Ads Top


Ni buku pink aku masa mengandung haitu. 

Tengoklah tebal tak tebal... isi buku sampai dah nak tertanggal dari kulit buku... hurmmm... 

Pre-eclampsia

Aku dapat darah tinggi masa minggu ke 25 pregnant. BP aku 130/90. Lepas repeat amik BP kali kedua pun masih sama. Yang ni rekod aku masa 15nov 2016. 

Sebab BP aku tinggi, jadi doktor suruh aku datang klinik untuk amik BP hari-hari.. 

bacaan BP kali pertama yang dapat trace aku mendapat darah tinggi semasa mengandung atau PIH.

PIH atau Pregnancy Induced Hypertension. Macam kes aku ni la. Masa kat wad aku tertanya2 apa itu PIH sebab dok dengar doktor dan nurse cakap.. hehe..


Ok, masuk hari kedua aku check BP kt klinik, BP aku makin naik pulokkk.. semalam masa doktor cakap BP aku tinggi, aku rasa macam eh, aku ok ja.. rasa sihat je ni.. tak sangka pulak bila repeat amik BP haini dia naik pulak.. padahal aku takda pun rasa risau atau stress apa2.. BP aku untuk hari kedua tu 140/90..

Pre-eclampsia
Lepas repeat amik reading kali kedua, BP makin naik.. 140/100 pulak dah... 


Tapi disebabkan urin test aku ok yakni urine albumin adalah NIL, so, masih boleh balik umah.. cuma doktor ingatkan aku tentang sawan mengandung kalau ibu menghidap darah tinggi.. doktor terangkan kat aku simptom2 diserang sawan mengandung dan akibatnya terhadap ibu dan bayi..


Nah aku share. 
Klinik yang lekatkan kat buku pink aku sebagai panduan.
Pre-eclampsia
Gulpppp... 😢😢😢


Macam biasa, aku kena pergi lagi ke klinik esok untuk amik daily BP..  

Masa pergi kali ketiga ni lah bermulanya episod keluar masuk wad sebab PIH atau darah tinggi semasa mengandung bagi diri aku.


jom baca Part 3 pula...


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.