Ads Top

(Part 10) Admit ward kali keempat (part 1)


Bismillahirrahmanirrahim...


Pantang bersalin berbaki lagi 3 hari tapi entri pasal ni tak habis2 lagi... baru habis cerita masuk wad kali ketiga tapi rasa macam dah banyak jerr yang aku dah cerita kat sini.. huhu.. bagus jugak update blog time berpantang ni. Tak rasa sangat tempoh berpantang tu membosankan! Dulu masa berpantang anak kedua aku suka tengok majalah deko interior dan exterior rumah. Maklumlah rumah belom beli lagi dan ada cita2 nak beli rumah. Anak ketiga pulak aku suka baca novel cintan cintun. Anak keempat ni pulak aku update blog!!! hehe..


Aku masuk-keluar wad 5 kali.. Ni baru 3 kali admitted ward yang aku dah update cerita kat sini. Harap entri pasal admit ward kali keempat ni berjaya aku settlekan dalam satu entri saja. In shaa Allah. Nak cerita jugak kat blog ni walaupun orang lain yang membacanya TAKDA sekalipon. Apa yang pasti, aku adalah peminat setia blog aku. Semuanya adalah kenangan dan pengalaman tak ternilai buat aku. Ramai lagi yang lebih dahsyat dugaan mengandung dorang, dan mungkin tak heran pon dengan cerita aku. Tapi pada aku, apa yang dah aku lalui semasa mengandung kali keempat ni adalah sesuatu pengalaman yang sangat manis untuk diceritakan apatah lagi untuk dikenang sepanjang hayat... 😊

....


Ok. Lepas kuar wad kali ketiga haitu, aku kena amik BP atau tekanan darah setiap hari. Leceh betul aku rasa.. bukan apa, nak amik BP ni bukan semata2 letak tangan kita atas meja then nurse pon picit2 alat bp tu.. no.. tapi yang lecehnya adalah proses dari mula tu.. 


Dari mula sampai klinik aku kena amik nombor giliran kat kaunter pendaftaran dulu dan make sure staf kat kaunter tu bagi pendua buku pink (salinan klinik dan hospital) dekat kita. Buku pink pendua ni kaler dia light sikit dari buku pink patient. Selalu jugak aku pergi amik nombor giliran tanpa diberikan buku pendua klinik ni. So kena minta dekat nurse di klinik kesihatan ibu anak (KKIA). Mujurlah KKIA tu dalam satu bangunan... dekat je..


Lepas dah dapat dua2 buku tu, patient kena pergi lab pulak. Untuk  urine test. Tulis nama sendiri kat cup, masuk toilet, tadah urine dan tunggu staff panggil untuk test. Dorang akan tulis result kat buku pink klinik. Kalau urine kotor, result yg printed akan dilekatkan kat buku pink patient. Sebab tu dua2 buku ni kena make sure bawak time test urine.


Lepas dah dapat result urine tu, bawak buku pergi KKIA untuk amik BP. Tunggu la dalam 1 jam. Kena rehat 1 jam lebih kurang sebelum amik BP takut nanti time amik BP tu tinggi pulak...yelah..kan dah jalan banyak tadi kan? aku kalau dapat result urine yang ada tulis + ke.. ++ ke.. dekat Urin Albumin tu (maksudnya ada kehadiran protin dalam air kencing) aku mula lah risau nak amik BP japgi..  padahal kalau dah result urine tu kotor (protin dikesan) konfirm kena admit hospital. Risau pun tak guna.. Tapi kalau result takda tulis apa2 kehadiran protin sekalipon, tetap aku risau jugak... sebab kena admit juga atas sebab BP high..  so, macam mana??


23dis BP 120/90 protin NIL
24dis BP 120/90 protin TRACE


24dis BP 120/90 protin TRACE
25dis BP 120/90 protin 1+


23-25dis time ni aku balik kampung husben untuk amik anak2 yang bercuti kat kampung. Sekolah dah nak buka dah. Pastu rambut dah panjang dah. So kena hantar kedai gunting dah. So aku amik BP kat klinik kesihatan di sana saja. Risau jugak kalau sangkut. Tak pasal2 kena admit kat Hospital yang jauh dari rumah ni... pssttt... masa ni sebenarnya masalah gatal2 bawah tu masih belum settle lagi.. aku ingat nak bagitau klinik nak minta ubat.. tapi tunggu la masa checkup kat umah nanti.



