Ads Top

Berbuka Puasa di KFC Tunai Permintaan Anak-anak


sambungan dari entri ni


Wokeyyy sebelum aku masuk entri baru pasal raya tahun ni, better aku up dulu entri pasal puasa dulu. Takut kejap entri raya kejap entri puasa nanti jumping-jumping lak entri dalam belog ni.. hancusss!! tapi kalau ada entri puasa aku tertinggal dan aku up lepas dah cerita pasal raya tu kira terlepas pandang la tu.. haha harap dimaafkan 😅


Seminggu sebelum raya kami balik berbuka puasa di kg halaman husben.  balik sehari je sebab minggu depannya tu dah nak raya kan? kami balik hari Jumaat dan kembali ke rumah pada hari Sabtu. Dalam perjalanan selepas melalui tol Jitra, anak aku si Syairah tetiba mengadu dah lama tak makan KFC... 


Tetiba Along dengan Angah pun request nak berbuka dengan KFC harini. Makan dekat restoran KFC katanya dan takmo bungkus2. Aku OK je memandangkan tak pernah rasanya seumur hidup aku berbuka di KFC sejak dah pandai berdikari ni. Tapi kedai mamak pernah lah.. tu pun masa aku dengan BFF aku Yanti keja kat Selangor dulu. Umo kami baru 21 22 je.. alahai mudanya kami time tu huhu..



Berbuka Puasa di Restoran KFC tunai permintaan anak-anak.



kami order yang ni disamping cheezy wedges dan tambah milo 2 cup.


Masa tu aku dengan Yanti sengaja turun Jalan Tar. Jalan-jalan cari baju raya, sandal raya, tudung raya, beg raya dan apa2 jelah sebagai persiapan nak raya di samping nak rasai kemeriahan Jalan Tar menjelang Syawal kan hehe.. Ingat lagi kami terpaksa duduk semeja dengan satu pasangan suami-isteri yang dah pencen sebab meja dalam kedai mamak tu dah full.. Pakcik tu siap interview kami study mana sebab ingat kami student.. bila dah bagitau kata dah keja, tanya pulak asal mana.. memandangkan pakcik tu pun nampak macam educated dan muka pun bersih so aku kira orang baik2 la kan.. aku bagitau lah aku berasal dari mana dan sekolah rendah menengah kat mana semua... 


kebetulan! pakcik tu pernah buat kerja dekat tempat aku dulu. Tapi katanya bukan di Kuala Sg Muda, tapi dekat situ jugaklah di mana dia dengan para ahli Kajisejarah yang lain pernah buat operasi carigali di Kg Sungai Emas, Kota Kuala Muda masa tahun 90 atau 91 camtu.. time tu rombongan sekolah aku pergi tengok ahli kajisejarah ni dekat tapak carigali kat situ naik basikal je.. lebih kurang 100 lebih murid-murid terlibat k! dah macam jepun nak serang Malaya pulak aku rasa haha.. legend gila bila diingat balik.. bab rombongan sekolah tu pun pakcik tu iya kan jugak haha.. Allahu.. aku tak sangka pulak yang kami boleh berkongsi kenangan lebih 10 tahun tu.. aku pun budak lagi time tu huhu..


Hahaha... saja throwback kisah lama
mana tau nanti lupa prffttt..


Kami sampai kat restoran KFC pukul 6.45 petang camtu. sebaik husben membeli dan membawa tray makanan ke meja kami, tetiba pelanggan yang lain pun sampai sehingga panjang q. Kami dikira cepat 10 minit je dari dorang. Alhamdulillah.. tercapai impian anak-anak nak makan KFC walaupun dah puas abah dia pujuk hendak pergi KFC selepas raya nanti hehe..





Muka hepi Mek Che Ah dapat makan KFC. 
Mek ni first sekali dia makan mashed potato dulu. Banyak jugak dia makan sampai aku kena bagitau kat dia terpaksa simpan untuk Along jugak sebab Along pun nak. Nasib baik dia mau dengar kata. Lepas dah makan mashed potato takmo makan ayam. Nasib baik aku pujuk dia makan ayam lepas tu dia mau makan jugak walaupun seketul je..  


air merah tu tak best la... perasa epal dan strawberi kalau tak silap.. kalau bagi air mix fruit yg hijau tu sedap lah jugak kan.. ni bukan komplen tapi pendapat je hehe janganlah serius sangat 😅 maybe selera orang ramai lebih kepada air ni kot.. atau ni air baru aka produk baru kot so Kfc adalah restoran makanan yang paling sesuai nak promote air ni.. maybe.. hehe.. walau macam mana pun, air berkarbonat memang tak elok diambil selalu huhu..





Oklah. nak update ni je. Esok2 inshaa Allah kena rajin up entri balik sebab dah 'cuti' lama bulan puasa haritu.. Aku selalu update pukul 10.30malam ke atas. Bulan puasa pukul 10 dah mengantuk huhu.. ok. Jumpa lagi. Bye! 



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.