3 Kali Makan Angin Tanjung Dawai Bulan Ni
TANJUNG DAWAI 27.7.2018 FRIDAY
Alhamdulillah... walau pun di saat tuan punya belog tengah berusaha keras untuk menyimpan duit supaya rumah yang kena pecah bulan Oktober tahun lepas dapat diperbaiki menjelang Oktober tahun ni ( in shaa Allah) namun beliau berjaya jugak menjejakkan kaki ke Tanjung Dawai sebanyak 3 kali dalam tempoh sebulan bulan ni! 😅😅😅
Cehhh! korang mesti cakap kan... ala.. baru pergi Tanjung Dawai je pun dah kecoh minah ni.. Adoii start bulan Disember tahun lepas lagi aku dah menyimpan sikit-sikit sebab kalau boleh taknak buat loan untuk repair rumah aku.. lagipun loan aku problem haitu opsss!. Takpe lah aku pun xminat nak buat loan sangat melainkan kalau terpaksa.. Raya tahun ni pun sambut ala kadar je.. tapi lebih baik dari tahun lepas... Hampir 8 bulan aku tukar lifestyle demi menjimatkan uang uolss.. yelah.. tak ramai yang nak tolong kita bila kita susah. So lepas ni kena beringat la.. tolong orang yang penah tolong kita je.. Berbalik pada cerita tadi, tetiba bulan ni aku ditakdirkan sampai 3 kali kuar jenjalan ke Tanjung Dawai.. jarang dah aku kuar jalan jauh2 walaupon 20 km je dari rumah sewa aku ni sejak start berjimat nie melainkan sambut besday anak dan ada hal di bank huhuhu... tapi walaupun keluar sampai sini dah 3 kali, sebenarnya aku tak membeli sangat laaa sebab aku masih ingat fokus utama aku sekarang ni. Cuma berbelanja bila perlu dan terpaksa je. Errmm.
bahagian belakang Arked
Kali pertama pergi Tanjung Dawai dengan opismate pada hari terima gaji. Terfikir nak makan kat sini sebab dah lama tak lunch ramai-ramai camni kat Tanjung Dawai hihi. Lepas makan aku beli ikan bilis setengah kilo, gula gerek sebungkus dengan sotong kering RM20.. Nampak tak berapa je aku shopping kat sini? Tergoda nak beli sebab tadi lunch sambal sotong kering terasa sedap pulak terus teringin nak masak.. 3 Hari lepas tu tak disangka-sangka anak teruna pulak request nak maka sotong celup tepung..
Kali ketiga ni pulak mak aku wasap bagitau yang dia nak pergi SP hari Jumaat lepas dengan Makteh dan Pakteh aku. So mak pun nak mai rumah hantar durian, rambutan, manggis, dokong... tak banyak pun tapi Alhamdulillah. bolehlah nak makan... Kami gerak ke Tanjung Dawai pukul 3.45 petang..
yang biru mak shopping. yang kiri makteh shopping. Aku xshopping apa-apa pun cuma beli gula kapas 1 jer untuk anak-anak aku. Pakat2 share la anak2 oo... Tapi alhamdulillah makteh ada bagi ikan bilis sikiiiit kat aku sebelum balik. Pakteh takmau pergi sebab mengantuk nak tido katanya. So tinggal Pakteh kat rumah sorang-sorang hehe.. Pakteh aku memang sempoi hahaha 😆😆
Kalau ada yang nak survey harga naik bot keliling Pantai Merdeka (Pantai Merdeka Island Hopping) boleh le rujuk ni. Saja aku tempek kan dekat sini kalau ada yang nak tahu and buat rujukan diri aku sendiri jugak...
Lepas selesai kat sini, aku ajak pergi tengok-tengok tepi pantai. Mak aku teruja jugak sebab dah semakin meriah orang berniaga. Tapi kami tak singgah kat situ sebab terus menuju ke kedai makan berdekatan memandangkan dah pukul 6 petang...
Sotong Celup Tepung
habuan makteh dan Aisyah
Kat aku ais limau je uolss.. kata nak diet huhuhu
Mak, Pakteh, Makteh dan Aisyah balik pukul 7 lebih camtu. Seronok dapat kuar sama-sama macam ni walaupun pergi dekat-dekat je. ok tu je nak update. Tengkiu reading guys 😙😙😙
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.