26dis BP 120/90 protin NIL
Checkup kt klinik dekat umah.


Terus jer balik tak ingat nak bagitau nurse aku ada gatal2 kat bawah tu. Excited sangat sebab BP dengan test Urin okay kot! Lagipon bawah ni kadang gatal kadang tak.. tu sebab tak ingat nak bagitau tu! 



27dis BP 133/95, 125/85  protin 2+


Kali ni amik BP 2 kali. Lepas amik kali pertama tu nampak tinggi sikit so nurse repeat amik BP. Kali kedua ni reading dia dah normal balik. Alhamdulillah aku tak kena admit walaupon protin 2+.. ingat nak kena naik ambulans lagi harini. Yelah, sebab nurse dah refer aku kat doktor lepas repeat amik BP aku sebab katanya urin kotor.. 


Bila dah jumpa doktor haini nasiblah aku teringat nak bagitau masalah gatal2 kat bawah ni. Doktor pon bagi ubat gatal untuk sapu di situ (amik ubat kat farmasi la.. doktor tulis kat slip ubat je) Ubat tu alhamdulillah.. namanya CHEPHALEXIN 500mg sapu 3 kali sehari. Agak berkesan tapi bukan untuk waktu panjang laa.. lepas 5-6 jam kadang2 3-4 jam datang balik gatal... aku akan sapu kat bawah tu bila rasa gatal datang balik. Tak tahu berapa kali aku sapu kat situ padahal ubat tu suh sapu 3 kali sehari jer.. tapi so far okay lerr daripada sebelum ni.. fuhhh!! legaaa 😅



28dis BP 130/90, 130/90, 120/90 protin 2+

Harini kena amik BP sampai 3 kali. Mujur bacaan last sekali tu normal. Kalau tinggi konfirm kena admit ward ni sebab urin kotor... 



29dis BP 140/90, 150/90 protin TRACE

Walaupon bp aku tinggi time ni, tapi aku tak kena admit ward. Mungkin sebab status protin albumin aku cuma TRACE.. alhamdulillah.. walau bagaimanapon, Doktor telah meng'up' kan ubat aku. Doktor tambah ubat jenis NIFEDIPINE 10mg. Makan 1 biji sekali 3 kali sehari. So dah ada 2 jenis ubat darah tinggi aku kena makan sekarang.. sekarang ni kandungan aku 32 minggu. Motif bagitau? Entahlerr..


Haa. Masa ni aku terkena sakit mata atau CONJUNCTIVITIS. Sakit mata yang paling teruk aku pernah hadapi. Nanti aku story bab ni. Kelakar jugak bila aku pergi klinik untuk amik BP, nurses yang memang dah kenal sangat tengok muka aku terus tergelak.. ramai pakat tegur aku dari tempat pendaftaran sampailah nak amik BP..  yang mana nampak jer mata aku mesti tegur punyalah!!  "kena apa pulak mata tu? Hai dugaan sungguh!" 

Seriously, aku pun rasa kelakar sangat! Bila jumpa doktor pulak, doktor pon senyum macam dok tahan gelak pon ada aku tengok.. hihi.. doktor cakap "haritu demam, harini sakit mata pulak? Sabar lah banyak2" doktor bagi aku ubat titik 2 jenis. Kalau tak silap satu ubat sakit mata, satu lagi eye mo.. 



30dis BP 110/80 protin TRACE
Boleh balik. Alhamdulillah.


31dis BP 100/80 protin 2+
Alhamdulillah tak kena admit.


~ 1.1.2017 ~


Dah masuk tahun baru 2017. Tahun ni tak terasa pulak sambutan tahun baru... bizi check darah jer manjang!! 


