Ads Top

Menu Pencuci Mulut Di Bulan Ramadhan


Harini dah masuk 6 hari umat Islam berpuasa. 
Dah Lama tak update belog sebab mengantuk yang amat-amat tambah2 pulak bulan puasa ni hehe.. Selalunya pukul 10 - 11 malam aku selalu update entri baru. Hari ni gagahkan juga diri meng'update' belog memandangkan tuan punya tanah sendiri dah mula bosan bila buka belog sendiri tapi takde entri baru apakes kan huhuhu


Lagipun nanti takut peminat lari pulak hahaha... 
yelah bukak belog aku asyik entri lama je kan.. haha perasan kahkah! Ok takla... sebenarnya aku nak cerita kat korang menu dessert aka pencuci mulut sepanjang 5 hari berpuasa ni huhu.. 


Hari Pertama 
KEK BATIK



Asalnya nak buat kek batik untuk potluck di ofis sempena menyambut Ramadhan tahun ni. Kat ofis kami tahun ni buat barbeque. Nanti in shaa Allah aku up cerita pasal tu ok..


Berbalik pada kek batik ni, malam sebelum buat makan2 tu, hujan lebat sampai blackout satu rumah. So aku plan nak bangun esoknya dan buat. Tapi time pepagi tahu jelah, bizi lah sikit. So tak jadi buat.. so aku bawak ulam-ulaman saja pada hari tu..


Berbalik kepada cerita puasa kali ni, disebabkan bahan dah ada, aku buat kek batik ni untuk juadah pencuci mulut berbuka hari pertama Ramadhan. 


Hari Kedua dan Ketiga
KEK OREN dan KEK COKLAT


haritu ada teringat nak snap gambar.. tapi bila fikir kek ni bukan aku buat, so tak snap la gambar.. aduiii sesal tak sudah.. dah takda gambar dah... 


yang sebetulnya, kek ni husben aku dapat daripada bos dia sebab tolong siapkan slide untuk meeting hari Jumaat kat Putrajaya minggu lepas... Sampai tak balik berbuka dengan kami hari Khamis tu. Surat kena pergi meeting dapat hari Khamis, so terpaksa la husben overtime untuk prepare slide bagi kt bos untuk presentation.. Dapatlah sekali dengan tray@ siya 2 tingkat warna maroon percuma. Brand tupperware tu.. alhamdulillah... rezeki.. hihi


Hari Keempat
Hari ni aku tak buat apa2 pencuci mulut sebab harini husben dengan anak2 pergi Bazar Ramadhan. Dorang beli murtabak 2 biji, kuih apam coklat 6 biji, dan air soya 2 bungkus. Total RM10 habis haritu.. syukur jugak sebab takda pembaziran kuih muih.. haihhh... takde gambar pulak... ishhh3... 😅


 Hari Kelima
DADIH MANGGA



Dadih mangga ni aku buat 1 pek serbuk dadih tu. Letak dalam bekas kek coklat dapatlah 14 bekas. Pagi tadi dah habis dadih mangga ni. Sebelum puasa haritu dah beli serbuk dadih untuk mangga dan coklat. So next week lah buat dadih coklat. In shaa Allah. 


So tu jelah aku nak update.btw,  harini tak tahu nak buat apa lagi.. maybe bihun sup kot sebab ada daging tak sampai setengah kilo lagi dalam peti ais tu huhuhu. Ok tengkiu reading! 😘



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.