Ads Top

Order Makan Online (OMO) 2019



Saje nak update makanan apa yang aku order online di tahun 2019 ni.. setakat haini... mohler kite tengok hihi


KEK COKLAT INDULGENCE
Harga sebijik RM40 
Caj COD RM5
Berat kek tak ingat.... 1.5kg kot..
Alhamdulillah sedappp sehingga menjilat papan kek 😁😁😁 


Ini adalah salah 1 jenis makanan yang aku beli secara online.. actually aku beli kat orang SP jugak so dia COD kat KTM je lepas aku balik kerja.. Aku amik kek ni pada 5 Mei agak2 sehari-dua sebelum start puasa.. saje je beli takde sambut besday sape2 pun huhu.. beli kat seller sama jugak sebab teringat kesedapan kek ni masa aku makan kat kem dulu ada member order tapi yang petak punya dan lebih besar dan berat. Korang nak try kek ni boleh contact FB Fazlina Subhi.


DURIAN CREPE
Harga sebekas RM10 ~ 5 biji sebekas


Member aku tetiba post dalam fb dia nak COD Durian Crepe kat area Penang. Tetiba teringat dah lama nak merasa durian crepe member aku buat ni yang dapat banyak permintaan ni.. tapi takleh nak rasa sebab dia duduk Ipoh. Dia COD Ipoh dan sekitar Ipoh je..  So bila dia kata nak COD Penang, aku try request kat dia minta COD kat SP sama.. aku gi amik kt tol selatan. So hari member aku nak balik Ipoh tu dia COD kat aku. Takde caj COD time tu.


Order durian crepe ni 1 Apr haitu.
Order 2 bekas sebab teringin nak makan puas2.. Nak order 1 bekas je rasa macam takut tak cukup hehe.. Alhamdulillah sedap... recommended. Mau taknya xsampai 5 minit 3 bijik durian crepe ni licin aku balun kahkah! Tengah drive lak tu.. Jom la order ramai2 orang SP kat FB Tinie Aznan


Masih terasa creamy2 dia... uii dapp2 😚😚😚


Pastu kali ketiga aku order kuih tiram macam kat bawah ni..


KUIH TIRAM KETAGIH
Harga ikut bekas. RM10 dan RM7 je..
Aku order 21 Apr haitu..


Kuih ni aku order 2 bekas kot.. ke 3 bekas?.. xingat dah.. niat order tu sebab nak bawak gi ofis makan2 kat pantry dan untuk merasa hasil air tangan ex ofismate kat PLKN dulu.. tengok sambutan hebat gilaa kat Fb dia.. maka terrrrgoda nak cuba lah aku pon hehe..


So satu bekas aku bawak gi ofis ramai puji sedap!
nasib baik aku ni baekk kalo tak dah lama mengaku buat sendiri ahahaha.. balance lagi sebekas atau 2 tu aku letak kat rumah jer.. bagi anak2 makan.. uii Eshan anak aku yang 2 tahun tu makan sungguh kuih ni.. macam aku dulu jugak.. tapi dulu masa kecik2 makan kuih kapal terbang tapi kuih tu keras sikit.. tapi kuih tiram ni lembuttt... sebab tu anak aku yang 2 tahun tu lajuuuuu je krup krap kup krap kuikui 😁😁 tambah manis sama tu makin tak ingat makan tu hehehe


Bekas bulat tu RM10.
Boleh contact FB Nor Azira kalau nak try kuih ni.



So tu je aku nak update.
Moga terhibur hehe.



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.