut besday mak yang ke- 65 tahun. Ada aku story kt sini



Maunye tak terkejut tengah seronok holiday tetiba dapat surat posting! Hang rasa??


Aku yang tengah holiday kat Penang time tu langsung tak tengok handset sebab kalut dengan anak-anak padahal waktu tu dah riuh dah dalam group wasap geng The Ladies dan group wasap Kem... member aku Yus sampai heran kenapa aku langsung tak respond atau taip apa-apa dalam wasap sampai last2 dia call aku laa suruh tengok wasap!! hahaha... HERAN kenapa sampai macam tu so aku tanya dia sebab apa, dia takmo gitau. Suruh aku baca wasap tu sendiri. Suspens habislah time tu...


Lepas baca wasap tu aku rasa terkejut campur sedih... tak percaya yang KBS dah panggil kami... jiwa kacau-bilau sebab nak berpisah dah dengan warga kem... berpisah dengan Komandan yang baik dan sporting.. berpisah dengan TKP yang sangat banyak membantu dalam hal2 pentadbiran kami di kem... berpisah dengan Kayakmate aku SSjn Naim.. en.zaidi.. ustaz.. Staf Faizal.. shahril... hmmmm.... banyak kenangan best2 aku dengan geng2 army ni 😐😐😐

Kenangan kayak sama2 kat Sungai Baling tahun 2017.
Aku dah up entri ni. Klik gambar kat sidebar sebelah ni.

Kenangan ber'camp+fire' kat Cameron Highland tahun 2018. Belum up lagi entri pasal ni.

Kenangan menjejak Lubuk Kapal tahun lepas jugak...
Ahhh!! banyak sangat kenangan kami tahun lepas.. tahun ni je takde lagi hurmmm.. aku akan update lepas entri #PaluanBerundur ni tamat k!


So.. Perasaan sedih tu lebih banyak dari rasa lega yang sepatutnya aku rasa kerana akhirnya KBS dah panggil kami lapor diri walaupun sebenarnya ini lah berita yang kami tunggu2... semua geng2 army pakat2 wish selamat melapor diri kat kami dalam group.. adoiii meruntun jiwa lah entri nie!


So esoknya terus kami semua melapor diri di KBS Anak Bukit. Komandan kami yang tiap2 hari travel dari Perlis ke SP naik tren serta-merta 'share' kan jadual tren untuk memudahkan kami naik tren esok..


JADUAL TREN PADANG BESAR KE BUTTERWORTH 2018


Pagi tu Yus pickup aku kat tepi jalan besar depan rumah aku pukul 6.15 dan kami gerak ke KTM Gurun. Kat sini kami jumpa Kak Mah pulak. Gerak naik tren sekali. Jumpa kak Umi lak dalam tren. Kak Umi naik tren dari Sungai Petani.


Kak Mah, Aku, Kak Umi dan Yus.
Kami dah sampai di Bangunan Persekutuan Anak Bukit. Ni kat luar Pejabat KBS. Sampai awal. Bekfes pon tak lagi..


Hampir pukul 8 pagi maka kami pun masuklah ke dalam pejabat KBS Anak Bukit dan melapor diri. Kami semua diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat. Nanti ada perjumpaan dengan Pengarah Negeri.




Sementara menunggu Pengarah Negeri sampai, EO KBS Kedah En.Hazane dan CC KBS Pn.Azlina masuk dan berkenal-kenalan dengan kami semua.


En. Hazane yang baju putih tu.

Warga kem plkn seluruh Negeri Kedah dah berkumpul.


Tak lama, Pengarah Negeri pon masuk.


Pengarah Negeri memaklumkan sebahagian daripada kami akan ditempatkan di PBSD (Pej.Belia dan Sukan Daerah) dan juga Pejabat KBS Negeri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Anak Bukit. Berita baiknya kami boleh memilih sendiri penempatan tersebut mengikut pilihan kami. Tetapi tertakluk kepada syarat>>> siapa cepat dia dapat...


CC KBS Kedah pun meletakkan beberapa keping kertas a4 yang setiap satunya tertulis nama PBSD. Di atas kertas a4 tersebut tercetak gambarajah kotak kosong.. ada 2 baris kotak kosong.. ada 3 ada 4... paham ke apa aku gitau ni huhu? maka berlakulah sesi berebut dan bergaduh serta bermasam muka kerana mahukan penempatan yang dekat dengan rumah masing2.. Disebabkan aku nak jaga hubungan akrab kami, aku amik keputusan untuk memilih penempatan di Serdang, Kulim. Tapi kebetulan pulak hanya di Serdang sahaja terdapat penempatan untuk gred W selain Anak Bukit.. so aku takde choice sangat la... kenapa aku tak pilih Anak Bukit? Sebab rasa macam jauh je nak drive dari Merbok.. CC Azlina ada jugak pujuk aku suruh pilih Anak Bukit tapi aku curiga lak dengan ajakan dan saranan dia hahaha... jahat aku ni tak husnuzon prffttt.. time ni Pengarah keluar kejap. 


Selepas masing2 dah membuat pilihan di atas kertas, maka tuan Pengarah pun meneliti semula pilihan kami dah buat tu.. Tiba giliran aku, Pengarah suruh aku duduk di situ je iaitu Anak Bukit! "Awak duduk sini jelah!" Katanya...  Sebab katanya di Serdang tu takde kerja sangat.. dia kata, xpe.. u pikir balik.. sementara aku pikir2 tu, Pengarah round tengok pilihan dalam kertas lain tu dan interview pilihan kawan2 aku dan yang lain2.... aku lak amik masa yang mana sempat untuk google lagi sekali jarak perjalanan dari Serdang ke Merbok dan kira balik kos kalo naik tren dari Gurun ke Anak Bukit macam tadi...


Akhirnya aku decide nak duduk di Anak Bukit jelah kalo Pengarah tanya kejap lagi... tapi rupanya memang Pengarah dah decide letak aku dengan 3 orang CC kat KBS Anak Bukit.. aku pun dah setuju dan relahati dah time ni sebab mengikut kiraan aku duduk Anak Bukit lebih jimattt... mujur alhamdulillah, ditempatkan di KBS Anak Bukit sebenarnya banyak benefit.. dekat dengan tren, jimat kos, dan tempat kerja pun baru...


Lepas dah finalize penempatan masing-masing, Pengarah memanggil masuk ketua di setiap PBSD.. 

Ketua PBSD memperkenalkan diri.


Selepas sessi perkenalkan diri oleh ketua PBSD, staf yang memilih ke PBSD tersebut pergilah berkenal2an dengan boss dorang..  Yus, KakMah dapat PBSD Yan.  Bos dorang yang baju merah tu..

Yus n kakmah

Aku dengan Kak Umi.
Ni meja kak Umi. Kami dapat duduk dalam 1 ruang pejabat bersama..

Nilah 3 orang CC yang sama dengan aku ditempatkan di KBS Anak Bukit.. CC Marini (tudung biru) dan CC Miza..

Hanif ditempatkan di UTC Alor Star.
Dok sini banyak playstation, snooker dll game best2..


Sementara tu di kem...

Shahril yang kebosanan haha

Shuhada pon takda geng nak bersembang2..




To be continue......





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.