Ads Top

Bubur Asyura Sedap


Bubur Asyura Sedap ~ Jumaat 13/9/2019 


Alhamdulillah...
Inilah entri bikin terliurrr yang aku suka nak up dalam blog hehehe.. sebab bubur asyura ni memang favourite aku sejak kecik lagi. Eh aku memang sukalah dessert manis2 ni.. kalau pedas2 kurengg sikit..


Kalau dessert manis dan lembut2 ni memang aku suka amik first2 sekali lah contoh macam kek, puding.. kalau nak dibanding dengan dessert pedas macam kerepek ke maruku ke atau kacang2.. tapi mendalah tu pun aku boleh je makan. Suka jugak. Manusia macam aku ni semua belasah makan. Pandai mak aku bela hehe..


Mak aku masa kami kecik2 dulu beliau memang rajin.. tiap hari buat sendiri kuih muih.. beliau memang pakar bab ni.. Aku lak pakar makan.. tapi aku pun rajin jugak tolong buat karipap, kuih pau, kuih onde2, buah melaka masa kecik dulu.. takda lah tahu makan je..


 Cuma sedihnya sekarang ni makan kena control sikit la sebab takut kena penyakit 3 serangkai cepat lak nanti kan.. tak pasal-pasal muda2 lagi dah kena makan ubat... bukan aku diet ke tak suka ke apa... 


Kak Izza tengah bagi arahan ke tu?


Tak banyak yang aku nak cerita sebab that day Unit aku tak turun padang. Bos bagitau sorang je wakilkan Unit sebab kena settlekan kerja kat STH cepat memandangkan harini last day kerja dan Isnin depan Penang cuti lagi yeahhh! So kami hantar Kak Izza sebab dia memang pakar masak kat unit kami 👍


Masak bubur Asyura guna Noxxa
Ramai cakap sedap dan minta resepi bubur Asyura ikut sukatan periuk Noxxa selepas tu...


Jom layan gambar 😚

Memori daun pisang betui ni kekeke


Aku ada kenangan dengan member baik aku masa sekolah rendah dulu... Kebetulan dekat kampung aku hari tu ada buat program kacau bubur asyura ni kat rumah tok member aku tu. So petang tu macam biasa aku akan kayuh basikal pergi rumah member aku tu lah.. mak aku dengan jiran2 sebelah umah aku pun ada jugak kat sana..


Time aku sampai tu orang kampung baru je siap masak bubur asyura ni. Memang tengah panas berasap-asap lagi la bubur tu... member aku tanya aku nak tak bubur asyura? Member aku bawak 1 potong daun pisang berisi bubur asyura panas2 berasap tu kat aku.. rare gila.. korang penah ke makan bubur asyura panas2 berasap atas daun pisang? Korang kena try kalo tak penah k.. Nak dijadikan cerita, aku yang memang minat bubur asyura ni terus pegi suap bubur asyura panas2 tu dalam mulut! Allahuakbar! Terbakaq lidah aku uwaaa!


Habis satu, member aku tanya lagi hang nak lagi dak? Aku malu nak ngaku cakap tak yah la.. tapi member aku angkat lagi satu trip bubur asyura panas tu.. still taruk atas daun pisang macam tadi.. so kali ni aku 'beringat' la nak tunggu bendalah tu sejuk sikit dulu kahkah.. mau tak tunggu.. terbakaq lidah tu sengsara weyy! Rasa macam lidah tu kena bius selama 5 minit adehhh! Btw, versi dan rasa bubur asyura aku makan time tu memang sebijik macam yang opismate aku masak ni 👍



Eh... ni Liza, Liza dan Liza kan? 🤣🤣🤣


Member ex-Mindef... Sempit jugaklah pantry ni.
Tapi sempit lagi dapur kat rumah aku ahaha apadahal janji aku reti masak gulai kari sikit2 hehe


Guna dua ketoi periuk Noxxa untuk cover 1 opis.
Harapnya periuk tu steady la tak rosak sebab masak banyak haitu... ni geng Yellow Team untuk team sukan aku.. eh aku tak update laa bab makan2 team Yellow kitorang kat Nana Tomyam itu hari? aduyaiii... nti aku update in shaa Allah 😂


Te...dia....


Sedap sangat bubur asyura ni. Seriusss! Memang favret aku bubur asyura versi manis camni. Tak berapa minat versi letak bawang goreng atas dia ke.. atau serbuk kacang hijau ke.. apatah lagi versi letak daging dan sayur2... versi ni versi letak pisang, jagung, ubi keledek, kacang hijau dan warna bubur ni coklat light2... tak jadi kelabu atau coklat gelap.. memang aku suka lah style bubur camni ❤ 


Setakat ni dulu entri kali ni.
Jumpa lagi di lain entry k.
Bye!




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.