Resepi roti telur pilihan anak-anak
ROTI TELUR
Ok. Pagi ni aku nak share resepi kegemaran anak-anak dalam rumah ni malah sepupu dorang pun suka bila aku buatkan roti telur ni. 2 bulan lepas mak, abang dengan kakak ipar serta dua orang anak dia, adik aku dengan suami dia menziarah kami kat sini. So aku goreng mee sanggul dan buatkan roti telur untuk budak-budak semua..
Resepi ni sangat mudah bermula dari bahan yang digunakan serta cara penyediaan dan memasak. Malah masa yang digunakan pun sangat singkat.. Pendek kata sesangaaatttlahh mudah resepi ni.. budak tadika pun pandai buat ehehe...
Ni adalah bahan yang diperlukan
untuk menyediakan roti telur...
♡ Roti Gardenia 4 keping
♡ Telur sebiji
♡ Susu Dutch Lady 1 cawan
♡ Garam secubit
♡ Sedikit Minyak untuk menggoreng
♡ Kuali/Pan leper
Cara Penyediaan
4 keping Roti Gardenia dikerat kepada 2 bahagian sehingga menjadi 8 kepingan roti. Letak sebelah dulu.
Dalam bekas lain, pecahkan telur, letak susu dan garam. Mix/kacau laju-laju dengan sudu supaya sebati sahaja.
Panaskan minyak dalam kuali/pan leper.
Minyak jangan terlampau banyak takut nanti roti telur jadi makan minyak (meresap minyak dalam roti) pula dan rasa muak pulak nak makan. Minyak sekadar boleh menggaringkan roti tu sebelah je cukup dah sebab nanti kita akan alihkan roti ke sebelah lagi untuk menggaringkannya. Minyak boleh ditambah kemudian sekiranya didapati telah tinggal sedikit di dalam pan.
Bila minyak dah panas, celupkan roti ke dalam adunan susu, telur dan garam tadi. Terus masukkan roti ke dalam pan/kuali leper. Jangan rendam roti lama sangat sebab nanti roti akan menjadi lembik kerana menyerap susu tadi dan membuatkan roti susah untuk diangkat masuk ke dalam pan.
Biarkan roti masak di atas kuali/pan sehingga garing dan bolehlah diangkat dan terus laju-laju hidangkan roti telur yang masih panas dan beraroma yang sangat wangii dengan sos cili sebagai pencicah. Yummy!
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.