Memantai Daging Sambut Puasa 2018
MEMANTAI DAGING
Kira-kira seminggu sebelum umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni, kami di pejabat mula membuat perancangan untuk mengadakan acara memantai daging bagi menyambut bulan mulia. Acara tak rasmi dan santai-santai sambil mengeratkan lagi silaturrahim hehe.. tahun lepas kami ramai-ramai pakat mengacau bubur lambuk. Tapi tahun ni kita tukar sikit hehe..
Sebenarnya acara ni diadakan sehari sebelum 1 Ramadhan. Ni sebenarnya first time aku dengar perkataan memantai nie.. Memantai ni katanya rutin bagi orang Melaka dan Nogori setiap kali tiba bulan Ramadhan. Sehari sebelum berpuasa orang sana dah bizi cari daging untuk dibakar dan dimakan di malam 1 Ramadhan. Harap betullah info aku pasal ni.. kalau tak betul maafkanlah dia... ehh aku huhuhu😅
Asalnya terung tu kami bakar atas jaring..
tapi lepas dah habis bakar semua bahan, akhirnya terung tu bakar direct terus atas bara macam ni biar ada rasa arang-arang sikit hehe.. kalau direct atas api lagi best.. masak pun lebih cepatt.. bau pun best! kalau kat rumah, aku bakar direct atas api je.. letak terus atas tungku dapur tu hehe..
Disebabkan program memantai kami waktu lunch, so wajiblah ada nasi sekali.. mana mahu tak makan nasi kan huhu.. so part nasi, gulai, sambal, ulam-ulaman dan desert disediakan oleh geng perempuan hehe.. masak siap2 kat rumah gigih ko! tapi bukan aku la.. aku bawak.. (pstt cakap pelan2 sikit) errr ulam je.. air minuman pulak geng lelaki yang uruskan bersama-sama bahan nak dibakar.. sepakat membawa berkat kekdah nye 😅
Gulai Ikan Temenung (Yus),
Sambal belacan, air asam, budu (kak Mah)
dan ulam2 (siapa lagi..)
kek coklat lembap dan tepung talam pandan disediakan oleh kak Umi. Sedap. My faveret kek coklat tu sejak kecik hihi.
Satay ayam dan daging pon hado sponsored by
Kapt Faizol ~always. yummy. free~ haha
kalau kat Merbok ni memang kami selalu order satay dekat At Satay Semeling. Tak kira Open House Raya ke.. Majlis Penutup PLKN ke.. mesti order kat At.. cheap and always juicy satay ever.. Yummy Happy Tummy hehe sakan promote 😆 tapi percayalah At Satay Semeling terbaikkklah!
Meja Hidang 😂
kerusi takde yerrr..
silakan makan bersila kat bawah 😅
Jom tengok hasil memantai hritu 😘
Gambar ni je yang ada dalam henfon aku.
Daging bakar ada tapi tak snap pun sebab tengah makan nasi. Yang ni jelah kot yang ada haitu.. tapi believe me.. kenyang ko! Makan ala-ala menu lunch orang kampung memang wajib la tengah hari camni kan?
Ok tu jelah nak update. Semoga terhibur. C U..
tatatititutu...
Ok tu jelah nak update. Semoga terhibur. C U..
tatatititutu...
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.