Ads Top

Kami dah pindah...






Alhamdulillah... 
Tanggal 25 Dis 2019 bersamaan hari Rabu jam 5 Petang kami sekeluarga telah selamat berpindah ke rumah kami di Sungai Petani dengan 3 kali trip lori ulang-alik huhu.. lori kecik je sebab tu 3 kali 😅


Ni aku share gambar masa kami kat rumah sewa aku di Merbok sana..


Kusyen ni aku tak amik. Letgo je kat orang. 
Ingat nanti kat rumah kami nanti nak suruh anak2 duduk atas lantai jer 😁 

Abang aku sampai dengan adikku pukul 11 lebih tapi time ni lori tengah dalam perjalanan dah. Sempat lepak-lepak lah sekejap..


Lebih kurang 20 minit lepastu lori pun sampai.
Time ni adik aku yang duduk Kulim pun dah sampai juga. Maka bertambah2 lah manpower.. syukur3 ramai nak tolong.. Abang aku yang sulung tunggu kat rumah aku di sana. Aku pulak kejap lagi nak gi rumah member aku Yus untuk amik ketupat & rendang habuan jamu orang angkat barang.. 






Ramai jugak manpower yang datang menolong. 
Kawan ofis husben ofkos ada. Nasir yang pakai baju biru tua tu. Masuk kali ni dah 6 kali Nasir tolong kami. Yang lain2 tu adik, abang dgn husben aku la... 




Che Ah memang excited nak pindah.
Mak mengasuh dia hadiah lipstik dengan perfume kot kat dia. Tu lipstik Che Ah pakai huhu







Terima kasih la kat adik Pijah aku tolong snapkan gambar kat sini.. kalau tak memang takda lah gambar2 ❤❤


Punya lama kami terrr'pending' nak pindah gara2 kes pecah rumah tahun 2017 haitu.. ni dah nak hampir 3 tahun selepas dapat kunci rumah baru ada rezeki nak pindah masuk rumah baru yang dah tak berapa nak bau cat dah kekeke.. see... Mohd Eshan yang aku bersalin C-sect 2017 haitu dah boleh tolak basikal dah pun erghhh!!! Apapun aku syukur.. dapat jugak masuk umah baru.. bak kata Dato Dr. M.Nasir dalam lagu Apokalips, apa dah jadi, sudah terjadi.. hujan pasti berhenti.. so true lah !


Muka serius entah apa2 aku ni angkat kotak kosong dengan papan playwood je pun uhuk2..



Ni tengah tunggu lori trip ke 3 sampai. 
Abangku dengan adik iparku naik kereta pergi balik. Sebab tu dorang sampai dulu tu. Sambil2 tunggu tu pakat makan ketupat dengan tapai Kg.Belau hihi ramai puji sedap. Memang sedap sebab tu aku order kat member aku tu.




So petang tu last pukul 5 kami bergerak dari Merbok. Aku sampai di rumah kami lebih kurang pukul 6.15 petang camtu. Kat rumah ni abang Sham aku siap order satay mentah untuk kami BBQ.. ada ikan siakap bakar jugak.. adik ipar aku Faizal memang suka bab ni kikiki.. meja makan kami letak dulu kat tengah laman tu. Bbq lak guna dapur gas aku kahkahkah! Epik betuii.. ermmm sayanglak sebab takde gambar.. pizah tengah tolong aku kt dalam rumah menyimpan2 sikit..
Aku lak langsung tak ingat nak snap2.. 


So Khamis semalam aku cuti. Bagi rumah aku stabil sikit huhu..  alhamdulillah... penghujung 2019 yang indah... Thank You Allah 😘😘🙄


2 ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.