Ads Top

Sambut Birthday Anak di KFC


Tahun ni setakat ni, dah 4 tarikh besday dah berlalu dalam family kecik ku.. pertama husben bulan 1, kedua along bulan 8, aku bulan 10 dan syairah bulan 11. Tapi cuma 2 daripada tarikh tu je kami sambut iaitu besday Along dan Syairah... ada lagi 1 besday iaitu besday Angah tapi hujung tahun ni bulan 12... Si bongsu iaitu Eshan bulan januari, baru je bersalin awal tahun haritu (EMLSCS) huhu.. 


Bulan Januari tahun depan Eshan dengan abah sambut besday sekali la 😁 ni gambar masa sambut besday along bulan 8 haitu..








Awal bulan 11 haitu, sambut besday Syairah kat tempat yang sama jugak. KFC branch BPJ ni besar, luas, senang parking dan ada playground untuk kanak2.. memang anak2 aku selalu bakar lemak kat situ lepas makan kfc hehe..


Memang selalu macam ni kalau order kfc..

Walaupun abah dia dah tanya siap2 kat meja nak makan apa dan dah pesan suruh duduk kat meja, tapi budak2 ni tetap jugak nak mengikut abah dia sampai kaunter..huhu..


Kfc dah sampai... yeayyy!!!


Along macam biasa, tukang amik sos hehe..


Dulu banyak ni dah cukup.. 
1 dinner plate dengan 1 snack plate... Tapi sejak along dah makan banyak ni, kena order lebih... fries dengan cheezy wedges tu beli lagi satu tambah 1 dinner plate 😅


Cheezy wedges... wajib beli.
Dulu suka beli dengan nugget. Tapi sejak dah tukar nugget perasa baru dlm 3 thn lepas, jarang dah beli kfc dengan nugget.. suka perasa lama lagi..huhu






Besday girl... 
Happy Birthday Nur Syairah yang ke-4


My plate... hehe...


Along



Alhamdulillah... 
Setakat ni, masih mampu bawak anak2 sambut besday kat KFC. Rezeki tak mewah tapi tetap bersyukur.. lagipun besday anak tak minta yang bukan2, dorang minta makan kfc je.. kalau minta pergi Bukit Merah ke.. Legoland ke.. pitam ibumu hahaha 😂




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.