Ikan Masak Sos
Ikan masak sos yang sedap...
Hari ni aku nak share resepi mudah sambal tumis yang sedap. Kali ni aku nak share resepi ikan yang sangat sedap dimakan dengan nasi yang baru dimasak panas-panas. Resepi ikan masak sos ni juga masih sedap dimakan walaupun nasi dah sejuk sebenarnya. Jadi masakan ni sangat sesuai untuk dibuat bekal pergi kerja, berkelah juga.
Resepi ikan masak sos yang aku masak ni menggunakan ikan nyoq-nyoq. Tapi boleh juga guna ikan lain kalau mahu. Aku rasa kalau guna ikan termenung, selar, kembong pun sedap juga dimasak resepi ni. Jom tengok resepi.
RESEPI IKAN MASAK SOS
Bahan2
2 ketul Ikan nyoq-nyoq yang telah digoreng
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
1 inci Halia
3 sudu makan Cili Kisar
5 sudu Sos Cili
1 sudu Gula
Garam secukup rasa
Setengah cawan Air
5 tangkai cili siam
Cara membuatnya.
Ikan nyoq-nyoq digoreng. Ketepikan.
Tumis bawang besar sampai agak layu, kemudian masukkan halia dan bawang putih dan tumis sampai wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis cili kisar sampai pecah minyak dan garing.
Masukkan sos cili, air, gula dan garam. Gaulkan sebati.
Akhirnya, sebelum tutup api, masukkan ikan goreng dan cili siam sebentar. Gaul dengan kuah sampai sekata. Tutup api. Siap.
Nampak sedapnyer
BalasPadamSelamat menjamu selera
Jom... selamat hihi
Padam