First Time Admitted sebab PIH
Ni nak cerita pengalaman first time aku kena admit ward sebab darah tinggi sambungan dari entri lepas huhuhu.. harap sesiapa yang membaca entri ni tak bosan lah ye sebab aku memang suka tulis entri panjang2.. ngeee..
Masuk je hari ke-3 aku gi check BP, reading dia still macam kali terakhir amik hari sebelumnya iaitu 140/100.
BP reading semalam ~ 16/11/2016
BP reading haini ~ 17/11/2016
haha..
picture ni cerah sikit sebab aku rajin sikit buat keja edit gambar haini.. thihihi..
Disebabkan agak tinggi, so repeat lagi sekali after 30-40 minit.. dalam tempoh tu nurse suruh aku rehatkan diri dulu. Manalah tau kot2 BP aku akan turun lepas dah rehat kan?
Tapi memang turun. Cuma bacaan bawahnya sahaja. Kali ni 140/90. So kena refer dengan doktor kat situ.
Doktor lepas tengok je result BP dengan result urine aku haitu, terus cakap yang BP aku tinggi. Tambah bahaya sebab urin pon ada protin. Protin 2plus macam kat bawah.. bahaya katanya sebab ada protin..
Nampak tak yang doktor tanda 'right' tu?
Disebabkan ada protin dalam urin (kencing kotor), dan BP tinggi, so doktor bgtau aku kena admit wad takut kena eklampsia. Tapi sign of pre-eclampsia xda pun..
Ni sign of pre-eclampsia :
💊Sakit kepala
💊pening
💊pedih ulu hati
💊muntah
Nak lebih detail boleh tanya doktor O&G.
Kalo segan, boleh tanya google k!
Kereta pun pihak klinik dah tak bagi aku drive balik hantar kat umah walaupon rumah aku sehala je dengan hospital dan tepi jalan besar. Takut 'tarik' kata nurse.
So, naik ambulans la jawabnya! 😂😂
Adehhh.. rasa macam teruk gila!
Tapi time ni kesedaran aku tentang bahaya darah tinggi semasa mengandung ni belum ada lagi.. walaupon doktor dgn nurse berulang kali remind kat aku suruh terus pergi hospital kalau2 ada simptom preeklamsia macam yang aku list kat atas tadi tu.. Sebab apa? sebab aku rasa BP aku tak tinggi pon! Adehhh..
Panjang gila entri ni, pengalaman pra masuk wad je ni.. belum lagi dok wad betul2! Hahaha.. kan dah remind tadi.. ok kat bawah ni nak cerita bila lepas dah sampai hospital 😅
Lepas dah sampai hospital, kena check urin lagi sekali. Check BP lagi sekali. Timbang berat. Amik darah ada kot.. so dah confirm bp dgn urin MANTAIN TAK ELOK2 jugak..jadi proceed masuk wad lah jawabnya.. nurse yang hantar aku tadi pon baliklah..
Aku kena admit kat Wad Kenanga 10 Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Takda apa2 kejadian preeklamsia yang aku alami kat sini. Aku dok baik2 je. Esoknya Dr. Harun pakar O&G datang check aku kat wad dan discaj aku haritu jugak. Alhamdulillah. Boleh discaj... aku siap salam dengan Nurse dan Doktor cina yang ada kat kaunter wad tu sebelum balik lagi. Tak sangka pulak kami akan bertemu lagi dan lagi lepas ni ðŸ˜
So kat umah, aku kena on makan ubat darah tinggi jenis Methyldopa 250mg satu capsule 3 kali sehari. Tapi ubat ni buat aku pening! Aku jugak kena EOD BP iaitu amik BP setiap selang sehari kat klinik haitu. Amacam???
Tiada ulasan:
Terima kasih sudi komen entri ni.