Ads Top

Quechua...ku


Beg Quechua ni baru sebulan lebih aku beli.
Aku beli beg ni dekat Padang Besar awal bulan lepas. Pergi sana dengan ofismate 6 orang je satu keta... Tapi bukan aku orang first yang rasmi beg ni huhu.. orang first yang rasmi beg aku adalah Along sebab nak bawak pergi Pesta Buku bulan lepas dekat Village Mall, SP ikut rombongan dengan sekolah bayar RM20 haha 😆


Mulanya Along minta terus beg ni kat dia. 
Lepas tu si Angah pun nak jugak.. aku terus decide bagi Along pinjam jerr beg ni. Kalau tak, jenuhlah kena beli lagi 2 pulak kat Angah dengan aku kan.. No No.. tak leh mudah-mudah je dapat barang... aku gitau kat Along lepas bawak pergi rombongan tu kena bagi balik kat ibu hahaha.. bijak dan baik hati ibumu 😆😆


Quechua Pertamaku...
RM15 satu.


Eceli aku tak berapa minat beg ni. 
Tahun lepas ramai jugak ofismate beli sebab kami banyak trekking tapi aku lebih suka bawak beg hijau aku tu... tapi beg tu dah koyak teruk masa pergi camping kat Ulu Legong hujung tahun lepas... maka aku terpaksa guna beg lain... 


So aku decide untuk beli beg Quechua ni kalau ada aktiviti santai yang sekejap-sekejap tu dan paling penting tak bawak barang banyak.. kalau ada barang banyak aku bawaklah beg yang lain.. beg ni aku decide untuk letak henfon, botol air, tuala kecik, IC, medical card, ATM card dan duit je.. jajan sikit...





Fenomena beg Quechua.. Comel je beg ni...
Nampak tak beg galas aku dah koyak dekat hujung bahu tu? 😣😣 


Beg Hijau ni bukan lama sangat aku guna. 
Beli masa nak pergi Sabah tahun 2015. Guna 2 tahun je tapi dah koyak kat bahu.. beli kat kedai Traveller (nama kedai sebenar aku tak ingat) dalam CMart SP.. kemain kelas...harga seratus lebih seingat aku RM180 rasanya... tapi enggak tahan lama macam beg sekolah aku yang tahan sampai 5 tahun dari Form 1 -  Form 5 beli RM45 jerr... oh rindu lah pulakkk kat beg blue black tu... ermmm..


Tapi, walau apa pun, beg hijau tetap terbaik!
banyak kenangan bersamamu beg!!





Beg Hijau ~ thank you for being my best buddy towards these yearsss... beg ni aku gantikan dengan beg hitam pulak...


So... beg biru loreng hitam Quechua baru aku tu aku dah rasmi Rabu lepas... sempena trekking ke Lubuk Kapal, Hutan Lipur Tupah hehehe..




Semoga beg ni lebih berjasa lagi selepas ni.. in shaa Allah... Ok tu je nak update. Tengkiu reading alls!!!


😘😍😄😄



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.