Kenangan Open House Aidilfitri 2018
Tahun ni tak banyak jemputan Open House yang besar-besar yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi macam tahun lepas yang diterima. Malah tahun ni pun ofis sendiri pun tak buat Open House. Tapi alhamdulillah ada juga jemputan Open House dari kawan-kawan opis dan kenalan-kenalan yang baik hati.. So meh nak tempek gambar-gambar kenangan Open House tahun ni senang nanti nak tengok balik...
Open House 1
Rumah Ida 21 Jun 2018 Khamis 4 Petang
Ada lagi menu laksa, ketupat, rendang, nasi tomato, air tembikai, kuih raya tapi aku terlupa nak snap kat meja buffet sana. Aku just snap gambar menu yang aku makan je..
Puas dapat makan bihun sup tu walaupun bihun dia warna putih dan guna sambal hitam macam orang sebelah Selatan punya stail bihun sup.. Utara punya stail bihun dia warna kuning dan sambal dia merah memang aku suka la sebab mak aku buat macam tu... tapi yang ni tetap terbaikklah sebab daging lembu dia best! Isi lekang dari tulang dan berlemak... sup dia memang sangat-sangat souuuupppp!!! 😚
Open House 2
Rumah CC Umi 05 Julai 2018 Khamis 4 Petang
Sayangggnye gambar ni blurrr aduhhhhaii...
Memula geng ofis sampai koi 4.30 tu kami wefie dulu ramai-ramai sebelum makan.
Makan kuih dulu sementara tunggu yang lain sampai..
Pakat makan mee dulu...
semestinyalah petang-petang ni...
Tuan Rumah
Mi Kari
Menu utama adalah mi kari. Ada nasi himpit kuah kacang. Menu ni Kak Umi bagitau tak berapa 'jalan'... Banyak tak habis. Maybe bukan signature dish orang Kedah sebab tu tak habis banyak tu.. Kalau orang Johor mungkin la.. tapi kalau ada lontong aku rasa laju jugak habis nasi himpit dengan kuah kacang tu.. Ketupat rendang pun ada. Sekali lagi aku terlupa nak snap gambar dekat meja buffet sana 😣😣😣
Mi kari tu aku hantam makan sampai 2 mangkuk!
sedapnye terasa sebab kuah kari meriah dengan ayam dan bebola.. nyumsss... hihi...
Sebelum balik pakat-pakat selfie pulak kat depan rumah buat kenangan thehehee...
Open House 3
Rumah Jiran 07 Julai 2018 9 malam
Dapat jemputan Open House dari jiran se taman.
Malam tu aku je pergi dengan anak-anak yang lain kecuali si kecik Eshan tinggal dekat abah dia. Aku dengan jiran sebelah rumah Kak Melur plan sama-sama petang tu masa aku pergi beraya kat rumah dia.
Rasanya tak pernah lagi dapat jemputan Open House malam-malam macam ni. Mujur ada jiran sebelah rumah yang nak pergi sebab dengar dorang bakar kambing golek huhuhu... Kalau harap aku sorang memang tak pergi la kambing tak kambing golek tak golek... aku segannnn...
Menu yang aku makan malam tu.
Semuanya sedappp!!!
Sebenarnya aku kenal lama dah tuan rumah ni sejak Syairah baby lagi.. Cuma namanya aku selalu lupa 😣ye lah panggil hangpa2 ja haha.. Berkenalan pun dekat taman permainan kanak-kanak kat taman kami tu je.. Time petang kat taman permainan je jumpa tu pun jarang-jarang la...
Open House 4
Damai Park Resort 7 Julai 2018 12.30 tgh hari
Pagi tu aku bawak anak-anak semua mandi dekat sungai berdekatan Ofis. Bila dah parking kereta ternampak Pegawai RELA tengah bertugas dekat depan pintu pagar masuk Ofis Damai Park. Baru teringat hari ni Operator Kem kami buat majlis Rumah Terbuka...
Lepas mandi terus aku bawa anak-anak pergi makan. Cuma Eshan je yang tinggal dengan abah dia. Ramai jemputan Syarikat Damai Park ni sampai beberapa bijik khemah disediakan untuk tetamu. Menu pun banyak cuma aku tak sempat snap sebab anak aku dah berlari-lari ke jalan dah..
ni je rezeki aku kat sini haitu. Nak makan menu lain yang dorang sediakan tak leh sebab Mek Che ah dah lari ke jalan dah... terpaksa la ikut dia pegi ke kereta pastu segan nak masuk dah la.. huhu..
Ok. Tu je nak update.
Esok esok esok dan esok lagi entah bila aku akan update lagi story ekkk?... Btw, tengkiu reading. tengkiu for the comments.
Bye2. Cu next entri.
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.