Ads Top

Pengalaman Bercuti di Sabah (Part 6)


30 April 2015 
Hari ke-3 : Tamparuli (Rumah Terbalik)


Hari ni adalah hari terakhir kami di Kundasang. Hari ni jugak adalah hari di mana bank buka sebelum esok tutup sempena 1 Mei iaitu Hari Pekerja. Malam tadi masa kat hotel, member aku ada cakap nak pergi Ranau dulu sebelum keluar dari Kundasang. Nak cucuk duit sikit. Aku ok jer. Aku pun fikir better cucuk duit kat sini lah sebab tak tahu kat mana nak singgah cucuk duit sepanjang perjalanan ke KK tu.. lagipon, masa kami pergi ke Poring Hot Spring semalam memang dah lalu Ranau. So tak risau sangat lah! Ada lah ternampak Stesen Minyak dan beberapa bank kat sini. Meriah jugak pekan Ranau ni. Tapi kami tak singgah Ranau masa balik dari Poring tu sebab dah lewat nak solat Zohor dengan takut Desa Cattle Farm tutup. Lagipon, kalau pegi Ranau semalam, tak dapatlah nak rasa 'life' atau feeling menjadi rakyat tempatan sekejap dalam pekan tu sebab kejar masa kan?


Jadi, hari ni lepas kami settle membeli serba sedikit di Pasar Buah Kundasang, so kami pon geraklah ke Ranau. Macam patah balik la sebab hotel kami dekat Kundasang. Ranau ni pulak atas dari Kundasang. Lebih kurang dalam 20 - 30 minit jer dari Kundasang. Oh ya, kami sebenarnya dah checkout dari hotel TM tu. Kat Ranau, member aku cucuk duit kat BSN. Merasa jugak beratur cucuk duit dengan orang Ranau hehe.. Member aku parking kereta kat area market situ. Ada juga pasaraya kecil berdekatan BSN. Situ jelah kami sempat jalan-jalan dan berselisih dengan penduduk tempatan feeling-feling ala macam perantau yang bekerja kat situ hehe..


Lepas cucuk duit, sebelum balik kami 'round' Pekan Ranau satu pusingan. Lepas tu singgah dekat Arked MARA situ untuk sarapan. Makan nasi campur. Aku rasa macam mahal je makan kat situ. Dan tak cukup sedap. Makan tak kenyang 😂 Kat Ranau ni ada Stesen Minyak Petronas. Tapi disebabkan minyak kereta masih banyak lagi, so tak perlu isi. In shaa Allah, sempat sampai KK minyak nie.. sejak sampai Kundasang, kami belum isi minyak lagi. Memang jimat kalau naik viva. 😀


Lepas tu kami pon gerak keluar dari Ranau. Time ni aku bawak kereta. Lepas jer dari Kundasang, kami singgah pulak kat Kinabalu Park. Ni kira dah 3 kali kami ke sini haha.. Kat sini pon kami 'round' satu pusingan nak tengok apa ada dalam Kinabalu Park ni.  Takda apa yang menarik pon pada aku selain Gunung Kinabalu. Tapi kalau nak joging-joging memang best lah kat sini... sebab sejuk jer... hehe.. mmmm... dekat Ranau kami pusing, kat sini pon kami pusing.. Allahu... beratnya hati nak meninggalkan daerah ni!

.....

Kami pon teruskan perjalanan ke KK. Dalam perjalanan ni akan jumpa Rumah Terbalik Tamparuli atau 'Up Side Down House'. Tapi sebelum ke situ, kami singgah dulu kat Kem PLKN KK Di Bawah Bayu. Dari jalan besar agak jauh jugaklah nak ke kem ni. Dalam 20-30 minit jugaklah.. rasa lama sebab lalu kampung orang dulu lepas tu hutan... mmm... 


Pengalaman bercuti Sabah melawat Kem KK di Bawah Bayu


Kemudian barulah kami bergerak ke Rumah Terbalik. Dekat situ jugak sebenarnya. Cuma bezanya, Rumah Terbalik ni dah boleh nampak entrance dia kat tepi jalan besar. Kereta kena parking kat luar entrance. Masuk bawak diri sahaja. Harga tiket RM 10 sebelum tambah RM 0.60 untuk GST.



