Ads Top

Kenduri Aqiqah untuk Aqila Nabihah



Jom nak update sikit story berkenaan kenduri Aqiqah yang diadakan di rumah mak aku pada hari ke-2 Raya AidilFitri yang lepas uhuk-uhuk.. eh jangan hairan tau sebab baru nak update haha... errmmm btw, biasalah tu kan.. ni pun masih ada lagi stories yang aku belum update dalam belog ni.. errr... tunggu jelah ehhh!! 😅 


MAJLIS AQIQAH 
AQILA NABIHAH ~ 16 JUN 2018 SABTU


Cucu ke-13 my mom hehe..
baby Nabihah now dah lain bebenor wajah dia berbanding masa kenduri ni..


Aku kadang-kadang terpanggil Nabihah.. kadang-kadang tu Aqila.. Eceli, Nabihah ni anak sulung adik aku iaitu Eyda. Terpaksa deliver Nabihah cara operate macam aku tahun lepas.. cuma sebab jer berbeza.. Aqila ni songsang dalam perut ummi dia.. aku lak sebab PIH.. korang boleh klik gambar sidebar kat sebelah ni kalau nak tahu pengalaman aku PIH dulu... kenangan semua tue..


Majlis ni kami buat secara gotong-royong..
Tukang masak adalah sepupu mak aku. Memang tak pernah mengecewakan kalau Pakcik Karim yang masak. Malam raya pertama, my husben dengan adik ipar dia yang lelaki a.k.a biras husbenku pakat-pakat potong kecik-kecik ikan talang masin untuk dibuat gulai kari ikan talang masin dengan nanas esok 😊


Jenuh jugak nak mengerat ikan talang tu..
Memang sesuai kerja ni untuk orang laki2 kan kikiki


Sambil buat keja sambil makan.. 
Resepi Mee Jawa Kak Ida's style yang famous tu now jadi air tangan dari aku 😊


Sebenarnya aku dengan adikku Fiza, kami dah buat keja potong2 bawang petang tadi dengan jiran.. ada la sambung ke malam jugak tapi dalam pukul 10 camtu dah siap.. jiran pun dah balik.. Ni dah agak lewat jugak la tetiba mak aku teringat ikan talang masin dia tak potong lagi.. tu sebablah kami baru nak proses kerat-kerat ikan talang tu malam ni hewhew... 





Esoknya, lebih kurang pukul 10 pagi camtu group selawat dan marhaban sampai. Dorang bermarhaban macam-macam lagu.. aku pun duduk marhaban sama kuikui.. bukan aku je, para jemputan yang pompuan2 mana datang awal pun kena marhaban sekali.. dapat kertas dorang bagi.. haha.. kami folow jugaklah marhaban tapi suara tak kuat macam makcik-makcik ni lah kan.. ikut pelan-pelan je.. 😆😆😆


Makcik ni datang 4 orang je..
sepatutnya ramai lagi kata makcik tu tapi akubtak ingat berapa orang.. tapi dorang terpaksa buat dua group kali ni sebab banyak jemputan.. dorang tak boleh tolak sebab customer nak jugak buat marhaban tu.. so group yang lagi satu marhaban kat tempat lain... alhamdulillah... nasib baik mak aku dah book awal2.... kalau tak...





Lepas marhaban, majlis doa selamat pula dilakukan oleh kaum lelaki...




Walaupun majlis aqiqah sahaja, tapi tetamu ramai jugak yang hadir. Bila masukkan sekali sepupu-sepapat kami yang datang jadi bertambah meriah... Sampai petang pukul 5 tu pun masih ramai lagi orang..


MENU :
~ Nasi putih
~kurma kambing
~ Kari nanas dengan ikan talang masin
~ Laksa
~ Bubur kacang hijau
~ Air Jimmy Asmara




Ni dah petang tetamu pun dah tak ramai macam tadi dah barulah aku teringat gambar menu tak snap lagi.. terus minta adik iparku snapkan gambar menu...


Jom layan gambar...













Semoga Aqila Nabihah menjadi anak yang solehah, sihat serta berjaya di dunia dan akhirat. Tahniah kat adik dan adik iparku; Eyda dan Que kerana menimang cahaya mata sulung yang sihat dan bijak serta comel.. Semoga adikku dan family di bawah lindungan Allah S.W.T hendaknya Aamiin.


Petang tu dalam pukul 6.30pm kami bergerak balik beraya ke rumah husben pulak. Malam tu adik-beradik aku bakar BBQ... wahhh bestnye... rasa rugi lak sebab takda malam tu.. ermmm takpe lah... next time boleh buat lagi! 😊😘


Ok. Tengkiu sudi baca post ni.
Jumpa lagi. BYE-BYE...

Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.