Sport Rim Vossen Pecah - Tayar Masuk Lopak!
Kejadian dah lama berlaku.
Baru hari ni aku semangat nak cerita kat blog.
Sebab gambar dah ada, nak buang sayang pulak..
So aku lekat dalam entri ni lah...
To be exact, tayar kereta pecah pada 4 Oktober lalu.
Kira-kira jam 8.15 malam. Masa tu hanya aku dengan husben ja dalam kereta. Kami baru balik dari rumah yang kami beli kat SP, so nak balik umah sewa di Merbok malam tu... anak2 semua masih ada di rumah pengasuh... ada hal sikit... 😣😣😣
Back to the story,... MasyaAllah...
lepas masuk lopak tu, stereng kereta aku terus macam keras je.. susah sikit nak pusing.. Macam berat sebelah... lepas tu kami berhentikan kereta kat tepi jalan. Husben terus tukar tayar spare.. tayar sebelah penumpang yang masuk lopak... confirm kena bawak pergi worksyop tukar tayar esok! Tengah dia tukar tayar spare tu, ada sorang remaja naik motorsikal datang menolong...
Back to the story,... MasyaAllah...
lepas masuk lopak tu, stereng kereta aku terus macam keras je.. susah sikit nak pusing.. Macam berat sebelah... lepas tu kami berhentikan kereta kat tepi jalan. Husben terus tukar tayar spare.. tayar sebelah penumpang yang masuk lopak... confirm kena bawak pergi worksyop tukar tayar esok! Tengah dia tukar tayar spare tu, ada sorang remaja naik motorsikal datang menolong...
Suasana kat tepi jalan ni memang gelap..
Jalan Semeling-Bujang ni memang takde lampu jalan.
Nasib baiklah waktu ni masih banyak kenderaan lalu lalang... tapi kalau harap aku dengan husben je time ni, aku rasa macam takut jugaklah.. nasib baik adik ni ada.. boleh borak2 dengan husben.. so taklah rasa geram sangat bila kena tukar tayar sebab tayar masuk lopak...
Oh ya, tak jauh dari tempat kami berhenti tu, ada simpang masuk ke makan Sultan Muzaffar Shah tau... Saja nak habaq.. 😅 haha..
Adik yang datang tolong tu banyak buat kerja tukar tayar tu.. husben cuma layan sembang je dengan dia.. aku tengok cekap adik tu buat keja.. bila aku gtau dia cekap, dia bagitau sebenarnya dia kerja kat bengkel keta dekat BPJ... baru balik kerja katanya.. kagum aku sebab muda2 lagi dah pandai cari duit.. adik tu duduk dengan family. Memang orang Bujang katanya...
Selesai pasang tayar, lepas adik tu balik aku pun start kereta.. kereta takmo hidup pulak dah... bateri kereta ni memang dah selalu sangat buat hal... dalam gelap darurat macam ni pun dia nak buat hal... innalillahi wainna ilaihi rojiuunn... geram lak aku.. husben terus call kedai bateri yang selalu kami pergi tu. Nasib baiklah dia boleh datang bantu kami walaupun kedai dah tutup... pukul 9 dah kot... lepas tu settle, amik anak balik rumah...
Esoknya hari Khamis aku bawak kereta pergi woksyop untuk tukar tayar yang pecah... owner woksyop dah siap bukakan tayar spare kereta ku tu tapi belum pasang tayar baru kat kereta aku.. so disebabkan hari makin gelap dan gerimis sikit2, terpaksalah aku minta adik woksyop tu release dulu keta aku dan pasang balik spare tyre... Risau lak nak balik lewat2 dengan anak je kan.. so hari Ahad kami bawak kereta pergi tukar... lagi senang sebab husben kerja Penang, so hari Ahad dia cuti..
Sport Rim Vossen Pecah
Terkejut sangat2 bila owner woksyop tunjuk kat aku sport rim keretaku yang pecah teruk... allahu... terbayang duit yang bakal leburrr... sport rim kottt pecahhh!!! ingat tayar je yang pecah tadi... so okaylah kena tukar tayar berapa ringgit sangat kan... sekali rupa2nya sport rim yang pecah!!! Nangis! Banyak duit tu nak spend... Dah lah sport rim ni aku sayang...
Panjang jugak rekahannya kan... 😣
Sport Rim Vossen 17 inci ni dah 4 tahun aku guna..
Tahun 2014 bulan 1...
Masa mula2 beli kereta ni tahun 2008, aku guna rim standard kereta Proton Waja 15inci...
sebelum cuti bersalin 60 hari aku habis (bersalin Syairah), aku sebenarnya nak bawa kereta pergi servis je... tengah dorang servis kereta tu, aku sengaja jalan2 kat situ tengok sport rim yang ada... tetiba terberkenan dengan sport rim vossen ni huhu.. so, banyak jugak lah duit yang keluar sebab kena tukar tayar sekali.. kan saiz tayar lama dah tak muat muehehe...
Bagi yang nak tahu, sport rim ni around rm1600-1700 kot... aku pun agak2 jelah ni sebab dah lama... total tukar sport rim baru Vossen sekali tayar tak sampai rm1800 kena bayar sebab dah trade in rim lama dengan tayar lama kan... masa ni mewah sikit sebab dividen ASB dah keluar... sekarang dah takda ASB dah 😁😁😁
So... back to the story,
Disebabkan aku nak guna banyak duit sebab plan nak pindah masuk rumah tahun ni, so aku decide guna sport rim yang second hand jelah.. janji tayar boleh bergolek uhuk2..
Susah jugak nak dapat sport rim 17 inci yang second hand... dekat woksyop ni pun cuma 2 jenis je yang ada.. aku amik yang harga rm590 rasanya...
Ingat kena spend duit untuk sport rim jer...
Sekali bila dia buka tayar belakang untuk tukar sport rim, dia bagitau tayar belakang pecah... pelik katanya... tayar depan yang masuk lopak, tapi elok pulak tak pecah... sebaliknya tayar belakang yang pecah!! Baru aku ingat, selalunya kami tukar tayar, tayar baru kami letak depan, tayar lama letak belakang konon untuk lebih cengkaman di depan hahaha..
Berpeluh pulak aku bila dia cakap tayar belakang pecah... maka kenalah tukar tayar sekali... kami amik tayar secondhand je... so hari tu total habis untuk sport rim second hand dengan tayar secondhand adalah rm725...
Masa ni aku dah minta orang buatkan grill semula kat rumah baru aku tu lepas kena tipu dengan grill lama. Ada ada cerita kat sini... aduyaiii... lari bajet nak bayar grill... pening!!!
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.