Masa admit ward kali kedua dan ketiga haitu, aku cukup risau kalau kena bersalin awal. Due date aku adalah 26Feb 2017. Kalau boleh, aku nak anak keempat ni lahir dalam tahun baru. Sebab aku nak bagi jarak dia 4 tahun dari kakak dia. Aku selalu cakap dengan anak aku dalam perut tu pujuk dia jangan keluar lagi sebab berat dia sikit sangat.. Aku cakap "kalau keluar awal nanti baby kena duduk wad sorang2, ibu tak boleh teman sebab baby kecik lagi.. nurse yang akan jaga baby nanti" scan perut waktu tu berat dia baru 1.6kilo dan tak sampai 30 minggu lagi..


Lagipun masa admit ward dulu tu, aku rasa aku tak cukup makan... aku teringin nak makan macam2 tapi dah duduk ward ni nak makan macam2 pon risau jugak effect kat urine.. udah lah urine tu tiap2 hari check! Pukul 3 pagi masa nurse datang amik BP kat wad mesti dia pesan suruh tadah air kencing. Kami dapat botol kecik setiap sorang. Dalam pukul 5 camtu dia akan test air kencing kami kat wad. 



Ni lah botol kecik tu. 
Dah berapa kali dah aku dapat botol ni setiap kali masuk wad. Hehe..


Kalau tak duduk wad bolehlah aku makan macam biasa. Tengah malam pon boleh bangun makan nasik kalau lapar. Tak payah risau sebab takda orang nak test urine aku kotor ke tak.. sebelum ni kalau pregnant, aku akan puasa (makan manis dan berlemak je) start dari pukul 10 malam sampai lah selesai urusan di klinik. Lepas tu bedal makan sehingga appointment pulak hehe!


Seboleh-bolehnya aku nak lah anak aku lahir dengan berat yang ideal. At least 2.5kilo ke atas ok lah bagi aku.  Biar dia lahir sekurang2nya 36 minggu atau 38 minggu supaya aku boleh besarkan dia di dalam perut. Selain tak masuk kategori premature, berat pun ideal.. sebab tu kalau boleh, aku taknak kena admit. Tapi dah sangkut dengan darah tinggi ni apa boleh buat.. hospital pon bukan suka2 nak admitkan aku.. 



1jan BP 120/80 protin NIL


Appointment kali ni, segala2nya berjalan lancar. Tak perlu admit ward. Alhamdulillah. Tapi doktor heran jugak sebab sakit mata aku masih tak sembuh. Mana tak heran, sebelah mata je sakitnyer. Sebelah kiri je yang merah. Patutnya dah lega lah. Ni dah 4 hari makin bertambah merah. So doktor tukar ubat. Ubat tu macam gel ala2 ubat gigi camtu tapi jernih kaler dia. So lepas balik umah aku gunakan ubat ni lah untuk rawat mata aku. Doktor cakap lepas 3 hari kalau tak sembuh lagi sakit mata tu, dia nak refer aku ke pakar mata kat Hospital. Lagipun, takde lagi dah ubat yang lebih tinggi dari yang dia dah bagi ni. Hari tu doktor bagi MC kat aku 3 hari. Terima kasih doktor. 😚😚😚


pre-eclampsia dan sakit mata - Admit ward kali keempat (part 1)

Ubat mata yang aku dapat kali pertama jenis ubat titik. Ubat kali kedua jenis ubat gigi tu tak ada dalam simpanan aka tak ingat nak snap!

....

Hari ni 2jan. Daily BP aku kat klinik tak ada haini sebab aku kena appoinment untuk doppler (scan perut) 1 kali seminggu dengan doktor di Hospital. So amik BP kat Hospital la. Kena admit ward kali ni sebab BP aku tinggi 150/100 dan juga sebab Conjunctivitis.  Redha jelah... lagipun, memang aku memerlukan rehat yang cukup dan juga mc. So ini kali keempat aku kena admit ward. 


Panjang sokmo entri aku ni! Part kena admit tu next entri la aku story. Lenguh dah ni. Hahaha... hampeh jer kan ingat boleh habis story hari ni.. aku pon harap dapat settlekan entri ni cepat.. Hopefully next entri tu come out as soon as possible lah. Nak habis pantang dah ni! 😥




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.