Tiket masuk 


Dah masuk ke dalam kawasan berpagar yang menempatkan rumah terbalik ni, bolehlah kalau nak selfie ke wefie ke dulu dengan rumah terbalik, kereta terbalik hatta pasu bunga pon terbalik kat luar rumah terbalik tu sementara turn nak 'tour' dalam rumah sampai... amboi!! banyak nau terbalik... terbalik kejap lidah nak menyebutnye kuikui...


Ada sorang pekerja perempuan kat situ yang berpakaian Kurung Kedah dengan kain batik yang akan bawak kami 'tour' kat dalam Rumah Terbalik tu offer untuk snap gambar aku berdua dengan member berlatar belakangkan rumah terbalik tu. Aku pon heran kenapa dia pakai baju kurung Kedah sedangkan aku pergi melawat Sabah. Tapi gambar dia aku tak snap la pulak.. 


Pengalaman bercuti Sabah melawat Rumah Terbalik, Tamparuli


Gambar aku ni member aku yang snap kan. 
Bukan adik tu. Gambar kami berdua yang adik tu snap 'termasuk' sekali pulak dengan satu family yang bergambar jugak kat sebelah kami haitu..


Lepas dah selesai tour dalam rumah, kami pergi pulak ke kedai cenderahati kat situ. Yang ni kena sendiri pergi. Takda tour dah. Hihi. Kat dalam kedai ni, aku beli tshirt ofkos lah... pegi mana-mana tempat attraction mesti nak beli tshirt tempat tu satu. Kira macam ekslusif laa sebab kat situ je ada jual tshirt Rumah Terbalik ni. Kira brand dorang. Macam dah dipatenkan gitu... 😀



Kedai Cenderahati 




Aku beli tshirt yang ada tulis 'Upside Down House' lengan pendek kaler ungu sehelai. Lengan panjang takda pulak. Harga RM 30 @ 35 camtu la kalo tak silap.. mahal pada aku tapi beli jugak! Kat KK Pasar Kraf tu takda jual baju tshirt yang tulis gini atau boleh jadi aku yang tak jumpa tak tahulah kan.. tapi berbaloi beli.. rasa best jer bila pakai. Boleh teringat-ingat kat Sabah!! hehe.. Beli poskad jugak konon nak letak dalam frame kat umah. Tapi sampai sekarang tak letak2.. nasib laa murah jer poskad tu.


Lepas membeli serba sedikit kat sini, kami ke Restoran bersebelahan. Kat sini pekena nasik goreng pulak. Tadi kan makanan tak berapa sedap..gulai dia rasa pelik sikit tapi kali ni makanan boleh tahan jugak lah.. Alhamdulillah.



Total tak sampai RM25.  


Pukul 2 lebih jugaklah kami kat Rumah Terbalik ni. Lepas tu kami terus ke Courtyard 1Borneo Hotel untuk check in. Jauh hotel ni. Lepas Unimas baru jumpa. Pukul 6 petang barulah kami sampai hotel ni. Tapi berbaloi jugak lah sebab kalau tak booking hotel ni, tak dapatlah nak tengok pesisir pantai yang cantik, bersinar-sinar dan sangat memukau! Kalau nak ke KK dari hotel ni pulak boleh singgah Masjid Terapung. Kat Unimas tadi boleh singgah tengok Akuarium Muzium Laut kalau nak.. 


gambar ehsan Google..hehe..


Lepas check in hotel, kami tunggu lepas maghrib baru keluar balik. Pergi Window Shopping dulu kat Pasar Kraftangan KK. Actual kami punye Shopping Day kat sini ikut plan adalah esok malamnye. Bukan hari ni.  Sebab esok malam adalah malam terakhir kami di Sabah. Malam ni plan untuk dinner seafood yang sebenarnya. Gambar seafood aku tak snap. Sebab kedai ni ramai sangat orang. Nak snap pun rasa segan sangat.. Dalam kedai makan tu ada penyanyi Elite Sasha Saidin dengan rambut baru dia.


Lepas dinner, kami jalan kaki pulak nak cari mesin atm lagi. Sampai terjumpa pasar malam kat sini.. Tapi aku tak beli apa pun kat sini. Lepas tu kami gerak balik ke hotel. Tapi sebelum tu cari stesen minyak dulu nak isi minyak. Jumpa Caltex. Isi rm20 kalau tak silap aku. Malam tu kami sampai hotel dah dekat pukul 1 malam. Amboi!!! Hehehe... Penattt sangat. Tapi seronok! 😃


Esok kami akan naik bot ke pulau - pulau. Tak sabar nak tengok laut!


Pengalaman Bercuti di Sabah (Part 7)




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.