Tukar Ekzos Kereta di Sungai Petani
Bulan 11 tahun ni sakan lak aku amik cuti tahun kurasa.. Cuti tu asalnya aku amik bukan untuk selesai urusan aku tapi sebab urusan orang lain.
Macam sekarang ni contohnya, baru 9 November tapi dah 2 hari cuti rehat aku terpaksa amik.. 4 November haitu aku kena follow anak aku yang pompuan tu ikut rombongan Pra Sekolah kat Pulau Pinang. Rombongan ni tak wajib pon tapi aku bagi anak aku pergi juga sebab nak bagi dia pengalaman ikut rombongan sekolah. Lagipon anak aku dok 'menyanyi2' pasal rombongan tu hari2 jadi kesian lak kalo dia tak join...
Elok selang sehari aku masuk keja, aku kena cuti lagi pada 6 November sekali sebab sekali lagi aku kena follow anak aku yang pompuan tu lagi pergi Hari Kantin kat sekolah. Sebab cikgu sibuk kena jaga gerai jualan Lagipun in shaa Allah tahun ni merupakan tahun 'last' anak aku kat SKMP...
Jadi disebabkan dah alang2 amik cuti tu, so aku decide nak bawak kereta pergi kedai ekzos lepas kami balik dari Hari Kantin tu. Tapi aku pegi petang la.. tak silap aku pukul 5 .15 camtu gerak dari umah kat SP tu.. sebelum tu pukul 1 aku pergi dulu CIMB Bank kat Wisma EUPE tu. Pukul 2 aku pergi PPD Kuala Muda/ Yan dan sekolah baru anak aku tahun depan untuk tanya berkenaan hal pertukaran sekolah. Alhamdulillah ada kosong lagi.
Lepas tu pergi umah baru aku dalam pukul 3 camtu untuk makan, rehat dan mandi.. alhamdulillah urusan aku pada hari tu berjalan lancar 😊 anak aku si Eshan dengan kakak dia Che Ah asalnya aku nak tinggalkan kat umah mengasuh. Dah bawak dah dorang pergi tapi takmo trun dari kereta. Mujur jugak aku rasa bermurah hati nak bawak anak2 aku haritu sebab urusan aku jadi macam mudah pulak.. anak2 pon tak buat perangai elok je main.. selalu kalo nak bawa kereta ke woksyop memang aku tak bawak la anak takut dorang boring.. tambah pulak kedai ekzos yang entah berapa tahun sekali aku nak jengah ni huhu
Ekzos yang nak tukar tu yang paip panjang tu yang bengkang-bengkok tu.
Lepas tu pergi umah baru aku dalam pukul 3 camtu untuk makan, rehat dan mandi.. alhamdulillah urusan aku pada hari tu berjalan lancar 😊 anak aku si Eshan dengan kakak dia Che Ah asalnya aku nak tinggalkan kat umah mengasuh. Dah bawak dah dorang pergi tapi takmo trun dari kereta. Mujur jugak aku rasa bermurah hati nak bawak anak2 aku haritu sebab urusan aku jadi macam mudah pulak.. anak2 pon tak buat perangai elok je main.. selalu kalo nak bawa kereta ke woksyop memang aku tak bawak la anak takut dorang boring.. tambah pulak kedai ekzos yang entah berapa tahun sekali aku nak jengah ni huhu
Jap aku close up kat bawah
Panjang jugaklah garisan tu. Yang ni lah yang rosak tu.. kena tukar baru..
Kedai ni kat mana?
Kedai ni kat mana?
Kedai ni dekat area Central Square. Kalo drive dari arah CS ke TF Mart, kedai ni terletak bersebelahan dengan kedai motor Modenas di sebelah kiri jalan selepas CS tu.. Sebelum Modenas pulak kedai motor Yamaha. Selepas Modenas pulak, kedai tu then, kedai motor Honda.. Dan betul2 berada bertentangan dengan Shell di sebelah kanan jalan.
So tokey bagitau aku kos nak buat balik ekzos baru ni cuma RM120 dan boleh siap dalam tempoh setengah jam so aku minta dia proceed hari tu juga.. sebab under bajet kan walaupun jam dah hampir2 pukul 6 petang..
Alhamdulillah... lega. Selesai 1 bab yang tertangguh dekat 2 bulan nak buat uhuk2 😅
Lepas dah tukar ekzos ni aku rasa bunyi masa start kereta pon tak berapa kuat sangatlaa macam sebelum ni. Masa tokey dah siap tukar paip ekzos baru, dia ada tunjukkan aku tayar depan kereta aku kat sebelah pemandu tu dah keluar bebenang.. nampak benang2 kaler emas.. saborrr jelah.. aku rasa logik jugak jadi camtu sebab dah 2 minggu alignment kereta aku lari.. so aku decide Jumaat minggu ni jugak aku pergi tukar tayar kereta.
Korek duit ASB pulak la hat ni huhuhu...
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.