Ads Top

Sayonara.... Rejimen 513 AW!


Jom sambung entri last haitu!


Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
Rejimen 513 AW, Sungai Petani Kedah


Sebaik kami telah mendapat penempatan di KBS, Pengarah Negeri hanya memberi tempoh selama 1 minggu sahaja termasuk hari cuti umum untuk kami kembali semula ke kem dan menyiapkan apa yang sepatutnya memandangkan panggilan melapor diri di KBS adalah secara mengejut...


Jadi esoknya kami semua kembali ke kem dan mengemas semua barang-barang kami di sana untuk dibawa pulang... juga untuk melihat pejabat kami di kem ini buat yang terakhir kali...


Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513

Sambil packing semua barang, ada jugak rasa macam nak teriakkk (orang KL kata nangis) je kuat2... hati rasa beratttt nak tinggalkan kem.. sedih yang teramat2! Rasa nak duduk dan menangis semahu-mahunya... Ini dah masuk 2 kali kami pindah keluar dari kem.. kali pertama sebab kem PLKN di Merbok tu tutup sebab PLKN dibubarkan...  tempat kerja aku sejak 2012... Kali ni kena keluar pulak dari kem Rejimen 513 AW sebab KBS dah panggil... tapi kali ni lebih sedih sebab kami semua akan berpisah... aku dengan kak Umi di KBS Anak Bukit..  Yus serta Kak Mah di PBSD Yan... Hanif di UTC Alor Setar... Shuhada dan Shahril stay di kem 513 sebab dah tak dapat sambung kontrak tahun depan... semua Staf Pengurusn (Awam) Tetap dapat posting dulu.. orang paling akhir pastinya tentera LLP >> TKP dan seterusnya >> Komandan...


Tapi air mata tak mau tumpah lagi.. 
Namun hati sebak... tertahan2 hiba dan tangis.. cuba kami buat2 tak 'layan perasaan' sebaik mungkin.. Kawan-kawan 'The Ladies'  pon masing-masing nampak macam tak sedihh.. Rasanya beberapa kali jugaklah aku ucapkan 'sedih la' .. ada yang sahut 'samalah aku pon rasa sedih jugak'... tapi kami masih enggan bersalam2an dan berpeluk2an bimbang juga nanti airmata turun takmo berhenti! Sehingga jurulatih sorang ni datang jenguk kami mengemas....


Bait kata-kata mengungkapkan rasa sedih kerana dia merasa ditinggalkan... ungkapan kemaafan yang diungkapkan dalam esak tangis.. pelukan erat sesama kami kerana terlalu banyak kenangan bersama... akhirnya airmata jatuh jua... 


Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
Mata baru lepas nangis... hilang seri teruihhh


Kayakmate aku; SSjn Naim ada datang jenguk jugak time tu.. woii takleh control dah nangis tambah bila mengenangkan kenangan2 kami bersama dulu... Komandan dan TKP langsung tak jenguk kami time tu... mungkin dorang pon tengah sedih agaknya.. Staf Naim maklum Kom dan TKP dah balik...  Staf Naim lah jenguk dan minta maaf mewakili semua... terbayang kenangan kami pergi camping kat Cameron Highland haitu.. naik kereta TKP dan Kom... dorang jadi driver kami haitu... bawak kami jalan2...


Kenangan di Cameron Highland. 
Tengah tunggu kereta satu lagi sampai huhu..


Lepas dah bersalam2an.. kami pon amik kesempatan bergambar dekat pondok MP.. Sebab dekat sini ada logo kem Rej 513 AW.. terpaksa tebalkan muka buat2 tak malu depan MP haha.. janji ada gambar kami kat sini kenn!!



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513




Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513




Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513




Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
Aku..



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
Kakmah..



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
Yus..



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
Shuhada..



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513
The Ladies..



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513



Rejimen Askar Wataniah Sungai Petani Kem AW 513


Sorry gambar banyak kat MP ni je.. sebab kawasan kem sebenarnya adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar.. so ada gambar kat sini pon dah cukup baik dah pada aku alhamdulillah.. tapi ralat jugak sebab terlupa nak amik gambar kat surau #tempat_tido_time_rehatkuu... kahkah!


Sebenarnya sebelum tu aku pakai sport shoe jugak. Tapi dekat nak balik tu aku tukar sandal sebab memang selalu aku tukar sandal kalau nak balik... hehe.. tak selesa pakai sport shoe sampai seharian... tapi geng ladies yang lain tak tukar lagi sport shoe dorang.. so bila nak bergambar ni ada ingat nak tukar pakai sport shoe semula tapi.. time tu rasa malas lak nak tukar.. tu sebab dalam gambar hari last ni tetiba aku sorang pakai sandal.. prfftt...


Alhamdulillah... 
akhirnya dapat panggilan dari KBS dan meninggalkan kem tumpangan Rej 513 AW... walaupun sebenarnya seronok duduk di kem 513 ni sebab perempuannya hanya kami.. so time rehat dekat surau side pompuan tu kami geng Ladies je yang conquer hahaha..JLatih perempuan pun ramai tapi dorang tak solat kat sini..  seronok sangat dapat panggilan dari KBS untuk lapor diri walaupun sebenarnya sayang nak meninggalkan zon selesa kat sini.. 


Tapi... kau paham2lah duduk di kem/pejabat tumpangan ni kita kadang-kadang rasa diri kita ni macam tak dialu2kan.. macam dibenci.. macam diperhatikan.. rasa macam ada orang dengki je kat kita... tu perasaan je mungkin langsung tak betul pun.. tapi tu lah... macam aku cakap tadi.. se'selesa' mana pun kita kat situ, tetap tak sama feeling kita dengan tempat tu selagi kita ni pakai title 'staf tumpangan'.. susah macam manapun tempat baru adalah lebih OK kerana kita adalah termasuk dalam 'actual strength' jabatan tu... Kita dah jadi staf jabatan tu.. paham ke apa aku dok bebel ni? kohkoh 😅😅😅


Okey tu jelah nak update..
Last but not least, aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kat warga Kem Rej 513 AW Sungai Petani kerana menerima kehadiran kami sebagai staf tumpangan selama hampir sebulan setengah di sana. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Kem Rej 513 AW thorrrrbaikk! 




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.