Ads Top

Cashback selepas Perbaharui Insurans Kereta

 

... dapat cashback lepas renew insurans kereta semestinya di Takaful Malaysia 💓💓







Tahun ni selepas road tax dan insurans kereta aku tamat tempoh, aku masih kekal memilih untuk renew semula roadtax kereta di Takaful Malaysia macam tahun-tahun lepas. Sebab utamanya adalah kerana di sini aku dapat cashback. Cashback tu duitlah... Siapa tak mahu kan?



Tahun ni aku dapat lagi cashback asbab renew insurans kereta di Takaful Malaysia. Cashback yang aku dapat ini adalah daripada renew insurans kereta tahun lepas punya.  Inshaa Allah tahun ni punya renew tahun depan lah dapat hihi.. Biasa dapat secara automatik tak perlu isi apa-apa form pun. Lepas tak sampai 2 bulan dapatlah cashback ni syarikat kreditkan masuk ke dalam akaun aku. Macam aku dapat sikit aje cashback sebab insurans aku renew pun sedikit sahaja. Kalau banyak kita bayar insurans kereta maka banyaklah cashback yang kita boleh dapat balik. Semua bergantung jika kereta bebas daripada kemalangan dan lain-lain.


Macam mana syarikat tahu nombor akaun bank kita padahal satu form pun tak isi?


Sebenarnya semasa kita mula-mula isi borang di syarikat Takaful Malaysia, maksud aku selepas kita bercadang untuk tukar company renew insurans kereta kita daripada syarikat X (lama) ke Takaful Malaysia, waktu inilah satu form akan diberikan kepada kita untuk diisi. Jadi data tu semua akan berada tersimpan di dalam sistem. Jadi sangat memudahkan untuk kita renew semula insurans setiap tahun.  Kalau tak silap aku, kena sediakan salinan geran kenderaan untuk syarikat.



So itu sahajalah sharing aku untuk kali ini.
Harap-harap kita semua mendapat manfaat. InshaaAllah.



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.