Ads Top

Bilik Keempat - renovation progress


Hari ni nak up progress bilik ke-4 yang aku cerita haitu. So far, bilik ni dah siap dicat undercoat dulu sebelum cat color yang aku nak..


Aku pun tak tahu color apa nak cat kat bilik nie..  😅


Nanti lah aku fikir..
Tapi haini ingat nak share dengan korang saiz dan rupa bentuk bilik ke-4 aku tu. Mungkin korang sebelum ni ada plan nak buat camni tapi tak berani buat sebab takut pelik ke sempit sangat ke.. lagi satu sebab aku share ni adalah untuk kenangan aku. Mana lah tahu kan, kalau-kalau nanti ada rezeki bilik ni direnovate/diubahsuai jadi besar ke kan? Hehe.. lagipun, takkan tunggu ada bilik besar dan cantik serba baru, baru nak tunjuk ye dak?


Lagipun, ini semua adalah soal idea dan dekorasi. Idea bagaimana penggunaan perabot, langsir, cat serta perhiasan mampu menjadikan sesuatu ruang yang terlalu sempit atau terlalu besar tu menjadi menarik tanpa menjalani proses renovasi major mahupun melibatkan kos yang tinggi seperti membeli perabot antik dan sebagainya. Dekorasi pulak adalah bagaimana idea tadi diterjemahkan ke bentuk fizikal (boleh dilihat dan dipegang serta dirasai) dengan menggunakan teknik yang sesuai dalam mendekorasi ruang. Kan? Bagi pencinta dekorasi seperti aku, kalau melihat sesuatu dekorasi tu sebenarnya kita bukan melihat harga atau brand sesuatu material yang digunakan dalam ruangan tu sebaliknya adalah bagaimana masalah yang sedia ada dalam ruangan tu diselesaikan. Setuju tak? 😉


Blog ni sebenarnya blog santai sembang-sembang tapi owner blog suka betoi guna ayat macam karangan tesis PHD! Skema kan aku?!!! 😂😂😂


Jomlah layan gambar!
Toksah dok membebel sangat huhu...



plan lantai kedudukan bilik ke-4



Bilik Keempat - renovation progress

Lakaran ilustrasi bilik ke-4
(Ayat majalah hehe)


Ok. 
Jom tengok actual bilik ni.
Seronok bila tengok apa yang dah plan menjadi.



Bilik ke-4 (dari luar)

Bilik Keempat - renovation progress

Imej bilik ke-4 

Depan bilik tu adalah dapur. 
Letak emoticon good dulu sebab taknak tunjuk lagi kat korang dapur sebesar bijik saga aku tu hehe..


Besi-besi tu pulak adalah untuk buat grill.
Banyak sungguh no?



Bilik ke-4 (dari dalam)

Ni aku berdiri dekat pintu bilik.








Tengah snap gambar bilik ni, Che Ah timbul. 
Dia cakap ni bilik dia. 
Pastu suruh aku snap gambar dia dalam bilik ni 😃



Gambar ni lak aku snap dari arah tingkap belakang; kat tempat Che Ah berdiri tadi hihi..



Bila dah jadi bilik camni barulah nampak saiz dia.
So far ok lah bilik ni. Sederhana. 
Sesuailah untuk anak sedang membesar. 
Budak mesti dia rasa bilik ni besar sebab dia kecik hehe.. bijak ibu dia 😝


Kalau dah besar pulak nanti, balik umah sekali sekala je kan.. Ada bilik sendiri untuk simpan baju dan rehat pun dah ok. Setakat ni, ini je lah dulu. Jom kita bersyukur hehe..



Dalam bilik ni, aku buat wiring sekali.
Bilik ni kena bubuh kipas dinding je..


Modal dah kering ni. Kipas lampu pun belum beli.
Modal yang ada haitu kami dah buat yang penting-penting dulu yang melibatkan kotor dan debu habuk dalam rumah. Kipas lampu ni waktu last proses reno baru nak beli pun takpe.. tapi bilalah agaknya nak beli tu kan? Cat rumah pun tak beli lagi ni! Banyak duit nak guna 😂😂😂 


Dekat sliding door baru yang kami tambah pun ada sikit je lagi nak buat finishing. Yang lain tu macam cat, lampu, kipas dan awning je. Sekarang ni tengah tunggu grill siap. Nak cat dalam rumah siap2 tak boleh  sebab tukang grill buat keja dia kat rumah aku.  Kalau dah siap nanti pun, aku tak pindah lagi. Kami tak rushing sangat nak pindah masuk umah sendiri. Ingat nak bagi baby besar dulu dan Che Ah masuk pra dulu tahun depan baru lah kami pindah masuk.


Tudiaaa... 😂😂😂



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.